:: Followers ::

Wednesday, March 18, 2009

berita harian hari ini


Mohd Ali ulas keputusan Lembaga Disiplin hari ini
IPOH: Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau akan memberi ulasan berhubung keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang beliau bertanding atau dipilih untuk jawatan Timbalan Presiden, di Melaka, hari ini.Naib Presiden Umno itu berkata, beliau tidak boleh mengulas mengenai keputusan berkenaan lebih awal kerana belum mendapat maklumat rasmi daripada Lembaga Disiplin dan perlu memperhalusi perkara berkenaan terlebih dulu.Mohd Ali yang ditemui selepas menghadiri sesi memperkenalkan calon yang akan bertanding pada pemilihan parti kali ini di Dewan Bandaran Ipoh, di sini, kelihatan tenang dan hanya tersenyum apabila wartawan menyerbu beliau sebaik turun daripada pentas.“Nantilah... biarlah saya mendapat pengesahan dulu, saya kena semak dulu.... jika ada pengesahan baru saya boleh komen, jika tak ada saya tak berani beri komen... saya kena semak dulu,” katanya.Wartawan yang masih belum berpuashati dengan jawapan itu, sekali lagi menyerbu Mohd Ali bagi mendapat kenyataan berhubung keputusan itu, Mohd Ali kemudian berkata beliau akan membuat kenyataan akhbar mengenai keputusan itu di Melaka esok (hari ini).Sementara itu, calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, beliau menerima dengan hati terbuka dan menghormati amaran yang diberikan Lembaga Disiplin terhadap dakwaan yang mengaitkannya dengan kesalahan politik wang.Sambil mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Disiplin kerana masih memberikannya peluang untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda hujung bulan ini, beliau mendakwa ada pihak yang cuba untuk menghalangnya daripada bertanding.“Ingin ditegaskan sekali lagi saya tidak bersalah terhadap tuduhan yang dilemparkan itu dan saya sudah memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin.“Sehubungan itu, saya akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung amaran diberikan kepada saya dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika dihubungi.Sementara itu, seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati tidak bersalah pula melahirkan kesyukuran dengan keputusan Lembaga Disiplin.“Keadilan sudah terbukti dan pengadilan menunjukkan saya tidak bersalah... segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya selama ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"