:: Followers ::

Wednesday, March 4, 2009

realiti kini

imbasan kembali,

dulu, bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami asadullah, saifullah,
tokoh ramai tidak terkira,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramai boneka yahudi,
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanita mahu cabut lari,
lelaki khinat, perogol bersiri,
dulu,
bila seorang wanita teraniya,
sepasukan kuda putih membela,
almu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tidak bertenaga,
dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki tidak kisah auratnya terbuka,
wanita dibiar bebas, binasa,
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu dunia dan seisinya,
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanyamenyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah,
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Faruq, Zunurain, mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah,
kembalilah lelaki kepada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dahulu,
acuan madrasah rasul.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"