:: Followers ::

Tuesday, April 19, 2011

Sempena ulang tahun kelahiranku..



Hari ini aku jatuh jua, hati aku bagai dihinjak-hinjak, berdiri aku selama ini sekadar bertahan, untuk memperlihatkan aku kuat,sebagai pemimpin aku perlu bersabar, insane di bawah aku perlukan aku, perlu melihat aku kuat demi meguatkan mereka, namun aku juga seorang insane biasa, jatuh bangun itu lumrah hidup.

Hari ini, genap usiaku 22 tahun, usiaku sudah berganjak dewasa, namun memikirkan amalanku, hubungan dengan Allah, Rasulullah, Ibubapaku, sahabat-sahabatku, hatiku menjadi runtun. Ya Allah, kau kuatkan hati ini, ampunkan segala kekhilafan aku dalam hidup ini.

Dari semalam hingga pagi ini, kuterima beberapa mesej ucapan hari ulangtahun kelahiranku, aku gembira ada lagi insane yang menghargai kehadiran dan keberadaan diri ini. Namun hati ini tidak dapat dinafikan, aku menanti ucapan-ucapan dari sahabat yang membawa erti makna perjuangan kami, sahabat-sahabat yang pahit manis bersama menelan onak duri perjuanganku ini, yang bersama menjalani rutin harian bersamaku, namun harapan itu terus hambar, sehinggalah terubat sedikit apabila kuterima mesej dari seorang sahabatku ini. “Hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah jua t’jawabmu, Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang mendatang.. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu melambung onak dan duri..Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNYA, Semakin b’kurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu..Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput, Semakin dekat malaikat maut datang menjemput..Semakin dekat masa amalan diperhitungkan.. sanah helwah ya habibah, uhibbuki fillah.. nti, sahabat yg baik adalah yang mendoakan sahabatnya, dan membayangkan wajah sahabatnya setiap kali dia berdoa kepada Allah.. ana berusaha jadi sahabat yang baik.. nak jadi macam saidina Abu Bakar, dan sahabat nabi yang lain, x da gunanya bersahabat andai dalam hati xda perasaan cinta dan sayang kerana Allah, secara telus dari hati, ana sayang sangat kat nti, ana nak sahabat ana ni jadi mujahadah yang ikhlas b’juang, muslimat hebat yang mampu membuka mata masyarakat, ana doakan nti Berjaya dunia akhirat, Berjaya mencapai cita yang diimpikan, terima kasih jgk jadi sahabat yang baik kepada ana. –k.long-”

Air mata ini tidak dapat ditahan lagi, terima kasih Ya Allah sudi menghadiahkan aku sahabat yang baik seperti ini, selepas ibubapa dan keluarga, sahabatlah yang paling hampir denganku, melayan kerenahku, menjalani proses hidup bersama-sama. Aku tidak mendambakan sahabat yang terlalu concern denganku, cukuplah sekadar menghargai keberadaan diri ini, sudi memperbetulkan salah silapku, gembira dan duka dirasai bersama-sama, aku tidak punya sahabat melainkan sahabat yang sudi berjuang bersamaku.

Sahabat,
Telus aku katakan, aku tidak mampu berdiri tanpa keberadaan sahabat-sahabatku disisi, ditambah ujian kesihatan yang sering menjengah, aku juga insan biasa. Lumrah manusia, hari ini dia tidak putus-putus mencurah kasih, berbakti dan menghulurkan bantuan, namun setelah disedari keberadaannya tidak dihargai, dia akan pergi jua membawa diri kepada insane yang mahu menghargai.. ampunkan dosaku kepada sahabat-sahabat yang pernah kulukakan. Terima kasih sekali lagi buat insane yang sudi bersahabat dengan diri ini.

Kini, aku makin percaya ucapan birthday bukan terlalu kecil maknanya. Ini kerana ia boleh membawa satu nilai sentimental kepada penerima. Seseorang itu hanya akan melekat dihatinya pada perkara yang dirasakan membawa makna pada hidupnya, dan ucapan itu hanya diberi pada insane yang dirasakan perlu dihargai dan aku semakin percaya teori hierarchy Maslow bahawa penghargaan juga merupakan suatu keperluan dalam hidup seseorang manusia. Terima kasih kuucapkan buat sahabat yang sudi bersahabat dengan diri ini yang maha dhoif lagi hina.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"