:: Followers ::

Tuesday, March 3, 2009

cinta hakiki

Bismillahirrahmanirrahim,
Cinta, apa ertinya cinta?
Fitrah manusia semestinya sukakan kasih sayang,
tetapi kearah manakah sepatutnya kita salurkan kasih sayang tersebut?
Realiti manusia kini sering menjadikan
cinta kerana Allah sebagai topeng untuk menutup kehendak nafsunya.
Diri ini tidak menafikan perasaan itu merupakan fitrah………….
Lelaki tertarik pada wanita, dan begitulah sebaliknya,
Tetapi percayalah wahai sahabat-sahabatku,
betapa pahitnya menahan gelora itu,
disitulah letaknya kemanisan dalam mempraktikkan penghayatan islam itu,
pernah suatu ketika dahulu diri ini mengikuti tazkirah secara kumpulan kecil
(dakwah discussion group) naqibahku menceritakan pengalamannya
sepanjang tempoh diikat dengan pertunangan,
sepanjang sesi itu, air matanya tumpah tidak henti-henti dek kerana terlalu terharu dengan perincian yang diajar dalam Islam,
tempoh masa yang begitu pahit secara luaran
tetapi hakikatnya amat manis kepada sesiapa yang dapat mengekang dari unsur laqo, qoror, dan melalaikan.
Diri ini amat kesal kerana hari ini,
terdapat dikalangan kita yang mengaku sebagai pendai’e
tetapi menjadikan cinta kerana Allah sebagai plate form
menjalinkan hubungan tidak rasmi begitu.
Tidak gusarkah kita sekiranya hubungan begitu
m’jd asbab musabab menambah titik hitam dihati kita.
Perihal hati?
Begitu sukar diri ini mengutarakan, mengapa ya????
Kerana diri ini juga tidak terlepas dari menghadapi masalah-masalah begitu.
Hati merupakan elemen penting dalam jiwa kita,
hati menjadi penghubung paling dekat dengan pencipta kita Allah s.w.t.
hatilah tempat pandangan Allah s.w.t
tetapi kiranya hati ini sering dicemari
adakah sudi diri kita dipandang dan dinilai di mata Allah.
Janganlah disebabkan kerosakan hati ini
menjadi asbab terhijabnya risalah yang kita perjuangkan selama ini.
Ayuh sahabatku,
Kita mentarbiyah diri, mendidik jiwa, menjadikan tarbiyyah ruhiyyah
sebagai sebatian dalam darah daging kita, mengapa?
Demi melahirkan generasi ummat
yang bakal menjadi penerus mata rantai perjuangan
membawa risalah dakwah nabi Muhammad s.a.w.
kejarlah cinta Allah terlebih dahulu kerana
nescaya Allah akan kurniakan insane yang turut mempunyai cintanya jua.
bersamalah kita bermujahadah menjaga hati
dan sebaik-sebaik cara mengekang masalah hati adalah ghaddulbasor.
Wassalam.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"