:: Followers ::

Wednesday, December 1, 2010

Adakah solehah dalam diriku?

ShareIzah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.

Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang 'open'. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Dzikry. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Dzikry, juga tersenyum tipis.

Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.

Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang 'reply'.

"X wat apa pun..baru siap mandi.."

Izah menekan butang send.

Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran pintu bilik dikuak. Muncul Fasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Fasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik.

Fasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Fasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.

Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Fasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.

"Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah," bisik Fasihah.

Fasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Fasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur'an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.

"Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai.." Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas.Dzikry menunggu di hujung sana.

Tepat pukul 9.30 malam, Fasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Fasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM.

"Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya' tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi."

Izah berpaling sekilas sambil senyum.

"Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha," jawab Izah berbasa-basi.

"Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan.." Fasihah senyum ceria.

Fasihah mengambil sekeping biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Fasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Fasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.

"Eii.. tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah..." gumam Izah di dalam hatinya.

Pukul 11.30 malam, Fasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.

Fasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu', dia menapak ke biliknya.

Fasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.

"Zah, hah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau... nanti ada black circle.. nanti hilanglah keayuan Zah..hehe.."

Izah senyum pada Fasihah.

"..Baiklah.. kite pun dah ngantuk jugak ni.."

Fasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.

Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.

"Ahh..belum solat Isya' lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak.."

Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...

Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu', Fasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.

Ahh.. solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga?? Ahh.. aku yang hina begini.. entah lah Ya Rabbi. Justeru itu.. izinkan aku bangun di dini hari-Mu ini.. meratap sendu di kaki-Mu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayangan-Mu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapan-Mu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..

Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur'an barang tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.

"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.." Fasihah terkejut.

"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Fasihah berteka-teki.

"Alhamdulillah.."

Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.

"Mungkin dia tidur lewat. Penat benar.." terka Fasihah.

Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.

"Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?" Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.

"..Ha..Emm..Ya..Ya.." Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.

Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.

Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.

"Aduh!! Solat Isya'!"

Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu'. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.

Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.

"Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti... macam dua hari lepas..."

Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.

"Tak banyak beza antara aku dan dia. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu? Aku??.." Izah bermonolog dalam hati sendiri.

"..Waktu tidur, Fasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh..." Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.

Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Fasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.

"Ah.. jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari.." Izah mula sebak.

Dia memandang kembali wajah Fasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Fasihah.

"..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku.. lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa.."

Izah segera teringat. Waktu itu Fasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh.. aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Dzikry dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.

Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Fasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.

Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!

Air mata Izah mula bertakung.

"Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!" Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.

Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se'kepala'nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : "Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!" Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.

Kata ustazah, "Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih.. telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!"

Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Fasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.

Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki? Ah.. untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....

Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Fasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Fasihah. Namun aku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..

Fasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Fasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.

"Emm...... tak ke surau ke....." tuturku lambat-lambat.

"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah?" Fasihah terkejut.

"Haa...takde apa-apa.."

Fasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.

Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.

Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...

"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah..."

- Artikel iluvislam.com

Read more...

Thursday, November 11, 2010

madah pemujuk lara~

HARI INI bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna,
banyak yang perlu dikorbankan,
banyak juga yang terpaksa dilepaskan,
sekali langkah tersadung, rebah menyembah,
sekali melangkah gagah, tersenyum megah,
dan semua itu memerlukan pengorbanan,
menentu kesabaran & air mata,
selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,
usah digusarkan pada ANUGERAH TUHAN,
anggaplah bila sesekali diduga, itu sekadar untuk mematangkan
dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan,
juga demi menjadi MUJAHIDAH ISLAM.
Read more...

Thursday, October 21, 2010

Hati yang gersang

Bismillahirrahmanirrahim,

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, al-malaikah, serta sahabat handai yang mengenali diri ini… Sekian lama aku tidak memuntahkan sesuatu di laman ini, bukan disebabkan kekangan masa yang melampau, tetapi dek kekeringan idea dari insan ini yang sememangnya cetek ilmu. Apatah lagi mahu membicarakan isu agama, isu semasa, isu Negara, ekonomi mahupun politik sekalipun diri ini tidak layak membicarakannya.


Lantas, beberapa hari ini aku sering berfikir, hatiku tidak keruan, ketenangan lari menghilang diri, kerjaku menjadi hilang fokus dan banyak lagi kegagalan yang kutempa dan akhirnya jawapan yang kutemui sujudku sudah hilang manisnya…


Ya Allah, aku rindu pada cintamu, merasai kenikmatan cinta kita, solatku terganggu, hatiku seolah kekosongan meskipun rutinku dihambat kesibukan, benakku penuh dengan persoalan, taklifatku sebagai dai’e aku jalankan tanpa penuh penghayatan, sungguh aku betul-betul terasa kehilangan. Di suatu malam, aku menjumpai satu artikel yang membicarakan tentang “kacaunye fikiran ketika solat”. Satu perbualan yang diutarakan seorang murid kepada gurunya lebih kurang bunyinya, aku sering terganggu dalam solat, lupa rakaat, fikiran terawang-awang seolah tidak sedarkan diri sehinggalah salam terakhir diberi, lalu jawab gurunya Bisikan itu berasal dari syaitan, yang wajib bagi anda adalah memelihara shalat, konsentrasi dan thuma’ninah dalam melaksanakannya sehingga anda dapat melaksanakannya dengan penuh kesadaran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman.
maksudnya : Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya[Al-Mukminun : 1-2]

Ketika Nabi Shallallahua’laihi wa sallam melihat orang yang tidak sempurna solatnya dan tidak thuma’ninah dalam melaksanakannya, beliau menyuruhnya untuk mengulangi solatnya, beliaupun bersabda.
maksudnya : Jika engkau hendak mendirikan solat, sempurnakanlah wudhu, lalu berdirilah menghadap kiblat kemudian bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian ruku’lah sampai engkau tenang dalam posisi ruku, lalu bangkitlah (berdiri dari ruku’) sampai engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai engkau tenang dalam posisi sujud, lalu bangkitlah (dari sujud) sampai engkau tenang dalam posisi duduk. Kemudian, lakukan itu semua dalam semua solatmu [Al-Bukhari, kitab Al-Adzan 757, Muslim kitab Ash-Shalah 397]

Konklusi yang aku aku dapat, sekiranya ketika solat kita merasai kita sedang solat, seolah-olah solat itu kita sedang bercakap dengan Allah, dan bemunajat kepadaNya, maka kita akan terdorong untuk khusyu’ dan konsentrasi ketika solat, syaitan pun akan menjauh dari kita sehinggalah kita selamat dari bisikkannya. Jika dalam solat kita terasa banyak godaan,tiuplah tiga kali ke samping kiri dan memohonlah perlindungan Allah tiga kali dari godaan syaitan yang terkutuk, insya Allah kita akan terpelihara dalam solat. Pepatah yang pernah kudengar entah dari mana sumbernye, kalau bersolat biarlah kita merasai kita akan mati sebentar lagi, dan kalau kita bekerja kita merasakan kita akan hidup selamanya…

Sahabat,
Memang mudah dikatakan, tapi praktikalnya menuntut mujahadah yang kuat, iman kita yazid wa yanqus, jadi hari ini aku berlapang dada berbicara soal ini, mungkin dilain masa aku menjadi alpa kembali, ayuhla sahabat-sahabat kita tingkatkan diri mujahadah untuk memburu redha Allah, kemanisan syurga itu memerlukan perantauan dan penjelajahan yang penuh duri, bak kata imam Athoillah Assakandari, “aku tidak akan sekali membiarkan hidupku dipenui kesenangan kerana perjuangan itu dihiasi dengan kepahitan”
Uhibbukum fillah..

Salam mahabbah,
Nurul Mu’azzah Roalli
Pentadbiran Korporat dan Hubungan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat.


Read more...

Tuesday, October 5, 2010

tips menjauhi zina hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.



Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Read more...

Friday, August 27, 2010

Jemputan kepada semua warga USIM


Read more...

Thursday, August 26, 2010

Perkongsian..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
cerita ini saya dapat dari email sahabat saya, dan saya rasa bertanggungjawab untuk sebarkan. Pada awalnya saya sukar percaya kerana Allah telah berjanji ajal maut ditangannya dan tiada toleransi walaupun seminit, tetapi mungkin ibarah yang boleh kita ambil, perlu sentiasa bermuhasabah dan tidak meletakkan salah pada orang lain, teruskan membaca..



Bahagian Pembangunan Organisasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
PUTRAJAYA

www.jpa.gov.my




Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Read more...

Monday, August 16, 2010

Buat renungan..

Berjalanlah dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... Belajarlah m'maafkn walau dirimu t'luka, B'hentilah memberi alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... Hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan. Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap HambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA . Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi.. Moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuh insani..

Read more...

Saturday, August 14, 2010

Sekian lama menyepi..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alahamdulillah pada hari yang keempat di bulan Ramadhan ini aku masih diberi kesempatan menghirup nikmat paling berharga dari Rabbku.. Aku pasti follower-follower ku pasti menganggarkan aku sudah berhenti menulis.. maaf dipinta buat pengikut setiaku, hari ke hari ditunggu namun tanpa disedar sesawang ini semakin bersawang nampaknya. Tiada apa yang aku inginku ceritakan kali ini, sekadar mengisi masa terluang yang masih dapat kurasai alhamdulillah.



Hari ini, kerinduanku pada kolej kediamanku yang pernah kuhuni agak terubat apabila Program Qiamullail Perdana anjuran biro kelolaanku selamat dilaksanakan. Bermula jam 4.00 pagi semua penghuni dikejutkan dengan sirent dan pengumuman-pengumuman, dimulakan dengan solat-solat sunat, bersahur jami'e, kemudian solat subuh, kuliah subuh dan ditutup dengan Halaqah Mathurat. Setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Ar-Rahman kerana ditengah persahuran kami, rezeki datang bergolek apabila senierku datang membawa nasi dengan lauk-lauk yang enak, maka bersahur la kami beramai-ramai beralaskan talam yang penuh barakah, barakallahu fiikum ya ukhti Mardhiyah, ukhti Ruqayah dan Ukhti Afiqah.


Harapanku, penghuni sana benar-benar merasai kedatangan Ramadhan ini dan mengambil peluang ini untuk mengimarahkannya. Bumi Nilam bumi pertama kujejaki ketika mula mendaftar dibumi USIM. Aku menapak selangkah demi selangkah bersama wasilah yang kuperjuangkan, namun tanpa kusedari hari ini aku telah berada di tahun tiga dan telah meninggalkan Bumi Nilam, mungkin satu hari nanti perasaan begini berkunjung lagi apabila aku benar-benar meninggalkan Bumi Usim. Terima kasih buat sahabat seperjuanganku yang kini masih berjuang di Bumi Nilam, roomateku yang sentiasa membantuku ketika susah dan senang. selamat Berjuang di gelanggang sana, biar kita ditakdirkan di gelanggang yang berbeza tetapi wadah kita tetap sama, bersama berpesan kepada kebenaran.. ampun maaf diatas segala khilaf dan kekurangan diri ini sepanjang perkenalan.


Didoakan kepada sahabat diluar sana tenang menjalani ibadah di bulan mulia ini, semoga Ramadhan kali ini dapat mendekatkan lagi kecintaan kita kepada Allah azzawajalla.

siirua'labarakatillah..


Read more...

Monday, May 31, 2010

KOBARKAN SEMANGAT PEDULI PALESTIN

Kejadian terbaru serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza adalah sebuah perbuatan terkutuk yang sememangnya sudah tidak asing bagi Israel laknatullah. Kita semua tahu bahawa Yahudi adalah sebuah bangsa yang tidak akan pernah redha dengan Umat Islam.

Apa kata dunia tentang serangan yang tidak berasas ini? apa kata diri kita sendiri tentang serangan yang tidak berperikemanusiaan ini? apakah kita melihat dengan kasihan, atau melihat dengan penuh kesedaran? melihat dengan simpati atau empati?

Para pemuda di sekeliling kita, para muslim disekeliling kita. Sudahkah kita bangkitkan mereka untuk menyedari tentang krisis yang sedang berlaku ini? Kekejaman yang sedang terjadi ini?

Tepuk dada, tanya iman...biar hati berbicara berpandukan petunjuk Ilahi. Kobarkan semangat peduli palestin.

Jangan hanya melihat dan mengeluh lantas berpuas hati dengan hanya berdoa, itupun sekadar melepaskan batuk di tangga. Berusahalah dengan segenap upaya yang kita miliki untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam khususnya demi mempertahankan Bumi milik Umat Islam.

Ya! Apa yang kita mampu, kita laksanakan. Jangan tunggu kekuatan, binalah dan kejarlah ia sampai kita bertemu Tuhan!

Allahuakbar! Salam perjuangan daripada paksi.net


* copy paste dari email fb..
Read more...

Saturday, May 22, 2010

mata oh mata, Kenapa Engkau Liar

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?


BUAT RENUNGAN UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T....... ........


Babak 1

Pada suatu hari Yusof dan Aiman sedang berjalan-jalan di City Plaza Alor Star. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.

Yusof: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Aiman: Mana? Mana? Mana?
Yusof:: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Aiman: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 2

Yusof: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Aiman: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Yusof: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Aiman: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]


Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik. Begitulah jua seorang wanita apabila melihat seorang lelaki...... ...

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.Begitulah juga bagi seorang wanita, beliau juga haruslah menundukkan pandangan terhadap lelaki ajnabi...... .
WALLAHUA'LAM. ..

Read more...

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Ibu mak..

mak,
terima kasih yang tidak terhingga atas jasamu membesarkanku,
perit jerih yang kau tempuhi melayan kerenahku,
pengorbananmu membesarkanku tidak pernah mengenal erti kesusahan,
segalanya diharungi dari mula mengandungkanku, melahirkanku,
membesarkanku dan mendidikku,
biar dirimu terluka, hati anak tetap dijaga,
demi keperluan kami adik beradik, apa jua sanggup kau ikhtiarkan,

mak,
aku bangga mempunyai ibu sepertimu,
semangatmu, kekentalanmu, biarpun ilmu masih dituntut,
kami tidak pernah kau abaikan,
kejayaanmu mengharungi nama masyarakat,
menambah kekagumanku padamu,
mak, aku sayang dan cinta padamu seluruh jiwa ragaku,
selepas cintaku pada Tuhanku dan Rasulku.
Selamat Hari Ibu, mak.

mak,
pekerjaanmu begitu mulia,
seorang guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga,
demi memastikan didikan diterima anak-anak muridmu,
kau mendidik mereka sepenuh jiwa dan raga,
kegagalan mereka turut kau rasai,
kejayaan mereka kau banggakan ibarat kejayaan anakmu sendiri,
aku menjadi saksi, khidmatmu pada anak bangsa bukan atas dasar
mencari pendapatan semata-mata, namun didikan yang kau utamakan,
biarpun dari pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sehingga malam,
masamu terpaksa kau korbankan, namun itu bukan ukuran, semuanya demi
kejayaan anak bangsamu,
Selamat Hari Guru mak,
ucapan dari bekas anak muridmu.....

Ya Allah,
sekiranya suatu masa nanti sudah tiba masanya kau menjemput
buah hatiku ini, kau makbulkan doaku ini,
aku masih mahu bertemu dengannya di akhirat nanti,
kau pertemukanlah kami disyurga nanti,
sebaik-baik tempat ciptaanmu,
Dengan namamu aku bersumpah,
ibuku seorang isteri yang solehah,
anak yang solehah,
dan ibu yang mithali.
pertemukanlah kami sekeluarga menyambung kehidupan
di alam syurga kelak....


khas buat buat ibu Hajah Sobariyah Abd. Hamid

bondaku yang di tengah sekali..
Read more...

Monday, April 19, 2010

genaplah umorku.

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... hari ini 19 April 2010 genaplah umor ku ke-21. Tiada apa yang hendak dicoretkan tetapi sekadar melepaskan perasaan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi rasa nikmat menghirup udaramu serta menikmati kurniaan di dunia sementara ini. Terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa mengingati diri ini. Ampun maaf kepada semua yang sentiasa sekiranya terdapat salah dan silap, khilaf pendapat, terlebih bicara dan bergurau senda, doakan diri ini lebih lincah mengorak langkah dalam medan aksi ini, dan sentiasa dinaungi rahmat dan keberkatan Allah. siiru a'la barakatillah.

Read more...

Tuesday, April 13, 2010

Sapa nak jawab pantun nihhh???

Suasana hari ini Ibadat jadi adat ... adat jadi Ibadat ...

Kalau duit yang kita perolehi ni berkat hidup menjadi berkat,
Bila hidup berkat ... diri kita selamat,
Bila diri kita selamat .... hidup dengan orang lain menjadi sepakat,
Bila rumah tangga jadi sepakat ... masyarakat jadi musyafakat,
Bila masyarakat menjadi musyafakat ... negara jadi kuat,
Bila negara jadi kuat ... negara luar jadi hormat,
Bila negara jadi hormat ... permusuhan pun tersekat,
Bila permusuhan pun tersekat ... pembangunan pun meningkat,
Bila pembangunan pun meningkat... kemajuan pun menjadi pesat,
Tetapi awas!!! .. kita lihat ... Bila kemajuan menjadi pesat ...
kita lihat bangunan pun jadi bertingkat-tingkat,
Dan dicelah-celah itu tempat maksiat tumbuh macam kulat, Ketika itu ...
bila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat manusia ... mengubah tabiat,
Bila manusia mula mengubah tabiat ... ketika itu ada yang jadi lalat, ada
yang jadi ulat,
Bila manusia mula nak jadi lalat, nak jadi ulat, .. sembahyang makin hari
makin liat,
Bila sembahyang makin liat ... orang baik mula tukar nak jadi jahat,
Bila orang baik boleh jadi jahat ... orang miskin nak kaya cepat,
Bila orang miskin nak kaya cepat ... ada pulak orang tua nak mati lambat,
Bila orang tua pakat nak mati lambat ... maka pakat lawan cara ubat,
Bila pakat lawan cara ubat ... tak cukup madu telan air gamat,

Ini lagi satu ... anak-anak muda lelaki pakat duk pakai seluar ketat,
Pakai baju nampak pusat... Rambut jarang sikat ... kasut? Tak payah nak ikat
...
Perempuan pulak ...? ... pakat pakai mini sekerat ... pakai pulak sama
sendat ...
Kadang-kadang nampak yang 'bersurat' ... tak kira bujuq tak kira bulat ...
(maap .. hek! ) Bila jadi macam tu ... sapa lihat pasti tercegat ... silap
gaya jadi gawat ...

Bohsia, bohjan lagi hebat ... duduk jauh berkirim surat ... bila berjumpo
tangan berjabat ...
kemudian pakat lawan peluk erat ... tunjuk sapa kuat ... Masa tu napas turun
naik tersekat-sekat ...
usah peduli agama dan adat ...

Usah takut allah dan malaikat ... bukan nampak ... yang penting apa kita nak
buat..?
Boh pi la kita pakat buat ......!! Bila jadi maksiat macam ni ... akhirnya
perut kempih dah jadi bulat...!
Bila perut dah jadi bulat ... maka lahirlah pulak anak-anak yang tak cukup
sifat ...
Bila lahir anak tak cukup sifat ... campak pi buang merata tak kira tempat
...

Maknanya .... masa tu syaitan dan iblis pun melompat,
Katanya " Habis manusia dah masuk jerat" ... " Habih manusia telah
tersesat"...
Inilah dia fenomena masyarakat ...

Oleh itu ingatlah wahai masyarakat .... dunia ini makin singkat ...
esok lusa entah kiamat ... Masa tu kita semua akan berangkat ...
berangkat kemana? Berangkat menuju kedunia akhirat ...

Di sana kita bakal ditanya soalannya empat ...
1. Umur dan masa kamu di dunia banyak mana kamu buat ibadat ...
2. zaman muda kamu apa yang kamu buat ...
3. harta benda kamu dari mana engkau dapat ...
4. ilmu kamu adakah kamu manafaat ...


hmm, pakat-pakat kita amik la input kat atas tu yang mana boleh guna, sambil tu nak ucap kat semua bittaufiq wannajah fil imtihan...


Read more...

Sunday, April 11, 2010

Rindu seorang Hawa


Tatkala diri hanyut dalam arus kegelapan
Sang suria memancar duka
Sang awan berarak lesu
membawa mendung kelabu
Rentak alam berlagu sepi
mengusap tiap titik jiwa yang mati

Bermula dari aku bangkit menjengah isi dunia
dengan izinMu Ya Allah,
telah banyak yang aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia merantai hati
walau tidak pernah aku zahiri

Saat itu Ya Allah
Engkau izinkan aku merasai kehangatan kasih dalam alpa
Engkau benarkan aku menikmati rindu Adam kepada Hawa
Engkau biarkan aku dalam bahagia yang sementara..
Cukuplah Wahai Tuhanku..

Saat berdua bersamamu di malam hari
aku terhenjut-henjut menangisi dosa lalu
cuba menggapai cintaMu itu
pada kemuncak kubah rindu dan menara kasihku
Menyaji maghfirah dan sakinah yang tak pernah luput

Tapi akhirnya
aku capai semua itu dengan nafsu amarahku
kucampak ke parit kederhakaan
Lantas kuketawa..
sambil aku menjunjung bangkai dan najis dunia..
kulumur pada hamparan sejadah
kuanyam pada tiap titis renik perjuangan
tanpa kusedar
bangkai dan najis itu yang kubilang cinta





Tiap hari kuucapkan
hidup dan matiku hanya untuk Allah
Tiap hari kulafazkan
aku ingin mati dalam perjuangan

Sangkaku..
aku rajin beribadah
bibir tak henti menyebut dakwah
maka selayaknya derita menjauh dariku
nikmat dunia seringkali menghampiriku
Wahai diri…
engkau tak lebih dari seorang abid yang kufur

Ya Allah..
Aku pernah kehilangan cintaMu
Pernah gersang jiwaku
Pernah tandus imanku
Dilema itu merobek ketenanganku
Hati yang telah retak semakin retak
Solatku tiada lagi khusyuknya
Rukukku tiada lagi ikhlasnya
Sujudku bersama fikiran melayang entah ke mana
Tahajudku sudah hilang serinya
Munajatku sudah hilang air matanya
Imanku longlai untuk berkata-kata
Kusebut dengan panggilan apa saja
untuk melukiskan bahawa ini adalah derita

Namun, syukur padaMu Tuhan atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang sedikit cuma padaMu ini
Jangan Engkau lenyapkan
Jangan Engkau kuburkan
Suburkanlah cintaku padaMu Tuhan
Biarkan hati ini terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia terus hidup dalam cahayaMu selamanya..

# sajak nukilan Umar Mukhtar yang x kesampaian ku bacakan pada malam perdana siswi#
hayatilah...
Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Friday, April 2, 2010

Solat Hajat dan Motivasi Peperiksaan!!

AYUH!! GEMPAKKAN PAVILION DENGAN KEBANJIRAN MAHASISWA USIM!!!
STUDENT POWER!!!









Read more...

Thursday, March 25, 2010

BARISAN KABINET MPP USIM sesi 2009/2010






Yang Dipertua : Muhammad Hilmi Juhari (FEM)
Naib Yang Dipertua 1 : Abdullah Long (FSU)
Naib Yang Dipertua 2 : Nur Akalili Zubair (FEM)
Setiausaha Agung : Mohd Hazimin Harun (FSU)
Timbalan Setiausaha Agung : Sumaiyah Al Muniroh bt Mohd Fuad (FST)
Bendahari : Muhamad Tobrani bin Muhamad Yusof (FEM)

Exco Kebajikan dan Khidmat Komuniti :
Mohd Fakhruddin bin Adnan (FPBU)
Nur Zeta binti Mohd Zahari (FPBU)
Muhammad Rahimie bin Mustapa (FPSK)

Exco Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian :
Mohamad Sahril bin A. Rahim (FPQS)
Nurul Mu’azzah Roalli (FEM)

Exco Akademik dan Intelektual :
Najib ‘Afif bin Arip (FPBU)
Siti Fatihah binti Khotil (FST)

Exco Ekonomi dan Keusahawanan :
Mohd Rafizi b. Roslan (FEM)
Mohamad Yusof bin Mahmod (FPQS)
Zaki Yamani Rosdi (FSU)

Exco Perhubungan Korporat dan Pengantarabangsaan :
Khairul Arafat bin Wahit (FPQS)
Abdul Baari Abd Rani (FSU)

Exco Sukan dan Kesenian :
Mohd Nor Azly bin Mohd Jafry (FST)
Mohd Shah bin Che Ahmad (FKP)

Exco Penerangan dan Multimedia :
Mohd Hanif Hazahari (FKP)
Syifak Mawaddah binti Abdul Jamil (FPg)

Exco Perwakilan Khas Pandan Indah :
Sulaiman Taib (FPg)
Nuurain Amirah bt Mohd Razi (FPSK)

Read more...

April Fool's Day

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk update blog ni, walaupun wajahnya masih belum bertukar-tukar, tapi tetap di hati penulis. Di akhir bulan ini, penulis agak gusar seperti tahun sebelum ni kerana bulan April akan kita masuki tidak lama lagi. Masakan saya takut bulan April sedangkan bulan April adalah bulan kelahiranku, tetapi apa yang digusarka apabila kejahilan sesetengah golongan yang terlalu bangga dengan 1 April (April Fool).

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnhya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyo( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan merggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah [pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hai, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya,( 1 April ), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke parlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibaakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyarang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiaannya diarahkan oleh tentera Kristian.

Karaian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayalkan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semogo Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Read more...

Friday, March 12, 2010

Hebahan



Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Peluang ke IKIM, turut bersama saudara Hilmi dan saudari Akalili.

Antara gambar yang sempat diambil ketika mengikuti slot rakaman bagi slot "slot remaja".





















gambar paling kiri, Saudara Hilmi (YDP MPP USIM)dan Saudari Akalili Zubair (NYDP 2)

















Penulis bersama penyelaras program slot remaja, K.Tini.


















penulis bersama K.Akalili n DJ Fairuz

Sekian dulu dari ana, lepas ni ana try update lagi, sedang mencari masa nak maitainance balik blog ni. Assalamua'laikum.
Read more...

Thursday, January 7, 2010

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk menjenguk sekejap blog yang bersawang ni. Sekadar perkongsian kegembiraan, minggu lepas dalam tempoh seminggu aku dapat berjumpa dengan dua orang sahabat yang amat dirindui. Biar cuti sebulan, plan usrah dirancang tetapi beberapa kekangan tetap tidak dapat menemukan aku dan sahabat-sahabat. Sebelum kuliah bermula pada minggu lepas, aku bersama sahabatku di USIM (shoe) pergi ke KL, ditakdirkan on the way nak pulang ke USIM, sahabatku di UM(wani) mengirimkan mesej, hanya dengan beberapa mesej dibalas, dia beria-ia hendak mengikutku pulang ke USIM. Gembira bukan kepalang, malam itu masa dihabiskan dengan bertukar cerita, suka dan duka ditempat perjuangan masing-masing. Esoknya, sebelum aku menghantarnya ke stesen komuter nilai, aku membawanya meronda-ronda di kawasan kampus, ke fakulti kesayanganku dan akhirnya makan di Nilai3, walaupun pertemuan ini hanya seketika tetapi cukup mengubat kerinduanku... (nisa'dengankuda tungangannya)
continue...
kemudian, pada wekend baru ini aku diberi kesempatan mengikuti kunjungan USIM ke UMT sempena jemputan ke Konvension Mahasiswa Melayu (KONMAM). Ketika itu, aku satu lagi peluang yang tidak disangka-sangka apabila aku berkesempatan bertemu sahabatku di UDM(nisa'). Kebetulan UDM berhadapan dengan UMT, jadi tiada masalah bagi kami untuk bertemu. walaupun perjumpaan yang agak singkat, tetapi sudah cukup untuk mengubat hati dan membiakkan lagi bunga ukhwah antara kita. Manusia merancang, Allag juga merancang, tetapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Terima kasih tuhan, mempertemukanku dengan dua sahabat ini, buat sahabat-sahabat lain, insyaAllah moga suatu masa nanti kita diberi peluang untuk bertemu.
Ukhwah fillah tidakkan musnah,
walaupun ombak badai datang mendesak,
tautan erat tak mungkin patah,
dengan ismullah kita berbaiah,
Bertemu berpisah,
hanya kenangan semata,
redho Allah kita cari,
bertemu kembali dinegeri abadi.
Uhibbukum fillah.
"Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuatkan kita menadah tangan kepadanya.. Seringkali Dia melimpahi kita dengan rahmat, tetapi masih belum cukup untuk membuatkan kita mengingatinya... Justeru Yang Maha Agong ini menjatuhkan batu kecil buat kita agar sentiasa mengingatinya...apabila engkau memandang segala dari Tuhan mu yang menciptakan segalanya... Yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu... Pasti damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segala sesuatu... bukan Allah tak tahu derita hidupmu... Retaknya hatimu... pilunya perasaanmu... tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.
p/s: buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, doakan urusan ini dipermudahkan..




Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"