:: Followers ::

Wednesday, March 18, 2009

inilah realiti umat islam sekarang


Jawablah!: 'Berbisik bukan berpeluk'
Oleh
Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my
Johan mengaku sedang dilamun cinta dengan Ozlyn
AKSI mesra pengacara dan pelakon, Johan yang bakatnya dicungkil
daripada program Gelanggang Raja Lawak bersama pasangannya pelakon TV,
Ozlyn Wati nampaknya terus menjadi bahan bualan ramai.
Kedua-duanya didakwa melakukan 'aksi berani' mati
seperti bercumbu, suap menyuap dan berpeluk sakan di khalayak ramai
walhal antara mereka masih belum ada ikatan yang sah.
Terbaru, beberapa akhbar arus perdana turut mengkritik perbuatan
Johan dan Ozlyn yang dilihat kurang manis kerana secara tidak langsung
memberi persepsi buruk terhadap golongan artis.
Sudahlah macam belangkas, ke mana pergi asyik bersama,
ditambah pula gemar membuat 'wayang percuma',
pastinya ia menimbulkan perasaan meluat bagi mereka yang menyaksikannya.
Menurut cerita yang kini tersebar luas,
kelakuan sumbang mereka ini dilihat pada dua acara iaitu pada
Gelanggang Akhir Raja Lawak musim ketiga baru-baru serta sebuah majlis amal.
Merpati dua sejoli ini didakwa bersikap selamba dan
tenggelam dengan dunia mereka walaupun ketika itu banyak mata yang memandang.
Hip mendapatkan maklum balas daripada Johan.
“Bukan untuk menegakkan benang basah atau cuba mencari publisiti murah,”
jelas Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz
yang pada masa ditemani kekasihnya,
Ozlyn di sebelah turut berkata mereka mempunyai alasan kukuh
di sebalik peristiwa yang berlaku itu.
Hip: Mungkin ramai yang hendak tahu apa sebenarnya hubungan
Johan dengan Ozlyn?Johan: Terus terang, saya akui
memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan
mendirikan rumah tangga.
InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti,
tapi tahunnya belum tahu lagi.
Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.
Hip: Sebelum ini Ozlyn pernah bercinta dengan Acong,
bekas vokalis kumpulan Sweetchild.
Apakah Johan sebenarnya orang ketiga atau perampas dalam hubungan itu.
Johan: Saya tidak merampas sesiapa.
Seperti yang pernah Ozlyn tegaskan sebelum ini,
dia bukanlah menjadi hak sesiapa,
jadi terserah kepadanya untuk berkawan dengan sesiapa yang dia suka.
Lagi pun, dalam hubungan ini,
terbukti ia lahir dari perasaan suka sama suka dan bukannya ada paksaan.
Jadi macam mana hendak dikatakan saya merampas kekasih orang.
Mengenai hubungannya dengan Acong,
saya tak masuk campur sebab saya kenal Ozlyn selepas
dia mengaku yang dia tidak dimiliki oleh sesiapa pada masa itu.
Hip: Sejak kamu bercinta, macam-macam cerita tersebar.
Terbaru, Johan dan Ozlyn dikatakan tak tahu malu
apabila beraksi kurang sopan di khalayak ramai.
Boleh ulas sikit?Johan: Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar.
Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa
kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk.
Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik.
Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka
yang kami sebenarnya bercium.
Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu,
saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami
Terlanjur individu itu sudah mengata kami,
jadi saya sengaja mendekatkan diri
di wajah Ozlyn sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai.
Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.
Hip: Tapi tidakkah Johan tahu perbuatan seperti itu kurang manis?
Johan: Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong,
tapi bila artis lain buat perkara sama,
tidak ada siapa yang pertikaikan.
Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa.
Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu,
daripada mereka yang tidak mengaku bercinta,
tetapi buat perkara yang serupa.
Mengenai isu peluk itu, i
ngin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi
tidak sampai melekapkan dada masing-masing.
Ozlyn hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat.
Hip: Tak rimas ke bila sentiasa berdua walau ke mana saja?
Johan: Saya tak pernah rimas dan begitu juga dengan Ozlyn.
Lagi pun buat apa nak sorok-sorok apabila ada yang sudah tahu bahawa kami sedang bercinta. Kalau saya ada shooting dan Ozlyn ada masa terluang,
dia akan menemani saya, begitu juga sebaliknya.
Lagi pun keluarga kami sudah mengetahui hubungan kami dan mereka merestuinya.
Hip: Tak takut ditangkap khalwat apabila ada yang mula meluat dengan kelakuan anda berdua?Johan: Kami tak pernah takut.
Kalau ada yang merancang untuk menangkap khalwat kami,
silakan sebab kami tidak pernah dating di tempat yang mencurigakan.
Kalau kami berjumpa pun, semuanya di tempat awam. Kami tak pernah bercinta di tepi tasik atau mana-mana lokasi yang boleh mengundang padah.
Daripada menghabiskan masa bercinta di tempat seperti itu,
lebih baik saya balik rumah dan tidur. Itu lebih baik.

Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"