:: Followers ::

Tuesday, March 3, 2009



Kenangan bersama sahabat-sahabat dalam Bachelor of Corporate Administration and Relation. Gambar ini diambil ketika baru di semester satu 2008. Mengimbau kembali, terasa begitu pantasnya masa berlalu, dirasakan diri ini baru menjejakkan kaki ke bumi Usim ini, tetapi kini sudah menghampiri final bagi semester dua sudah, subhanallah.
Mengimbau kembali saat mulanya aku memulakan pengajian di dunia IPT, diriku ketika itu ibarat tidak keruan. Boleh dikatakan nak bernafaspun tak sempatlah. Mana tidaknya, kelas mulanya pada awal pagi dan pulangnya ke kolej ketika malam sudah menjelma, badan pun dah penat sesuai letak kepala jelah. Ketika itu, skill management memang tak pandai lagila dengan culture shock nya yang belajar dalam b.inggeris n arabnya walaupun tak semua lagi la, tapi terasa jugak la. A’la kullihal, sem pertama sudah selesai dan result walaupun tak deanlist tapi Alhamdulillah, hasil yang tidak aku jangkakan jika nak dibandingkan time management ku.hmmm
Masalah yang sering difikirkan ketika itu, adakah diri ini mampu meneruskan pengajian dengan tahkhassus bahagian ini, tambahan lagi cource ini bukanlah yang dicitakan ketika apply dulu. Corporate admin, kemana haluannya? Itulah persolan yang sering berlegar-legar dalam kotak fikiran ini, tapi Alhamdulillah, masuknya sem ini, persoalanku terjawab juga dan betapa kagumnya diri ini pada aturan Allah, course yang diapply ketika SPM dan tak dapat tu rupanya Allah tangguhkan dahulu untuk diri ini menghabiskan pengajiaan di bumi Maahad terlebih dahulu, subjek yang ku minati (math & economy) rupanya2 yang akan ku takhasus di usim.
Seperti biasalah, setiap insane semestinya menghadapi liku-liku yang menyulitkan kalau tidak bukanlah lumrah dalam kehidupan. Seperti diri ini juga, di awal sem dua ini, tiba-tiba diumumkan aku satu-satunya pelajar yang terkeluar dari senarai nama kumpulan BMD 1 dan ditukarkan ke kumpulan satu lagi dek kerana rombakan kumpulan mengikut nombor matrik. Pada mulanya b iasa ja, tetapi apabila ada perbezaan subjek yang diambil antara kumpulan baru dan lama, aku menjadi gelabah kerana kerisauan untuk mengadakan study group. Tambahan lagi, cabaran untuk menghadapi fatrah penyusuaian diri seperti mana yang aku hadapi pada semester lepas berulang lagi. Walaupun pada awalnya, air mata, lemah semangat tidak dapat di atasi namun ku pujuk jua diri ini dan menganggap ini lah tarbiyah Allah kepada insane yang terpilih dan mungkin juga cara meningkatkan iman kita dengan membuktikan sejauh mana keradhoan kita pada qodo’ dan qodar Allah.
Tujuan diri ini menceritakan perihal ini bukanlah suka-suka, tetapi sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat supaya kita berfikir sejenak adakah apa yang berlaku pada diri kita ini secara tidak sengaja? Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan didak dilakukan dengan sia-sia . wallahua’lam.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"