:: Followers ::

Showing posts with label jurnal peribadi. Show all posts
Showing posts with label jurnal peribadi. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Hasil kerja tanganku sebagai gimik dinner TM

Alhamdulillah, ini hasil kerja aku untuk dinner TM sdn bhd state of Kedah & Perlis. Gimmick perasmian Majlis Makan Malam 2012.
 Gambar hasil kerjaku bersama Secretary, General Manager, Manager of Public Relation, Promotion& Advertising, Business Support & Quality Officer, Ass. Officer of PR and A&P.  

Ahli pasukan dalam General Manager Division. 
Semua baik-baik dan sporting belaka, thank for all and I'll try mt best.

Wallahualam. 

Read more...

Saturday, February 25, 2012

Imbasan kembali 2


Bismillahirrahmanirahim,

Alhamdulillah, akhirnya diri ini melangkah pulang ke bumi hijau yang penuh ketenangan. Sudah seminggu berlalu  diri ini berada di negeri tanah tumpah darah menjalani latihan industri yang merupakan syarat untuk bergraduasi.

Tanggal 18 Feb 2012, diri ini berangkat pulang ke negeri Kedah dengan azam yang tinggi menggunung. Azam di hati  ingin menumpahkan bakti seoptima mungkin sebelum memutuskan  dimana bumi yang bakal diri ini bermaustautin.


Benar, berat hati ini melangkah pulang, mengingatkan akan meninggalkan sahabat-sahabat kecintaanku, meninggalkan perjuanganku melihat masyarakat kampus yang mekar subur dengan jiwa tarbiyah dan dakwah.
 Namun, langkah perlu terus disusun dan diatur, mencorak hidup menuju Jannah dengan iringan RedhaNya.

Tepat jam 9.10 malam, diri ini tiba di Lapangan Terbang  Kepala Batas melihat penantian dua insane yang kucintai, ibu dan ayah. Biar perasaan gembira memenuhi ruang hati, jauh di lubuk hati susah untuk diri ini singkirkan perasaan hiba, sayu dan seribu macam perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan.  

 Mengenangkan memori yang dilakar bersama sahabat mengharungi hidup benar-benar mengajar diri ini erti kematangan.

Tahun 2011 dilabuhkan tirai dengan satu memori yang terkunci rapat. Aku puas meniti masa menggasak minda bersama rakan sepasukan mengatur rentak, mengorak langkah, memasakkan idea dan kadangkala menjentik emosi.  Tempoh yang singkat itu mengajar diri ini berkongsi pengalaman, pendapat dan kesusahan.
Tahun ini kami titipkan masa dengan penuh semangat, dan kini aku puas mencipta sejarah kami. Aku bukan Datin Rosmah, mahupun YB Izzah, tapi aku Nurul Mu’azzah yang bakal turun ke lapangan ummah dengan sejarah. Inilah slogan keramat ketika aku mulai dan akhiri ucapan manifestoku ketika PRK 2010 lepas. 

Berakhirnya alam kampus bukan sekali berakhirnya zaman berjuang. Kita faham kalam Allah, kita beringat dengan inzar Allah dan kita jadikan janji Allah sebagai motivasi mengorak langkah.


ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan akhirat, & AKHLAK hiasan dan jiwa peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti. 
 

Read more...

Thursday, February 23, 2012

Imbasan kembali..

 Sambil menggodek-godek laptop menanti tamatnya waktu bekerja, tetiba terjumpa gambar ni, kenangan ketika asyik beraksi sebagai mahasiswi, tapi sekarang aku belum puas bergelar mahasiswi. Itu lah yang dimaksudkan masa tidak menunggu kita, sementara anda punyai waktu dan ruang, gunakan sebaiknya.

Read more...

Wednesday, November 2, 2011

Kalam Hati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim,

Betapa kurasa sukar sekali mencari mood untuk menulis, mata sudah mengadap laptop namun jari jemari ini tetap kaku untuk menari-nari di atas keyboard. Mungkin itu yang dimaksudkan erti pada menulis. Pejam jelik pejam jelik, masa itu berlari ibarat litar pintas yang menyambar, masakan Allah bersumpah demi masa, ini membuktikan kepada kita pada perlunya berhati-hati dengan masa. Aku mengeluh lagi, sudah 22 tahun hidup di dunia, menguruskan masa dengan secerdik mungkin masih gagal dimaksimumkan.


Kini, sedar tidak sedar aku sudah berada di semester 7, sekali gus memaksudkan ini semester akhir aku berada di alam kampus. Hanya beberapa minggu sahaja lagi, dunia kampus, kerja-kerja berpersatuan, sahabat-sahabat serumah, dunia yang bebas dengan pelbagai taklifan akan beransur-ansur aku tinggalkan.

Namun aku perlu redah itu semua dalam mewarnai hidup sebagai seorang khalifah menuju syurga Allah. Ya Allah berkatilah hidupku, ahli keluargaku, sahabat-sahabat perjuanganku dan seluruh penghuni alam ini.


Hidup sebagai seorang mahasiswa, apakah yang dimaksudkan sebenarnya. Seringkali aku termenung memikirkan bentuk sumbangan yang akan ku terjemahkan kepada masyarakat kemudian hari. Wahai kalian yang bergelar mahasiswa, perjuangan kita sekarang adalah menuntut ilmu.

Ini bukan bermakna tanggungjawab dakwah diduakan kerana dalam berdakwa menuntut kepada ilmu. Pernah kukesali melihat sebilangan aktivis yang sangat hamasah dalam perjuangan namun apabila berbicara berkenaan bidangnya, ia hanya mampu mendiamkan diri dan mengiakan sahaja apa yang dibicarakan. Lagi parah apabila melihat graduan pendidikan tinggi pulang ke masyarakat tanpa sebarang sumbangan, ditanya itu tidak tahu, ditanya ini tidak tahu, akhirnya rutin harian dihabiskan pergi dan balik dari tempat kerja, dan bersahaja dengan ahli keluarga.


 Ayuh sahabat-sahabat yang kucintai, apapun bidang kita, kita perlu hadhom dengan ilmu itu, mahupun ekonomi, sains, undang-undang lebih lagi pendidikan agama, semua itu sangat penting untuk dimanfaatkan oleh ummah. Bukan PNGK yang ingin kubicarakan, lebih lagi ingin menjadikan sebagai kayu ukur, tetapi tingkat kualiti ilmu yang perlu ditekankan. Kita faham apa yang kita belajar dan jelas ke mana hala tuju kita selepas ini.


 Anak muda hari ini perlu mengubah mentaliti ke arah mentaliti sebagai pemerintah. Kalau bukan kita mahasiswa yang faham agama, penerima tarbiyah dan tahu tujuan hidup, siapa lagi yang akan mengalih system hari ini.


Baru-baru ini, aku melibatkan diri dalam satu program nasional. Satu pengajaran yang aku dapat ketika itu, mahasiswa hari ini perlu tingkatkan kualiti kepimpinan. 


Sebagai pemimpin, kita perlu ubah tradisi menghukum orang. Hari ini mentaliti kita perlu diubah sebagai mentality pemerintah. Pendekatan merakyatkan kepimpinan, bersikap professional, dan berlapang dada sudah cukup untuk menjadikan kepimpinan kita berkaliber dan dihormati segenap peringkat. 


Benar, berkerja itu penat dan menyakitkan namun usah diterjemahkan dengan emosi yang melulu, dan tingkah laku yang mengaibkan diri sendiri. Kesimpulannya, pemikiran seorang pemimpin perlu matang, professional, dan bukan meletakkan emosi di hadapan. Lupakah kita pada ayat cinta Allah,


Kita sentiasa minta apa yang kita MAHU tetapi, Allah berikan apa yang kita PERLU. Kunci utama adalah: Redha & berbaik sangka dengan penyusunan Allah. Allah itu Maha Baik. Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Berbaik sangkalah, dan lihat sesuatu perkara pada sudut yang positif. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Wahai sahabatku,
Sementara aku masih lagi mampu berpesan, ayuh kita bersama meningkatkan kualiti diri kita. Persiapkan kelengkapan ruhiyah kita menempuhi cabaran mendatang.



 Hari ini kita hanya memikul taklifan sebagai seorang anak, pelajar, khalifah dan hamba Allah, belum lagi sebagai seorang pemimpin keluarga, ibu atau bapa tambah lagi pemimpin masyarakat, bayangkan keaadaan yang akan kita harungi kiranya secebis ini bekalan yang kita persiapkan. 


Layakkah kita mendambakan kasih dan cinta Allah buat hamba yang sering lalai lagi alpa dan mampukah kita mengharungi hidup tanpa naungan Allah yang mengiringi. Sementelah itu ayuh kita fokus pada kelengkapan nafs yang menuntut. 


Kiranya suatu hari nanti kalian melihat diri ini tersasar dari tujuan asal kita hidup, ingatkan diriku pada halaqah-halaqah cinta kita dipertemukan, dan ganjaran Allah menanti di sana kelak. Berikut adalah pesanan-pesanan buat diri ini yang diabadikan dan ingin dikongsikan kepada sahabat-sahabatku yang dekat dengan hidupku,


1. Keberkatan Allah adalah priority dalam menjalani rutin kehidupan.
2. Sekali jatuh, bangkit kembali dan cuba lagi.
3. lakukan sesuatu perkara dengan penyusunan yang terancang dan penghayatan
4. Jaga hubungan dengan Allah
5. Hadapkan kekhusyukan hati kepada Allah s.w.t ketika solat
6. Sentiasa memohon keampunan, redha dan penjagaan Allah s.w.t
7. Membiasakan dengan selawat dan salam seatas Nabi Muhammad s.a.w
8. Menjaga dan meningkatkan kualiti ibadah wajib.
9. Meningkatkan ibadah sunat
10.Bersihkan dan sucikan hati terhadap semua makhluk
11. memastikan kelangsungan proses pembelajaran ilmu demi manfaat ummah
12. Setiap yang diputuskan demi kemaslahan Ummah
13. Analisa, muhasabah, laksanakan tajdid dan islah pada setiap kali sebelum tidur
14. Suburkan ukhwah Islamiah.




Ini sahaja yang ingin kukongsikan meski pun ad di seketika waktu yang aku jua tersasar, namun tidak salah kiranya kita sentiasa mempertingkatkan kualiti hidup demi kemaslahatan ummah, aku sayang sahabat-sahabatku yang faham pada tuntutan agama, dan aku mahu kita beriringan mencapai Mardhatillah.


Wassalam.

Read more...

Sunday, February 27, 2011

kini akumelabuhkan tirai dalam legasi MPP USIM


Alhamdulillah, akhirnya aku melabuhkan tirai untuk beraksi dalam delegasi ini, sehembus nafas lega kulepaskan meskipun terselit sekelumit perasaan sedih kerana kepimpinan ini yang banyak mengajarkan erti kematangan, pahit manis perjuangan dan selok belok pengurusan.. namun langkah tetap perlu diteruskan dan aksi dakwah tetap kupencak walau di arena yang berbeza.. Jaushu Muhammad... Allhuakbar..


Read more...

Thursday, October 21, 2010

Hati yang gersang

Bismillahirrahmanirrahim,

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, al-malaikah, serta sahabat handai yang mengenali diri ini… Sekian lama aku tidak memuntahkan sesuatu di laman ini, bukan disebabkan kekangan masa yang melampau, tetapi dek kekeringan idea dari insan ini yang sememangnya cetek ilmu. Apatah lagi mahu membicarakan isu agama, isu semasa, isu Negara, ekonomi mahupun politik sekalipun diri ini tidak layak membicarakannya.


Lantas, beberapa hari ini aku sering berfikir, hatiku tidak keruan, ketenangan lari menghilang diri, kerjaku menjadi hilang fokus dan banyak lagi kegagalan yang kutempa dan akhirnya jawapan yang kutemui sujudku sudah hilang manisnya…


Ya Allah, aku rindu pada cintamu, merasai kenikmatan cinta kita, solatku terganggu, hatiku seolah kekosongan meskipun rutinku dihambat kesibukan, benakku penuh dengan persoalan, taklifatku sebagai dai’e aku jalankan tanpa penuh penghayatan, sungguh aku betul-betul terasa kehilangan. Di suatu malam, aku menjumpai satu artikel yang membicarakan tentang “kacaunye fikiran ketika solat”. Satu perbualan yang diutarakan seorang murid kepada gurunya lebih kurang bunyinya, aku sering terganggu dalam solat, lupa rakaat, fikiran terawang-awang seolah tidak sedarkan diri sehinggalah salam terakhir diberi, lalu jawab gurunya Bisikan itu berasal dari syaitan, yang wajib bagi anda adalah memelihara shalat, konsentrasi dan thuma’ninah dalam melaksanakannya sehingga anda dapat melaksanakannya dengan penuh kesadaran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman.
maksudnya : Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya[Al-Mukminun : 1-2]

Ketika Nabi Shallallahua’laihi wa sallam melihat orang yang tidak sempurna solatnya dan tidak thuma’ninah dalam melaksanakannya, beliau menyuruhnya untuk mengulangi solatnya, beliaupun bersabda.
maksudnya : Jika engkau hendak mendirikan solat, sempurnakanlah wudhu, lalu berdirilah menghadap kiblat kemudian bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian ruku’lah sampai engkau tenang dalam posisi ruku, lalu bangkitlah (berdiri dari ruku’) sampai engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai engkau tenang dalam posisi sujud, lalu bangkitlah (dari sujud) sampai engkau tenang dalam posisi duduk. Kemudian, lakukan itu semua dalam semua solatmu [Al-Bukhari, kitab Al-Adzan 757, Muslim kitab Ash-Shalah 397]

Konklusi yang aku aku dapat, sekiranya ketika solat kita merasai kita sedang solat, seolah-olah solat itu kita sedang bercakap dengan Allah, dan bemunajat kepadaNya, maka kita akan terdorong untuk khusyu’ dan konsentrasi ketika solat, syaitan pun akan menjauh dari kita sehinggalah kita selamat dari bisikkannya. Jika dalam solat kita terasa banyak godaan,tiuplah tiga kali ke samping kiri dan memohonlah perlindungan Allah tiga kali dari godaan syaitan yang terkutuk, insya Allah kita akan terpelihara dalam solat. Pepatah yang pernah kudengar entah dari mana sumbernye, kalau bersolat biarlah kita merasai kita akan mati sebentar lagi, dan kalau kita bekerja kita merasakan kita akan hidup selamanya…

Sahabat,
Memang mudah dikatakan, tapi praktikalnya menuntut mujahadah yang kuat, iman kita yazid wa yanqus, jadi hari ini aku berlapang dada berbicara soal ini, mungkin dilain masa aku menjadi alpa kembali, ayuhla sahabat-sahabat kita tingkatkan diri mujahadah untuk memburu redha Allah, kemanisan syurga itu memerlukan perantauan dan penjelajahan yang penuh duri, bak kata imam Athoillah Assakandari, “aku tidak akan sekali membiarkan hidupku dipenui kesenangan kerana perjuangan itu dihiasi dengan kepahitan”
Uhibbukum fillah..

Salam mahabbah,
Nurul Mu’azzah Roalli
Pentadbiran Korporat dan Hubungan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat.


Read more...

Monday, April 19, 2010

genaplah umorku.

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... hari ini 19 April 2010 genaplah umor ku ke-21. Tiada apa yang hendak dicoretkan tetapi sekadar melepaskan perasaan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi rasa nikmat menghirup udaramu serta menikmati kurniaan di dunia sementara ini. Terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa mengingati diri ini. Ampun maaf kepada semua yang sentiasa sekiranya terdapat salah dan silap, khilaf pendapat, terlebih bicara dan bergurau senda, doakan diri ini lebih lincah mengorak langkah dalam medan aksi ini, dan sentiasa dinaungi rahmat dan keberkatan Allah. siiru a'la barakatillah.

Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Peluang ke IKIM, turut bersama saudara Hilmi dan saudari Akalili.

Antara gambar yang sempat diambil ketika mengikuti slot rakaman bagi slot "slot remaja".





















gambar paling kiri, Saudara Hilmi (YDP MPP USIM)dan Saudari Akalili Zubair (NYDP 2)

















Penulis bersama penyelaras program slot remaja, K.Tini.


















penulis bersama K.Akalili n DJ Fairuz

Sekian dulu dari ana, lepas ni ana try update lagi, sedang mencari masa nak maitainance balik blog ni. Assalamua'laikum.
Read more...

Wednesday, June 24, 2009

tahniah abang dan kak ira

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 24 anak buahku dilahirkan. Mohd Irfan Amani bin Mohd Mursyidan. Tahniah kepada abangku yang berjaya menimang dua orang anak dalam usia baru 24 tahun. InsyaAllah, raya ini kita akan ketemu di tanah air tercinta Malaysia. Love u all so much.

kakaknya Nurina Amani, baru mula akrab dengan adiknya
walaupun pada awalnya ada sedikit cemburu
abangku, memang sedia maklum dngn sifat carringnya

seronoklah tu, dah dua kali sambut anak sendiri depan mata,
semoga menjadi suami dan bapa yang mithali.

buat abangku dan akak iparku, bersabarlah di bumi perantauan, semoga kalian dapat membesarkan anak-anak kalian mengikut landasan syariat yang ditetapkan. InsyaAllah kita akan bertemu raya ni. Buat satu-satunya abangku yang jauh nun di bumi Ireland.


ayah dan abangku

Seingatku, pada 21hb lps, hati ini tergerak untuk mengirim mesej sebagai ucapan hari bapa buat ayahku. Apa yang dibalasnya, hmm adik bagi hadiah kasut kat ayah. jadi barulah ku faham
rupanya-rupanya ada maksud tersembunyi, nak hadiah la tu. hmm, ketika aku masih kecil dulu, mind setting ku pada ayah adalah seorang yang garang dek kerana didikan yang diberikan memang tegas. Mungkin kerana Pekerjaannya sebagai seorang polis membuatkan characternya begitu. Setiap pagi kami akan dikejutkan serentak dan dimandikan oleh abangku, kemudian pulang dari sekolah, kami tidak dibenarkan keluar rumah sehingga jam 5petang dan pulang mesti sebelum jam 7malam. Pada malamnya, sesudah membaca al-Quran dengan mak, kami akan mengulangkaji atau menyiapkan homework depannya sendiri. Pada setiap hujung minggu hari jumaat, satu keluarga akan mengikutnya berjoging di sekitar kampung. Masa tu, sesiapa yang cakap tidak pernah dirotan, memang tipu la, semua kami dari anak sulong hingga anak ke kelima kecuali yang bongsu ja( tu yang jeles tu), semua penah rasa.
Tapi, apabila kami adik beradik ni dah menginjak dewasa (sikit ja la) perwatakan ayah begitu berubah, sifat penyayangnya begitu terserlah, masih ku ingat ketika seminggu aku jatuh sakit, ayah begitu concern denganku, pada minggu terawal sekembalinya aku ke kampus, setiap hari akan ku terima mesejnya untuk mengikuti perkembanganku dari segi kesihatan dan pelajaranku. Mungkin inilah sifat naluri seorang bapa, tidak akan menzahirkan secara lisan akan kasih sayangnya, ingat lagi mak cerita kalau kami dirotan, nangis memang nangislah, tetapi pada malam selepas kami tidur, baru ayah akan membelek-belek badan kami yang dirotan.
Terima kasih ayah, kerana didikanmu lah kami adik beradik mampu berdiri seperti sekarang. Mengenal erti hidup yang berdisiplin, dan pandai menjaga maruah diri, keluarga dan agama.
Selamat Hari Bapa, AYAH....
Roalli bin Bakar ( ayah)
Hjh Sobariyah binti Abd Hamid (ibu)
Muhammad Mursyidan Roalli (chef, Ireland)
Anis Munirah Roalli ( Pengajian Al-quran dan As-Sunnah, USIM)
Nurul Mu'azzah Roalli (Ekonomi dan Muamalat, USIM)
Muhammad Azlan Muarrif Roalli (form 4. Maktab Mahmud, Padang Terap)
Ahmad Muammir Roalli (form 2 Maktab Mahmud Padang Terap)
Ummi Mardhiyah Roalli (darjah 6)



Read more...

Sunday, May 17, 2009

kaulah ibuku, kaulah guruku

ibuku yang ku cintai, Hajjah Sobariyah Abd Hamid.

mak,
terima kasih yang tidak terhingga atas jasamu membesarkanku,
perit jerih yang kau tempuhi melayan kerenahku,
pengorbananmu membesarkanku tidak pernah mengenal erti kesusahan,
segalanya diharungi dari mula mengandungkanku, melahirkanku,
membesarkanku dan mendidikku,
biar dirimu terluka, hati anak tetap dijaga,
demi keperluan kami adik beradik, apa jua sanggup kau ikhtiarkan,

mak,
aku bangga mempunyai ibu sepertimu,
semangatmu, kekentalanmu, biarpun ilmu masih dituntut,
kami tidak pernah kau abaikan,
kejayaanmu mengharungi nama masyarakat,
menambah kekagumanku padamu,
mak aku sayang dan cinta padamu seluruh jiwa ragaku,
selepas cintaku pada Tuhanku dan Rasulku.
Selamat Hari Ibu, mak.
mak,
pekerjaanmu begitu mulia,
seorang guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga,
demi memastikan didikan diterima anak-anak muridmu,
kau mendidik mereka sepenuh jiwa dan raga,
kegagalan mereka turut kau rasai,
kejayaan mereka kau banggakan ibarat kejayaan anakmu sendiri,
aku menjadi saksi, khidmatmu pada anak bangsa bukan atas dasar
mencari pendapatan semata-mata, namun didikan yang kau utamakan,
biarpun dari pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sehingga malam,
masamu terpaksa kau korbankan, namun itu bukan ukuran, semuanya demi
kejayaan anak bangsamu,
Selamat Hari Guru mak,
ucapan dari bekas anak muridmu.....
Ya Allah,
sekiranya suatu masa nanti sudah tiba masanya kau menjemput
buah hatiku ini, kau makbulkan doaku ini,
aku masih mahu bertemu dengannya di akhirat nanti,
kau pertemukanlah kami disyurga nanti,
sebaik-baik tempat ciptaanmu,
Dengan namamu aku bersumpah,
ibuku seorang isteri yang solehah,
anak yang solehah,
dan ibu yang mithali.
pertemukanlah kami sekeluarga menyambung kehidupan
di alam syurga kelak....

Read more...

Friday, May 15, 2009

Team Building


Read more...

Thursday, May 14, 2009

assalamualaikum

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM………

Assalamualaikum buat ikhwah wa akhowat sekalian,

Rasanya sudah lama ana tidak mencoretkan apa-apa buat blog tercinta ini, pertamanya jutaan kemaafan buat sahabat yang mengunjungi blog ni kerana ana tak mampu nak perform yang yerbaik dan blog yang menarik seperti sahabat-sahabat sekalian.
Alhamdulillah, pejam celik dah selesaipun 2 semester ana berada di bumi USIM ni, dan sekarang tengah mengikuti short sem sehingga akhir bulan jun nanti. Alhamdulillah, tamatnya semester dua bermakna tamatla tahun satu ana, Cuma kegusaran masih bersarang walaupun exam dah lepas, result pulak satu hal lagi, Ya Allah, kau bagi la rezeki menyebelahi aku. Pada sem kedua yang lepas, subjek yang ana telaahi :

· BAHASA ARAB lll ( SAINS SOSIAL )
· MARKETING
· DAKWAH DAN KOMUNIKASI
· BUSSINESS MATHEMATHIC
· BUSSINESS ECONOMY
· BESSINESS ENGLISH

Ana amat berharap result ana dapat maintain macam sem lepas kerana subjek sem ni agak berat dan kebanyakan terpaksa review balik ketika belajar waktu SPM dulu walaupun dulu punya, basic ja dan dalam bahasa melayu.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, pada 8,9, 10 may baru ni ana ada mengikuti kem di Kem Lambaian Danau, Melaka. Banyak ilmu dan pengalaman yang ana timba disitu dari aspek kekentalan jiwa. Semangat berkerjasama dalam kumpulan, sifat jati diri dan sabar dengan tekanan dan skill nak manage masalah. Apa yang menarik di situ, hamper 90% aktiviti berada di dalam air, sedangkan 10% lagi aktiviti yang di darat hanya seperti makan, solat, riadhah pagi dan tidur. Dan satu perkara yang ana tak pernah kena dalam mana-mana program ceramah hanya diadakan sekali ja.hmm

Antara aktiviti dia, yang ana agak mencabar sikit la pada malam first tu ada night walk, berjalan secara kumpulan hampir 20km, pastu lepas balik sorang-sorang tapi ana cerdik sikit, orang lain pakat takut sampai turn, ana sementara tungu turn, ana amik jalan mudah tidur awal-awal. Sedar-sedar tinggal sikit ja lagi peserta jadi untuk mensingkatkan masa pihak penganjur lepas secara partner pulak, selamat la ana walaupun takut-takut jugak. Selain itu, kami juga berakit, obstacle run, berkayak menggunakan pelampung manakala tangan dijadikan pendayung untuk berkayah sejauh 1 km. Dan yang tidak dapat dilupakan apabila kami kena terjun dalam kubang lumpur,hhmm , baju yang pakai waktu tu alamatnya layak dibuang ja lah, memang tak dapet nak tolong. Itulah serba sedikit aktiviti yang ana tempuhi di lambaian danau, Melaka. Program Team Building sebenarnya bertujuan membentuk semangat sekerja dan merapatkan ukhwah bagi menggerakkan MPP yang disertai oleh MPP, PA dan AJK MPP.

InsyaAllah, pada 18,19, dan 20 ni ana kena pulak persiapkan diri mengikuti satu kem lagi di Pahang iaitu Kem Kepimpinan dan Pemantapan Intelektual wakil fakulti. Entah la apa pulak bentuk ana kena…

InsyaAllah, selepas ni ana akan post gambar-gambar di Kem Lambaian Danau, Melaka. Buat masa sekarang, ana pun belum mempunyainya lagi.

Rasanya setakat ini dulu coretan ana yang tak seberapa ni, bertemu kembali.

Wassalam.
Read more...

Wednesday, April 1, 2009

jadual exam


assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,

bertemu lagi kita di alam maya ini,

InsyaAllah, 14 April ni bermulalah pertempuran ana bersenjatakan pen dan kertas,

kepada sahabat-sahabat yang turut bersama bakal menghadapi exam,

bittaufuiq wannajah buat antum, doakan kejayaan kita bersama,

demi kebangkitan Islam ilmu ini perlu seiring selari dengan saranan Rasulullah s.a.w.

Setakat ini sahaja pertemuan kita. wassalam

jadual peperiksaan ana, maaf kurang jelas.




kalaulah ada sumur diladang,

bolehlah kita menumpang mandi,

kalaulah ada umur yang panjang,

InsyaAllah kita berjumpa lagi.

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"