Bismillahirrahmanirrahim..
Alahamdulillah pada hari yang keempat di bulan Ramadhan ini aku masih diberi kesempatan menghirup nikmat paling berharga dari Rabbku.. Aku pasti follower-follower ku pasti menganggarkan aku sudah berhenti menulis.. maaf dipinta buat pengikut setiaku, hari ke hari ditunggu namun tanpa disedar sesawang ini semakin bersawang nampaknya. Tiada apa yang aku inginku ceritakan kali ini, sekadar mengisi masa terluang yang masih dapat kurasai alhamdulillah.
Hari ini, kerinduanku pada kolej kediamanku yang pernah kuhuni agak terubat apabila Program Qiamullail Perdana anjuran biro kelolaanku selamat dilaksanakan. Bermula jam 4.00 pagi semua penghuni dikejutkan dengan sirent dan pengumuman-pengumuman, dimulakan dengan solat-solat sunat, bersahur jami'e, kemudian solat subuh, kuliah subuh dan ditutup dengan Halaqah Mathurat. Setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Ar-Rahman kerana ditengah persahuran kami, rezeki datang bergolek apabila senierku datang membawa nasi dengan lauk-lauk yang enak, maka bersahur la kami beramai-ramai beralaskan talam yang penuh barakah, barakallahu fiikum ya ukhti Mardhiyah, ukhti Ruqayah dan Ukhti Afiqah.
Harapanku, penghuni sana benar-benar merasai kedatangan Ramadhan ini dan mengambil peluang ini untuk mengimarahkannya. Bumi Nilam bumi pertama kujejaki ketika mula mendaftar dibumi USIM. Aku menapak selangkah demi selangkah bersama wasilah yang kuperjuangkan, namun tanpa kusedari hari ini aku telah berada di tahun tiga dan telah meninggalkan Bumi Nilam, mungkin satu hari nanti perasaan begini berkunjung lagi apabila aku benar-benar meninggalkan Bumi Usim. Terima kasih buat sahabat seperjuanganku yang kini masih berjuang di Bumi Nilam, roomateku yang sentiasa membantuku ketika susah dan senang. selamat Berjuang di gelanggang sana, biar kita ditakdirkan di gelanggang yang berbeza tetapi wadah kita tetap sama, bersama berpesan kepada kebenaran.. ampun maaf diatas segala khilaf dan kekurangan diri ini sepanjang perkenalan.
Didoakan kepada sahabat diluar sana tenang menjalani ibadah di bulan mulia ini, semoga Ramadhan kali ini dapat mendekatkan lagi kecintaan kita kepada Allah azzawajalla.
siirua'labarakatillah..
No comments:
Post a Comment