:: Followers ::

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Ibu mak..

mak,
terima kasih yang tidak terhingga atas jasamu membesarkanku,
perit jerih yang kau tempuhi melayan kerenahku,
pengorbananmu membesarkanku tidak pernah mengenal erti kesusahan,
segalanya diharungi dari mula mengandungkanku, melahirkanku,
membesarkanku dan mendidikku,
biar dirimu terluka, hati anak tetap dijaga,
demi keperluan kami adik beradik, apa jua sanggup kau ikhtiarkan,

mak,
aku bangga mempunyai ibu sepertimu,
semangatmu, kekentalanmu, biarpun ilmu masih dituntut,
kami tidak pernah kau abaikan,
kejayaanmu mengharungi nama masyarakat,
menambah kekagumanku padamu,
mak, aku sayang dan cinta padamu seluruh jiwa ragaku,
selepas cintaku pada Tuhanku dan Rasulku.
Selamat Hari Ibu, mak.

mak,
pekerjaanmu begitu mulia,
seorang guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga,
demi memastikan didikan diterima anak-anak muridmu,
kau mendidik mereka sepenuh jiwa dan raga,
kegagalan mereka turut kau rasai,
kejayaan mereka kau banggakan ibarat kejayaan anakmu sendiri,
aku menjadi saksi, khidmatmu pada anak bangsa bukan atas dasar
mencari pendapatan semata-mata, namun didikan yang kau utamakan,
biarpun dari pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sehingga malam,
masamu terpaksa kau korbankan, namun itu bukan ukuran, semuanya demi
kejayaan anak bangsamu,
Selamat Hari Guru mak,
ucapan dari bekas anak muridmu.....

Ya Allah,
sekiranya suatu masa nanti sudah tiba masanya kau menjemput
buah hatiku ini, kau makbulkan doaku ini,
aku masih mahu bertemu dengannya di akhirat nanti,
kau pertemukanlah kami disyurga nanti,
sebaik-baik tempat ciptaanmu,
Dengan namamu aku bersumpah,
ibuku seorang isteri yang solehah,
anak yang solehah,
dan ibu yang mithali.
pertemukanlah kami sekeluarga menyambung kehidupan
di alam syurga kelak....


khas buat buat ibu Hajah Sobariyah Abd. Hamid

Read more...

Thursday, May 3, 2012

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Perempuan Yang Disayangi
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupannya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara.... 
Jasad dan nyawanya berakhir......

PEREMPUAN YANG DIRINDUI.........
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....

PEREMPUAN YANG DICINTAI...
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN...
Adalah yang mendekatkan... 
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....

PEREMPUAN YANG DIKASIHI...
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada.... 
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....

PEREMPUAN YANG DISUKAI...
Menjadi dian pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....

Read more...

Tuesday, March 13, 2012

Hasil kerja tanganku sebagai gimik dinner TM

Alhamdulillah, ini hasil kerja aku untuk dinner TM sdn bhd state of Kedah & Perlis. Gimmick perasmian Majlis Makan Malam 2012.
 Gambar hasil kerjaku bersama Secretary, General Manager, Manager of Public Relation, Promotion& Advertising, Business Support & Quality Officer, Ass. Officer of PR and A&P.  

Ahli pasukan dalam General Manager Division. 
Semua baik-baik dan sporting belaka, thank for all and I'll try mt best.

Wallahualam. 

Read more...

Sunday, March 4, 2012

Cikgu Tadika



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


Read more...

Thursday, March 1, 2012

Seindah Namamu Wanita

Seindah namamu wahai wanita
tercipta dari tulang rusuk Adam
Kau seumpama sekuntum bunga
haruman aromamu bisa menarik sang kumbang

Tamatlah sudah segala kekejaman
musuh durjana diambang kekalahan

seruan dakwah pasti kedengaran
ayuh bangkitlah teruskan perjuangan

Pengorbananmu wanita solehah
mujahidah nan menggoncang dunia
kaulah harapan semua ummat
dalam melahirkan para mujahidah

Fitnh wanita adalah senyuman
kerana lah ia menggoda sang kumbang
Oleh itu marilah kita waspada
dunia akhirat mengecap kenikmatan.



Read more...

Sunday, February 26, 2012

Dimana Muslimat power, Muslimin super power?

Artikel ini tiada kaitan dengan yang hidup dengan yang mati :)


"Ana tidak setuju dengan pandangan saudara Abdullah. Ana melihat isu itu dari satu sudut ia bagi kelebihan pada kita....", Fatihah mula bersuara.


Suasana 'mandom' di awal meeting tadi seolah-olah disergah oleh "sang kilat" dari sayap kiri bilik mesyuarat persatuan.


Siapa tidak kenal Fatihah, terkenal kalangan muslimin sebagai muslimat yang 'tak pandai nak berhenti' bila berbicara. Ada sahaja ceritanya. Tidak diambil pedulinya apa kata muslimin padanya.



"Pandangan anta kabur akhi. Ana tidak jelas apa point anta sebenarnya. Ce citer elok-elok biar kita semua faham", Maisarah mencelah.


Watak Maisarah pula cukup konsisten dalam mesyuarat. Terkenal juga sebagai kaki filem Melayu, blog dia sentiasa update dengan analisa filem-filem terkini yang dia tonton, termasuk "Hantu Kak Limah". Namun dalam mesyuarat, Maisarah bukan sehebat yang dilihat di blognya. Maisarah selalu memakai 'topi biru', kurang memberi pandangan, tetapi suka menilai cara memberikan pandangan. Cukup pelik sifatnya itu, namun sukar untuk diubah.



"Awat hangpa semua ni asyik dok kritik jah. Apa cadangan hangpa semua?", Zubaidah, muslimat nombor dua terpenting dalam persatuan itu mula juga bersuara.


"Tenang Zubaidah, cakap elok-elok pada muslimin. Jaga adab anti.", bisik Khaulah pada Zubaidah. Khaulah cuba menenangkan Zubaidah. Sudah dua jam mesyuarat berlalu, keputusan besar mesti dibuat pada malam itu juga.

Di Sebalik Tabir Meeting Itu... 



Zubaidah, seorang yang cukup pekat lidah Kedahnya, tiada yang boleh mengubah kepekatan itu melainkan segelas kopi Radix HPA atau bisikan Khaulah sahaja. Posisinya yang dilihat 'keras' dikombinasi sebaiknya dengan Khaulah, orang nombor satu muslimat dalam persatuan itu yang terkenal dengan sifat lembut dan 'keibuan'nya dalam persatuan. Meskipun tampak keras nada bahasa Kedah Zubaidah, namun semua ahli mesyuarat sudah lama mengenali Zubaidah, bahkan muslimin sentiasa menyebut namanya sebagai icon muslimat yang mudah 'masuk' dengan muslimin. Kritisnya dalam mesyuarat tidak pernah diduga oleh sesiapa yang pernah bekerja dengannya di medan lapangan.
  


(gambar hiasan semata-mata)

Khaulah pula sebaliknya. Semua ahli mesyuarat mengenali Khaulah sebagai seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis dalam mesyuarat! Tamrin X telah mencipta persefahaman luarbiasa antara pimpinan muslimin dan muslimat mengenai karaker masing-masing, termasuk Zubaidah dan Khaulah.



"Hopefully, this simple statistic that I gave to you will open our mind. Please, no more comfort zone decision.", Noraini cuba menyatakan sesuatu.


Noraini bukan Timbalan Ketua Biro R & D, tetapi bicaranya selalu bermain dengan angka dan kertas. Mungkin pengaruh Engineering kuat mencengkam cara fikirnya. Masakan tidak, buku dan akhbar NST sentiasa di tangan. Noraini pernah digelar 'muslimat Dell' kerana laptopnya adalah laptop paling besar berbanding orang lain, namun sentiasa dibawa ke sana sini dengan broadband berbentuk pendrive yang sentiasa di laptopnya. Barangsiapa yang tidak pernah berbicara dengan Noraini, pasti akan menyangka beliau adalah foreigner lantaran fasihnya Bahasa Inggerisnya.



"Kami bersetuju dengan pandangan Presiden, cuma kami harap kita memberi lebih tumpuan pada pelaksanaan. Kerana bab itu sentiasa "hampeh!", Diana turut sama tidak mahu ketinggalan dalam mesyuarat.


Diana yang terkenal dengan sifat otainya. Kekadang dia agak kurang disenangi oleh segelintir pimpinan muslimin. Diana pernah ditegur secara baik oleh Presiden untuk mengurangkan sedikit 'ton' kasarnya. Ternyata, nampak perubahannya sedikit demi sedikit dalam mesyuarat. Namun sesekali Diana tidak dapat menyembunyikan bahasa-bahasa 'rasmi' nya. Semua ini kesan 'sosial'nya dengan sisters sama ada di kelas mahupun kolej asrama. Diana sebenarnya calon Majlis Perwakilan Pelajar yang meraih undi mahasiswa paling popular di kampus tersebut dalam pilihanraya kampus baru-baru ini. Ternyata kata-kata pedas muslimin 'anti ni sosial sangat' dilihatnya secara positif, dijadikan satu potensi dan kekuatan yang tidak dimiliki oleh teman-temannya sepersatuan dengannnya yang majoritinya bertudung labuh.



"Mana lagi muslimin ini. Bila nak datang. Kita sudah kian tergugat kuantiti dan kualiti. Kau tengok tu, semua muslimat yang datang siap bawak buku sebijik kat tangan.", bisik Karim pada Abdullah, timbalannya.


Karim, Presiden persatuan, mula tersipu-sipu menggaru kepala. Tidak seperti mesyuarat-mesyuarat sebelumnya, kali ini agak nampak jelas kekusutannya. Karim kantoi kali ini, dia gagal control machonya kali ini sebagai Presiden.


"Ana ada dengar diorang buat kempen membaca sesama muslimat. Kita tak tahu menahu pulak kempen itu. Muslimin under attack dah ni Shekh.", Abdullah menambah kekusutan Karim.


"Shaari, kau tulis apa tu atas kertas....Biar betul kau!", Abdullah mengherdik Shaari. Kebetulan, Shaari merupakan Setiausaha persatuan tersebut, sentiasa bermain dengan kertas dan pen mencatit minit mesyuarat, sama ada yang tersurat, apatah lagi yang 'tersirat'.

Dari kejauhan, Abdullah nampak di atas kertas Shaari tertulis, "Usul Muktamar : Pemerkasaan Gerakan Muslimin"!!!


TAMAT

Nama-nama di atas hanyalah imaginasi penulis, tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati atau yang sedang berada angkasa lepas :)


Moral Kisah

Inilah siaran langsung adegan gerakan muslimat yang saya impikan. Saya menulisnya kerana membaca banyak artikel yang bersifat provokatif atau kritikan membina kepada gerakan mahasiswi di kampus.


Jika diamati, banyak 'subliminal messages' saya masukkan. Jangan lupa, saya seorang muslimin. Justeru, mana-mana muslimin yang membaca, jangan terasa sangat, kita positif menerima hakikat kekadang situasi di atas boleh berlaku dalam rutin organisasi kita :)


Gerakan muslimat bukan 'silent' majority di kampus, tetapi mereka adalah individu-individu yang mesti berpengaruh dari pelbagai sudut yang diperlukan organisasi. Berpengaruh tidak bererti sama sekali menjadi popular. Berpengaruh adalah soal membina potensi diri dan kompetensi.


Muslimat yang ideanya kritis, konstruktif dan jelas, pada masa yang sama mampu mengasimilasikan dirinya dalam pasukan organisasi, menjaga adab-adab syariah dan adab-adab berjamaah, tetapi tidak menjadikan adab-adab organisasi sama ada adab syariatullah mahupun adab sunnatullah sebagai batu penghalang untuk menjadi pemimpin 360 darjah berpengaruh!


Muslimat tidak perlu mendesak menjadi YDP persatuan atau mendesak jawatan Naib Presiden parti untuk berpengaruh. Ketepikan posisi, utamakan potensi. Serlah dan gilapkan sekali, buktikan "Power, Power, Power" anda dengan :

1. Kemampuan mengutarakan idea dengan JELAS dan TERANG (tidak perlu mahir pengucapan awam pun)

2. Keberanian mengkritik dengan KONSTRUKTIF dan HUJAH (tidak perlu sampai membawa statistik dan terlalu 'matematik' dalam organisasi, atau kena menghafal ayat-ayat Al-Quran atau kata-kata para ulama untuk berhujah. Just utarakan sahaja hujah kritikan anda selagi anda yakin ia bernas dan membantu proses membuat keputusan)

3. CEMERLANGkan diri anda dengan disiplin sedia ada (akademik pengajian) dan disiplin yang belum ada (potensi dan keperluan semasa organisasi). Bahasa 'aksi' di luar mesyuarat adalah bahasa yang memang mampu melunakkan hati muslimin 'keras' di pentas mesyuarat :) 





kredit kepada http://www.iskandarfateh.com/2011/04/di-sebalik-tabir-meeting-itu.html

Read more...

Saturday, February 25, 2012

Imbasan kembali 2


Bismillahirrahmanirahim,

Alhamdulillah, akhirnya diri ini melangkah pulang ke bumi hijau yang penuh ketenangan. Sudah seminggu berlalu  diri ini berada di negeri tanah tumpah darah menjalani latihan industri yang merupakan syarat untuk bergraduasi.

Tanggal 18 Feb 2012, diri ini berangkat pulang ke negeri Kedah dengan azam yang tinggi menggunung. Azam di hati  ingin menumpahkan bakti seoptima mungkin sebelum memutuskan  dimana bumi yang bakal diri ini bermaustautin.


Benar, berat hati ini melangkah pulang, mengingatkan akan meninggalkan sahabat-sahabat kecintaanku, meninggalkan perjuanganku melihat masyarakat kampus yang mekar subur dengan jiwa tarbiyah dan dakwah.
 Namun, langkah perlu terus disusun dan diatur, mencorak hidup menuju Jannah dengan iringan RedhaNya.

Tepat jam 9.10 malam, diri ini tiba di Lapangan Terbang  Kepala Batas melihat penantian dua insane yang kucintai, ibu dan ayah. Biar perasaan gembira memenuhi ruang hati, jauh di lubuk hati susah untuk diri ini singkirkan perasaan hiba, sayu dan seribu macam perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan.  

 Mengenangkan memori yang dilakar bersama sahabat mengharungi hidup benar-benar mengajar diri ini erti kematangan.

Tahun 2011 dilabuhkan tirai dengan satu memori yang terkunci rapat. Aku puas meniti masa menggasak minda bersama rakan sepasukan mengatur rentak, mengorak langkah, memasakkan idea dan kadangkala menjentik emosi.  Tempoh yang singkat itu mengajar diri ini berkongsi pengalaman, pendapat dan kesusahan.
Tahun ini kami titipkan masa dengan penuh semangat, dan kini aku puas mencipta sejarah kami. Aku bukan Datin Rosmah, mahupun YB Izzah, tapi aku Nurul Mu’azzah yang bakal turun ke lapangan ummah dengan sejarah. Inilah slogan keramat ketika aku mulai dan akhiri ucapan manifestoku ketika PRK 2010 lepas. 

Berakhirnya alam kampus bukan sekali berakhirnya zaman berjuang. Kita faham kalam Allah, kita beringat dengan inzar Allah dan kita jadikan janji Allah sebagai motivasi mengorak langkah.


ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan akhirat, & AKHLAK hiasan dan jiwa peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti. 
 

Read more...

Thursday, February 23, 2012

Imbasan kembali..

 Sambil menggodek-godek laptop menanti tamatnya waktu bekerja, tetiba terjumpa gambar ni, kenangan ketika asyik beraksi sebagai mahasiswi, tapi sekarang aku belum puas bergelar mahasiswi. Itu lah yang dimaksudkan masa tidak menunggu kita, sementara anda punyai waktu dan ruang, gunakan sebaiknya.

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"