:: Followers ::

Thursday, April 7, 2011

bukan keluahan...

Bismillahirrahmanirrahim, Detik demi detik kebelakangan ini, hidup aku berlari tanpa bersusun lagi, nafasku dihinjak kesempitan,perit rasa ingin meneruskan hidup, bukan kerana kekangan hidup seorang pejuang tetapi taklifan akademik sedikit sebanyak membantut langkahku dalam berjuang. Aku diasak dengan pelbagai assignment, test, presentation, midterm dan group discussion, Allahuakbar. Ingin saja menduakan itu semua namun memikirkan PNGK aku ketika ini sangat mengasak aku untuk terus consistant dengan perancangan. Di saat semester2 akhir ini, kegusaran aku dengan tuntutan akedemik tidak dapat dibendung lagi, cuba memahami isi-isi kuliah, menghayati bahan2 asignmn yang dihasilkan untuk aku terjemahkan dialam pekerjaan dan sumbanganku untuk Islam, tetapi kadang2 aku tersungkur juga dek kerana barrier of language yang aku hadapai dan kekangan waktu yang menuntut aku menyiapkan sesuatu tast dalam keadaan cepat. Ya Allah, Kau permudahkan urusanku, aku bukan mengejar pointer semata-mata, tetapi peluang sekali ini yang aku rasa di alam university ini ingin sekali aku gunakan sebaiknya dan menamatkan dengan cara yang terbaik. Ibu bapaku dirumah, adik-adikku semua menantikan bentuk kejayaan yang aku akan capai namun aku sangat gusar dengan taklifan-taklifan yang tidak putus-putus tiba. Aku bukan mendambakan best student, tetapi biarlah ap yang aku pelajari menyumbang aku bergraduasi dengan tahap berkualiti dan pointer aku bukan sebagai bahan pertikaian dipihak luar mahupun sector swasta yang akan kupilih sebagai medan pekerjaan ataupun golongan akademik sebagai penganalisa untuk melayakkan aku menyambung pelajaran. Ya Allah ya tuhanku, Tiada bahasa dapat aku titipkan untuk menggambarkan kelelahanku ketika ini. Buat sahabat-sahabat perjuanganku, ampunkan diri ini andai aku mengabaikan taklifan ku sebagai seorang daie, bukan ingin dikeduakan, tetapi keadaan sekarang menuntut perhatian aku lebih pada akedemik, dalam masa yang sama perjuangan kita, perancangan kita, visi kita sekalipun tidak pernah dikuburkan, ameen Ya Rabb.

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"