:: Followers ::

Sunday, May 24, 2009

Dr Ridzuan


video
pengajaran yang boleh kita ambil, apabila Allah mahu memalingkan seseorang, dengan sekelip mata sahaja dia mampu lakukan, disinilah pentingnya pergantungan kita pada Allah,
Ya Allah, tuthabbit qulubana Ya Allah!!
bersamalah kita doakan vocalis kumpulan nasyid Saujana ni kembali ke jalan sepatutnya.

Read more...

Friday, May 22, 2009

DULU LAIN KINI LAIN




salam ukhwah wahai sahabat,
bertemu kembali kita di alam maya ini, di sini sukalah penulis membawa suatu perkongsian pengalaman ketika mengikuti Program Kepimpinan dan Pemantapan Intelektual, Janda Baik Pahang. jika sebelum-sebelum ini penulis pernah mengikuti program-program yang berbentuk islamik tetapi kali ini penulis terpaksa berlapang dada menerima trainer-trainer yang agak berbeza seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.



Perjalanan para peserta dari Usim mengambil masa selama hampir dua jam, kemudian sarapan dan bermula slot perkenalan. Apabila masuk waktu Zohor, peserta masing-masing dilepaskan untuk check in bilik masing-masing dan bersolat. Dan antara aktiviti yang dilakukan dalam program ini adalah ceramah, treasure hunt, presentation, memasak, 8 point star, pendedahan membina personaliti diri, pengucapan awam dan sebagainya.



Sebenarnya tujuan yang hendak penulis sampaikan dalam penulisan ini bukanlah hendak menceritakan aktiviti-aktiviti yang disampaikan tetapi kelainan yang penulis hadapi yang bercanggah dengan tarbiyah yang pernah dilalui sebelum ini. Ini mungkin peluang yang penulis dapat untuk lebih membuka mata tentang realiti kehidupan sekarang.



Kalau dulu ketika penulis masih menuntut diperingkat sekolah menengah, keadaan ini mungkin tidak pernah penulis hadapi dek kerana program-program yang dijalankan secara berasingan antara lelaki dan perempuan, tetapi disini keadaannya jauh berbeza jadi masa ini lah menguji seseorang dan terpulang kepada pendiriannya untuk mempertahankan jati diri.



Satu kelainan yang penulis nampak apabila bentuk-bentuk denda yang dilaksanakan seperti menari ala hindustan, dipaksa membisikkan "saya suka awak", budaya salam dengan bukan muhrim (penceramah), match maker, dan sebagainya memang memberi kejutan buat penulis. Ini kerana apa yang penulis bimbang, sekiranya bentuk didikan ini yang diterima dikalangan remaja sekarang, apakah Malaysia dapat melahirkan pewaris pemimpin yang berpotensi pada masa depan. Bak kata pepatah, "pemuda harapan negara, pemudi pewaris bangsa"



Satu perkara yang perlu kita ingatkan, pada era globalisasi kini keadaan seperti inilah yang menjadi realitinya, masyarakat menjadikan isu agama perkara kedua lantaran terlalu mengagung-agungkan dunia. Manusia sekarang lebih cenderong mengejar pada kekayaan dunia kemudian berbangga dengan hasil yang dimiliki tanpa bersandarkan kepada kekuasaan Allah. Dan paling menyedihkan penulis, ada penceramah yang datang dengan penampilan ketatnya, takhta kepala dibuka tanpa seutas benang bewarnakan keperang-perangan, bercerita tentang hati seorang hamba, peribadi dan hubungan dengan Allah dan ditambah lagi dlm ucpannya "jangan dinilai seseorang berdasarkan secara luaran". sememangnya peribahasa " don't judge by it's cover" boleh digunakan tetapi bukankah Rasulullah s.a.w pernah berkata, "luaran seseorang itu menggambarkan keperibadian seseorang itu". 


Oleh itu wahai sahabat,
ingin penulis berpesan, kita sebagai insan yang dipilih menerima didikan agama dari kecil hingga sekarang jagalah keperibadian, maslahah ummah jadi keutamaan, tidak salah mengejar kekayaan, tidak salah menyibukkan diri dengan hal dunia tetapi semua itu merupakan ladang kita untuk akhirat kelak. Seramai manakah umat nabi Muhammad sekarang berbangga mempraktikkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam cara hidup mereka, masing-masing lebih berbangga dengan "trend". Apa ertinya saya menganut agama Islam?


Bermula pada saat ini, buat pejuang agama-agama Allah,

kita telah memilih jalan mewakafkan diri pada perjuangan,

mempertahankan syiar Islam, ketepikan perkara yang membawa kelalaian, perkara remeh temeh, tinggalkan keselesaan hidup. fikirkan golongan yang dahagakan Islam.

Jangan ketepikan umat Islam yang lari dari jalan sebenar, jadikan mereka sebagai peluang kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah, mumarisahkan diri dengan tarbiyah ruhiyyah, jagalah hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, hablumminallah, hablumminannas, suburkan UKHUWWAH ISLAMIYYAH.


Seperti pesanan Salahuddin al-Ayubi sebagai persiapan yang perlu ada untuk menegakkan Islam ialah (kunci umat Islam menang) :



  1. quwwatul iman wan a'qidah

  2. quwwatul ukhuwwah

  3. quwwatul silllah

selamat beramal wahai ansorullah


Read more...

Thursday, May 21, 2009

lamaran isteri kedua

sebuah cerpen khas ditujukan buat mujahidah-mujahidah sekalian............

"Awak sudi jadi isteri kedua saya"

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?”suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,”luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


“Perjuangan, ” jawab Fikri.

Read more...

Sunday, May 17, 2009

kaulah ibuku, kaulah guruku

ibuku yang ku cintai, Hajjah Sobariyah Abd Hamid.

mak,
terima kasih yang tidak terhingga atas jasamu membesarkanku,
perit jerih yang kau tempuhi melayan kerenahku,
pengorbananmu membesarkanku tidak pernah mengenal erti kesusahan,
segalanya diharungi dari mula mengandungkanku, melahirkanku,
membesarkanku dan mendidikku,
biar dirimu terluka, hati anak tetap dijaga,
demi keperluan kami adik beradik, apa jua sanggup kau ikhtiarkan,

mak,
aku bangga mempunyai ibu sepertimu,
semangatmu, kekentalanmu, biarpun ilmu masih dituntut,
kami tidak pernah kau abaikan,
kejayaanmu mengharungi nama masyarakat,
menambah kekagumanku padamu,
mak aku sayang dan cinta padamu seluruh jiwa ragaku,
selepas cintaku pada Tuhanku dan Rasulku.
Selamat Hari Ibu, mak.
mak,
pekerjaanmu begitu mulia,
seorang guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga,
demi memastikan didikan diterima anak-anak muridmu,
kau mendidik mereka sepenuh jiwa dan raga,
kegagalan mereka turut kau rasai,
kejayaan mereka kau banggakan ibarat kejayaan anakmu sendiri,
aku menjadi saksi, khidmatmu pada anak bangsa bukan atas dasar
mencari pendapatan semata-mata, namun didikan yang kau utamakan,
biarpun dari pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sehingga malam,
masamu terpaksa kau korbankan, namun itu bukan ukuran, semuanya demi
kejayaan anak bangsamu,
Selamat Hari Guru mak,
ucapan dari bekas anak muridmu.....
Ya Allah,
sekiranya suatu masa nanti sudah tiba masanya kau menjemput
buah hatiku ini, kau makbulkan doaku ini,
aku masih mahu bertemu dengannya di akhirat nanti,
kau pertemukanlah kami disyurga nanti,
sebaik-baik tempat ciptaanmu,
Dengan namamu aku bersumpah,
ibuku seorang isteri yang solehah,
anak yang solehah,
dan ibu yang mithali.
pertemukanlah kami sekeluarga menyambung kehidupan
di alam syurga kelak....

Read more...

Friday, May 15, 2009

Team Building


Read more...

Thursday, May 14, 2009

assalamualaikum

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM………

Assalamualaikum buat ikhwah wa akhowat sekalian,

Rasanya sudah lama ana tidak mencoretkan apa-apa buat blog tercinta ini, pertamanya jutaan kemaafan buat sahabat yang mengunjungi blog ni kerana ana tak mampu nak perform yang yerbaik dan blog yang menarik seperti sahabat-sahabat sekalian.
Alhamdulillah, pejam celik dah selesaipun 2 semester ana berada di bumi USIM ni, dan sekarang tengah mengikuti short sem sehingga akhir bulan jun nanti. Alhamdulillah, tamatnya semester dua bermakna tamatla tahun satu ana, Cuma kegusaran masih bersarang walaupun exam dah lepas, result pulak satu hal lagi, Ya Allah, kau bagi la rezeki menyebelahi aku. Pada sem kedua yang lepas, subjek yang ana telaahi :

· BAHASA ARAB lll ( SAINS SOSIAL )
· MARKETING
· DAKWAH DAN KOMUNIKASI
· BUSSINESS MATHEMATHIC
· BUSSINESS ECONOMY
· BESSINESS ENGLISH

Ana amat berharap result ana dapat maintain macam sem lepas kerana subjek sem ni agak berat dan kebanyakan terpaksa review balik ketika belajar waktu SPM dulu walaupun dulu punya, basic ja dan dalam bahasa melayu.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, pada 8,9, 10 may baru ni ana ada mengikuti kem di Kem Lambaian Danau, Melaka. Banyak ilmu dan pengalaman yang ana timba disitu dari aspek kekentalan jiwa. Semangat berkerjasama dalam kumpulan, sifat jati diri dan sabar dengan tekanan dan skill nak manage masalah. Apa yang menarik di situ, hamper 90% aktiviti berada di dalam air, sedangkan 10% lagi aktiviti yang di darat hanya seperti makan, solat, riadhah pagi dan tidur. Dan satu perkara yang ana tak pernah kena dalam mana-mana program ceramah hanya diadakan sekali ja.hmm

Antara aktiviti dia, yang ana agak mencabar sikit la pada malam first tu ada night walk, berjalan secara kumpulan hampir 20km, pastu lepas balik sorang-sorang tapi ana cerdik sikit, orang lain pakat takut sampai turn, ana sementara tungu turn, ana amik jalan mudah tidur awal-awal. Sedar-sedar tinggal sikit ja lagi peserta jadi untuk mensingkatkan masa pihak penganjur lepas secara partner pulak, selamat la ana walaupun takut-takut jugak. Selain itu, kami juga berakit, obstacle run, berkayak menggunakan pelampung manakala tangan dijadikan pendayung untuk berkayah sejauh 1 km. Dan yang tidak dapat dilupakan apabila kami kena terjun dalam kubang lumpur,hhmm , baju yang pakai waktu tu alamatnya layak dibuang ja lah, memang tak dapet nak tolong. Itulah serba sedikit aktiviti yang ana tempuhi di lambaian danau, Melaka. Program Team Building sebenarnya bertujuan membentuk semangat sekerja dan merapatkan ukhwah bagi menggerakkan MPP yang disertai oleh MPP, PA dan AJK MPP.

InsyaAllah, pada 18,19, dan 20 ni ana kena pulak persiapkan diri mengikuti satu kem lagi di Pahang iaitu Kem Kepimpinan dan Pemantapan Intelektual wakil fakulti. Entah la apa pulak bentuk ana kena…

InsyaAllah, selepas ni ana akan post gambar-gambar di Kem Lambaian Danau, Melaka. Buat masa sekarang, ana pun belum mempunyainya lagi.

Rasanya setakat ini dulu coretan ana yang tak seberapa ni, bertemu kembali.

Wassalam.
Read more...

Wednesday, May 6, 2009

assalamualaikum,

bertemu semula setelah sekian lama tidak update blog ini,

disebabkan buat masa sekarang ni ana ketandusan idea nak post apa, maka sukalah nak berkongsi satu cerita. bacalah sampai habis...

Untuk renungan bersama:


Suatu hari ilmu bertanya kepada sijil: "Mengapa orang lebih memandang engkau berbanding aku?"Soalan itu membuatkan sijil termenung seketika…

kemudian menjawab:


"Jika engkau terjumpa seseorang yang diragui kerakyatannya, sudah pasti engkau akan bertanya statusnya. Bila orang itu menjawab: "Saya rakyat Malaysia". Adakah keraguan itu akan hilang? Atau engkau lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya?"


"Ya, aku akan lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya". Jawab ilmu."Begitulah dengan diriku, orang lebih yakin dengan aku berbanding engkau wahai ilmu".


Tambah sijil lagi: "Engkau ibarat kebenaran orang tadi sebagai rakyat Malaysia, sedang aku pula adalah Kad Pengenalan Diri"."Satu perbandingan yang baik". Sahut Ilmu. "Tapi sekarang aku dapat rasakan yang kewujudanku tidak bererti, tiada siapa pun yang melihatku di saat engkau menjadi rebutan dan dikejar oleh semua orang. Aku terabai wahai sijil".


Dengan perlahan sijil menjawab: "Wahai ilmu, engkaulah tonggak kewujudan manusia dan teras ketamadunan mereka… Janganlah bersedih, sekalipun engkau terpencil namun engkau akan tetap dihormati, disanjung, dan dijulang… sedang aku hanya sehelai kertas, tidak mungkin aku membawanya ke alam abadi.. tidak mungkin…
"Terharu mendengar kata-kata sijil, lalu Ilmu bersuara: "Wahai sijil, aku tidak kisah engkau mendapat tempat di hati manusia, tetapi satu pemintaanku, engkau nasihatilah manusia supaya jangan mengabaikan aku. Setiap kali musim peperiksaan, aku sangat gembira kerana semua orang mendekatiku, cuba mengingatiku, walaupun aku terselindung di celah helaian buku setebal 500 m/s, aku akan tetap dijumpai, aku sangat gembira ketika itu… terlalu bahagia.


Tapi bila tamat sahaja musim peperiksaan, aku mula ditinggalkan… ketika itu aku mula sedar, sebenarnya mereka semua hanya jadikan aku sebagai jambatan untuk pergi kepada engkau wahai sijil. Itulah hakikatnya".


"Subhanallah" , mengeluh sijil rasa kesal. "Bersabarlah wahai ilmu!!" "Aku akan nasihati mereka".Kata ilmu lagi; "Aku tidak seperti engkau, hiasan yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja".Sijil mencelah dengan berkata: "Engkau juga perhiasan.. perhiasaan yang dinilai oleh Allah dan rasul-Nya. Kata Nabi s.a.w: "Kelebihan orang alim ke atas abid seperti kelebihanku ke atas serendah-rendah martabat seorang lelaki dari kalangan umatku".


"Barangsiapa yang inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia sesekali tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak tidak mendapat tempat di akhirat kelak kecuali Neraka, dan di akhirat nanti lenyaplah apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Surah Hud 15-16)


Jadi untuk para pelajar ilmu syarak, baik di sekolah atau universiti, mestilah perbetulkan niat dan terjemahkannya di dalam perbuatan. Anggaplah sijil itu hanya sebagai alat untuk mendapat tempat dalam masyarakat selepas tamat pengajian sahaja. Selepas itu jangan membuang masa lagi, bersungguh-sungguhl ah menuntut ilmu. Tidak ada masa untuk beristirehat, tidak ada masa untuk berseronok, atau berjalan-jalan.


Masa yang ada mestilah digunakan untuk mengemas kini kembali maklumat yang diterima atau pernah didengari. Ambil semula buku-buku yang membicarakan tentang disiplin ilmu. Kuasai disiplin-disiplin ilmu itu. Ya Allah, alangkah bahagianya jika pelajar ilmu syarak dapat menghafal al-Quran, menghafal seberapa banyak hadis, menguasai Bahasa Arab, seterusnya dapat menguasai disiplin-disiplin ilmu seperti Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Usul Tafsir, Usul Hadis (Mustalah Hadis) dan sebagainya.


Alangkah indahnya sekiranya kita yang menggelarkan diri para pejuang agama Allah ini bisa menjadi mulia kerana ilmu di dada...bisa dihormati kerana ilmu yang diamalkan... Ingatlah!!! Sijil itu hanyalah wasilah kita di dunia ini. Aplikasikanlah ilmu yang diterima. Kita lah generasi baru yang dinanti untuk mengisi kemenanganyang ada sekarang.


Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"