:: Followers ::

Tuesday, March 10, 2009

MAHABBAH KEPADA RASULULLAH S.A.W
Sempena maulidurrasul ni, marilah kita muhasabah balik sejauh manakah cinta kita diserahkan kepada kekasih Allah, junjungan nabi Muhammad s.a.w. barang siapa mengakui empat perkara tetapi tidak melakukannya, pengakuannya adalah dusta. Iaitu

1. Mengaku cinta syurga tetapi tidak taat, jelas dia berbohong.

2. Siapa mengaku cinta Nabi S.A.W , namun tidak menyukai ulama’ dan fuqara, maka pengkuannya tidak benar.

3. Barangsiapa mengaku takut kepada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta.

4. Barangsiapa mengaku cinta kepada allah S.W.T, tetapi dia mengeluh ketika ditimpa bala maka pengakunnya adalah bohong.
firman Allah yg bermaksud:
31. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (surah ali-imram:31)

Disini sukalah ana nak berkongsi satu qisoh yang diceritakan ada lah seorang lelaki itu tidak pernah membaca selawat kepada Nabi S.A.W. Pada satu malam dia bermimpi melihat nabi S.A.W. baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya,”wahai rasulullah, apakah engkau marah padaku”? Jwb bagida”tidak” maka bertanya lagi lelaki itu, “mengapa engkau tidak memandangku”? jawab rasulullah “ kerana aku tidak mengenalimu” lalu lelaki itu berkata, “bagaimana kamu tidak mengenaliku, padahal aku lelaki umatmu”? padahal ulama’ juga telah berkata engkau lebih mengenali umatmu dari ibu bapanya”? kemudia Rasulullah menjawab “ mereka benar,aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat, padahal aku mengenali umatku melalui bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan membaca selawat 100x sehari. Setelah melakukan demikian, selepas beberapa hari, dia termimpi berjumpa Rasulullah lagi, RASULULLAH S.A.W berkata, “Sekarang aku telah mengenali diri kamu dan aku syafaati engkau” iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah s.a.w.

Mahabbah atau cinta begitu memberi kesan kapada sesiapa yang merasainya. Cinta bukan saja dirasai manusia, bahkan kepada binatang sekalipun. Ana ada terbaca apabila seekor unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan sampai empat puluh hari. Kalau dibebankan dengan barang yang berlipat kali ganda sekalipun, dia tetap akan membawanya. Ketika hati sedang asyik mengingati kekasihnya , maka dia tidak suka makan dan minum dan tidak merasa berat akan barang yang barat dimuatinya. Itu demi cinta nya, jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya yang diharamkan demi kerana Allah,adakah kita meninggalkan makan, minum, kemewahan, demi kerana cinta kepada Allah dan kekasihnya?
Antara sabad Nabi ketika tiba waktu kewafatannya adalah,
  • Ketika sahabat b’kunjung menzirah rasulullah berkata, “selamat datang kepadamu, Semoga Allah memuliakan dan menolongmu. Aku mewasiatkan kepadamu agar bertaqwa kepada Allah. Aku ini diamanahkan menyampaikan yang benar. Jangan engkau sombong kepada hamba-hambanya di negerin ya. Sugguh ajal telah dekat. Tempat kembali itu kepada Allah, dan kepada sidratul muntaha serta syurga Ma’wa dan ke gelas yang terpenuhi. Maka sampaikan salamku untuk saudara-saudara mu dan orang yang masuk agamamu sesudahku”.
    ·

“Jika mati ini begini dasyat peritnya biarlah aku yang menanggung beban mati ini seluruh umatku agar mereka tiada rasa sakiynya”
Begitu hebat cinta nabi kepada umatnya, sehebat mana pula cinta kita kepada nabi? Cinta para saabat sepenuh jiwa raga, mengenang kematian nabi dengan kedua air mata mengalir, sedangkan kita mengingati nabi ala kadar aja. Bahawa ketika Abu Bakar mendengar khabar itu (kewatan baginda), lalu segera beliau masuk untuk mensolatkan baginda dengan kedua matanya menglirkan air mata. Setelah itu beliau berkata“ Wahai Rasul ketika hidup namamu begitu harum, setelah matipun namamu begitu harum. Telah terputus sebab kematian engkau apa yang tidak terputus oleh kematian seorang pun dari nabi, kalau kematianmu ini bukan pilihanmu, tentulah kami akan merasa sedih. Kalau engkau tidak melarang kami menangis, tentulah air mata kami akan habis, Ingatlah kami wahai Muhammad disisi Tuhanmu. Renung-renungkanlah………

salam maulidur rasul buat sahabat-sahabatku.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"