:: Followers ::

Tuesday, November 8, 2011

Kisah Ariel Sharon (hidup & mati)

Gambar baru

Hendak dijadikan iktibar setelah beberapa tahun sejarah Kamal Antartuk yang mati secara hina dan tidak di terima bumi. Ini lagi kisah menyayat hati seorang yang terjulang namanya yang telah banyak merosakkan bumi Palastin dan banyak membunuh ramai orang islam di negara itu.

SubhanaAllah..

Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun.



Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kpd Allah...Amin...

Read more...

Wednesday, November 2, 2011

Kalam Hati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim,

Betapa kurasa sukar sekali mencari mood untuk menulis, mata sudah mengadap laptop namun jari jemari ini tetap kaku untuk menari-nari di atas keyboard. Mungkin itu yang dimaksudkan erti pada menulis. Pejam jelik pejam jelik, masa itu berlari ibarat litar pintas yang menyambar, masakan Allah bersumpah demi masa, ini membuktikan kepada kita pada perlunya berhati-hati dengan masa. Aku mengeluh lagi, sudah 22 tahun hidup di dunia, menguruskan masa dengan secerdik mungkin masih gagal dimaksimumkan.


Kini, sedar tidak sedar aku sudah berada di semester 7, sekali gus memaksudkan ini semester akhir aku berada di alam kampus. Hanya beberapa minggu sahaja lagi, dunia kampus, kerja-kerja berpersatuan, sahabat-sahabat serumah, dunia yang bebas dengan pelbagai taklifan akan beransur-ansur aku tinggalkan.

Namun aku perlu redah itu semua dalam mewarnai hidup sebagai seorang khalifah menuju syurga Allah. Ya Allah berkatilah hidupku, ahli keluargaku, sahabat-sahabat perjuanganku dan seluruh penghuni alam ini.


Hidup sebagai seorang mahasiswa, apakah yang dimaksudkan sebenarnya. Seringkali aku termenung memikirkan bentuk sumbangan yang akan ku terjemahkan kepada masyarakat kemudian hari. Wahai kalian yang bergelar mahasiswa, perjuangan kita sekarang adalah menuntut ilmu.

Ini bukan bermakna tanggungjawab dakwah diduakan kerana dalam berdakwa menuntut kepada ilmu. Pernah kukesali melihat sebilangan aktivis yang sangat hamasah dalam perjuangan namun apabila berbicara berkenaan bidangnya, ia hanya mampu mendiamkan diri dan mengiakan sahaja apa yang dibicarakan. Lagi parah apabila melihat graduan pendidikan tinggi pulang ke masyarakat tanpa sebarang sumbangan, ditanya itu tidak tahu, ditanya ini tidak tahu, akhirnya rutin harian dihabiskan pergi dan balik dari tempat kerja, dan bersahaja dengan ahli keluarga.


 Ayuh sahabat-sahabat yang kucintai, apapun bidang kita, kita perlu hadhom dengan ilmu itu, mahupun ekonomi, sains, undang-undang lebih lagi pendidikan agama, semua itu sangat penting untuk dimanfaatkan oleh ummah. Bukan PNGK yang ingin kubicarakan, lebih lagi ingin menjadikan sebagai kayu ukur, tetapi tingkat kualiti ilmu yang perlu ditekankan. Kita faham apa yang kita belajar dan jelas ke mana hala tuju kita selepas ini.


 Anak muda hari ini perlu mengubah mentaliti ke arah mentaliti sebagai pemerintah. Kalau bukan kita mahasiswa yang faham agama, penerima tarbiyah dan tahu tujuan hidup, siapa lagi yang akan mengalih system hari ini.


Baru-baru ini, aku melibatkan diri dalam satu program nasional. Satu pengajaran yang aku dapat ketika itu, mahasiswa hari ini perlu tingkatkan kualiti kepimpinan. 


Sebagai pemimpin, kita perlu ubah tradisi menghukum orang. Hari ini mentaliti kita perlu diubah sebagai mentality pemerintah. Pendekatan merakyatkan kepimpinan, bersikap professional, dan berlapang dada sudah cukup untuk menjadikan kepimpinan kita berkaliber dan dihormati segenap peringkat. 


Benar, berkerja itu penat dan menyakitkan namun usah diterjemahkan dengan emosi yang melulu, dan tingkah laku yang mengaibkan diri sendiri. Kesimpulannya, pemikiran seorang pemimpin perlu matang, professional, dan bukan meletakkan emosi di hadapan. Lupakah kita pada ayat cinta Allah,


Kita sentiasa minta apa yang kita MAHU tetapi, Allah berikan apa yang kita PERLU. Kunci utama adalah: Redha & berbaik sangka dengan penyusunan Allah. Allah itu Maha Baik. Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Berbaik sangkalah, dan lihat sesuatu perkara pada sudut yang positif. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Wahai sahabatku,
Sementara aku masih lagi mampu berpesan, ayuh kita bersama meningkatkan kualiti diri kita. Persiapkan kelengkapan ruhiyah kita menempuhi cabaran mendatang.



 Hari ini kita hanya memikul taklifan sebagai seorang anak, pelajar, khalifah dan hamba Allah, belum lagi sebagai seorang pemimpin keluarga, ibu atau bapa tambah lagi pemimpin masyarakat, bayangkan keaadaan yang akan kita harungi kiranya secebis ini bekalan yang kita persiapkan. 


Layakkah kita mendambakan kasih dan cinta Allah buat hamba yang sering lalai lagi alpa dan mampukah kita mengharungi hidup tanpa naungan Allah yang mengiringi. Sementelah itu ayuh kita fokus pada kelengkapan nafs yang menuntut. 


Kiranya suatu hari nanti kalian melihat diri ini tersasar dari tujuan asal kita hidup, ingatkan diriku pada halaqah-halaqah cinta kita dipertemukan, dan ganjaran Allah menanti di sana kelak. Berikut adalah pesanan-pesanan buat diri ini yang diabadikan dan ingin dikongsikan kepada sahabat-sahabatku yang dekat dengan hidupku,


1. Keberkatan Allah adalah priority dalam menjalani rutin kehidupan.
2. Sekali jatuh, bangkit kembali dan cuba lagi.
3. lakukan sesuatu perkara dengan penyusunan yang terancang dan penghayatan
4. Jaga hubungan dengan Allah
5. Hadapkan kekhusyukan hati kepada Allah s.w.t ketika solat
6. Sentiasa memohon keampunan, redha dan penjagaan Allah s.w.t
7. Membiasakan dengan selawat dan salam seatas Nabi Muhammad s.a.w
8. Menjaga dan meningkatkan kualiti ibadah wajib.
9. Meningkatkan ibadah sunat
10.Bersihkan dan sucikan hati terhadap semua makhluk
11. memastikan kelangsungan proses pembelajaran ilmu demi manfaat ummah
12. Setiap yang diputuskan demi kemaslahan Ummah
13. Analisa, muhasabah, laksanakan tajdid dan islah pada setiap kali sebelum tidur
14. Suburkan ukhwah Islamiah.




Ini sahaja yang ingin kukongsikan meski pun ad di seketika waktu yang aku jua tersasar, namun tidak salah kiranya kita sentiasa mempertingkatkan kualiti hidup demi kemaslahatan ummah, aku sayang sahabat-sahabatku yang faham pada tuntutan agama, dan aku mahu kita beriringan mencapai Mardhatillah.


Wassalam.

Read more...

Wednesday, October 19, 2011

Teks Penuh Ucapan Belanjawan 2012
“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Tuan Yang di-Pertua,
Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.

Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.

Read more...

Friday, September 2, 2011

Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan

Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang Fenomena Cinta Anta Anti beberapa bulan yang lalu. Anggaplah artikel saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama…

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.


Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“.

Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’, penting untuk dipandu. Bukan apa, kadang-kadang cara merek menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Kita menjadi seperti robot keras yang jika tidak A, maka B. Malah ada yang bertanya kepada saya, berapakah kadar panggilan telefon yang boleh dibuat dalam seminggu semasa bertunang? Pelbagai soalan ganjil dan matematika yang saya terima. Kepelbagaian tanda tanya inilah yang mengundang saya untuk berkongsi pengalaman agar adik-adik yang beriltizam dengan Islam ini dapat mencari contoh yang praktikal. Perkahwinan saya jauh daripada layak untuk menjadi contoh yang paling sempurna. Namun, pada satu dua benda yang baik, bolehlah diambil sebagai teladan. Mana-mana yang silap, jadikan sebagai sempadan.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai ‘hukuman dari Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Syukur, saya terselamat dari ujian itu. Semenjak di Tingkatan 1, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu ‘cuba-cuba bercinta’. Benarlah kata pepatah Arab:
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di ‘situ’. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"