:: Followers ::

Saturday, February 25, 2012

Imbasan kembali 2


Bismillahirrahmanirahim,

Alhamdulillah, akhirnya diri ini melangkah pulang ke bumi hijau yang penuh ketenangan. Sudah seminggu berlalu  diri ini berada di negeri tanah tumpah darah menjalani latihan industri yang merupakan syarat untuk bergraduasi.

Tanggal 18 Feb 2012, diri ini berangkat pulang ke negeri Kedah dengan azam yang tinggi menggunung. Azam di hati  ingin menumpahkan bakti seoptima mungkin sebelum memutuskan  dimana bumi yang bakal diri ini bermaustautin.


Benar, berat hati ini melangkah pulang, mengingatkan akan meninggalkan sahabat-sahabat kecintaanku, meninggalkan perjuanganku melihat masyarakat kampus yang mekar subur dengan jiwa tarbiyah dan dakwah.
 Namun, langkah perlu terus disusun dan diatur, mencorak hidup menuju Jannah dengan iringan RedhaNya.

Tepat jam 9.10 malam, diri ini tiba di Lapangan Terbang  Kepala Batas melihat penantian dua insane yang kucintai, ibu dan ayah. Biar perasaan gembira memenuhi ruang hati, jauh di lubuk hati susah untuk diri ini singkirkan perasaan hiba, sayu dan seribu macam perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan.  

 Mengenangkan memori yang dilakar bersama sahabat mengharungi hidup benar-benar mengajar diri ini erti kematangan.

Tahun 2011 dilabuhkan tirai dengan satu memori yang terkunci rapat. Aku puas meniti masa menggasak minda bersama rakan sepasukan mengatur rentak, mengorak langkah, memasakkan idea dan kadangkala menjentik emosi.  Tempoh yang singkat itu mengajar diri ini berkongsi pengalaman, pendapat dan kesusahan.
Tahun ini kami titipkan masa dengan penuh semangat, dan kini aku puas mencipta sejarah kami. Aku bukan Datin Rosmah, mahupun YB Izzah, tapi aku Nurul Mu’azzah yang bakal turun ke lapangan ummah dengan sejarah. Inilah slogan keramat ketika aku mulai dan akhiri ucapan manifestoku ketika PRK 2010 lepas. 

Berakhirnya alam kampus bukan sekali berakhirnya zaman berjuang. Kita faham kalam Allah, kita beringat dengan inzar Allah dan kita jadikan janji Allah sebagai motivasi mengorak langkah.


ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan akhirat, & AKHLAK hiasan dan jiwa peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti. 
 

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"