:: Followers ::

Tuesday, January 29, 2013

Permulaan perjalanan 2013

Bismillahirrahmanirahim…

Setelah sekian lama menyepi, membiarkan blog ini bersawang tanpa coretan, tiba-tiba hari ini rasa terpanggil untuk melakarkan sedikit cerita perjalanan hidup ini. 

Pejam-pejam celik, Januari 2013 sudah hampir ke penghujung dan secara tidak langsung menunjukkan kita sebagai seorang muslim dituntut untuk bermuhasabah apakah pembaharuan dalam diri kita sepanjang hampir sebulan di tahun baru.

Mengimbas detik ketika diri ini sedang menghadiri kelas bahasa inggeris, guru kami bertanya apakah resolution utk tahun baru? Lantas, yang terlintas di dalam hati ini, mungkin tahun ini merupakan tahun yang sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Kalau diimbau kembali, 4 tahun sebelum ini, aku sebagai mahasiswa, punyai sokongan kewangan dari ibubapa dan PTPTN, dikelilingi sahabat2 yang ibarat malaikat, dunia tarbiyah, aturan hidup yang dicatur dan semuanya berbentuk proses pembelajaran dan pengajaran. 

Namun, bermulanya tahun 2012 boleh dikira tahun mengekplorasi dunia pekerjaan bermula dengan menjalani praktikal bahagian Public Relations, Advertising n Promotion di TM Kedah, 

kemudian menyambung bekerja hanya 5 bulan di Terminal Division, KLIA sehinggalah akhir tahun 2012, aku memutuskan untuk tidak bekerja dengan mana-mana majikan meskipun aku telah menerima dua tawaran kerja.

Kenapa? Inilah resolution aku untuk jangka pendek. Pertama, aku ingin menceburi dunia perniagaan sekali gus tidak mengenepikan dunia dakwah. 

Lalu aku membuka kelas al-quran yang dinamakan Akademi Qiraati Al-Munir. Kelas ini merupakan impian aku sejak aku belum menjejaki ke alam university lagi. 

Pelbagai ujian aku harungi bermula dengan menghadiri kursus, proses mendaftarkan perniagaan, mendapatkan sijil untuk mengajar dari Persatuan Qiraati Malaysia, proses publisiti dan tidak kurang juga ujian saudara seislam yang datang hanya untuk menjatuhkan semangat saudara Islam yang lain. 

Mungkin betul apa yang dikhabarkan sebelum ini, rakan niaga sesame Islam ini ada juga yang dengki kepada rakan niaga Islam yang lain. 

Ini merupakan proses hidup aku yang pertama selepas bergelar graduan, meskipun kelas yang dijalankan masih belum stabil, aku tetap komited untuk memperjuangkan premis ini sehingga kejayaan kelak dapat dinikmati oleh generasi-generasi akan datang yang faham tuntutan dakwah. 

Walaupun perasaan diselit rasa goyah apabila melihat rakan-rakan lain sudah mempunyai pekerjaan tetap, mampu membeli kereta sendiri, dan tidak kurang juga yang sudah berubah status, namun aku sematkan dalam diri, aku hanya bertangguh untuk setahun sahaja, dan kesusahan hari ini akan berbuah mungkin 10 tahun akan datang, amin Ya Rabb.  

Matlamat aku yang kedua, aku ingin mendidik diri aku menjadi seorang muslimah yang mempunyai jati diri dan rasa khusyuk kepada Allah. 

Lalu, aku memutuskan untuk terjun ke Pasti Isbat, Desa Kasia untuk melazimi diri dengan biah yang solehah sehingga aku cukup bersedia untuk terjun ke dunia korporat yang pernah aku lalui sepanjang tahun 2012 yang lalu. 

Apa yang menarik, sebenarnya mentarbiayah anak-anak ini sacara tidak langsung mampu mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi seorang ibu yang mu’minah kerana kerenah dan celoteh anak-anak ini kadang-kadang menguji kesabaran dan menggasak minda untuk membentuk suasana.

Walaupun penat seharian di Pasti dan disambung pula kelas al-quran di waktu malam, hidup ini penuh ceria dengan keberadaan anak-anak yang mendidik jiwa. 

Selain itu, kesibukan ini mengajar diri menguruskan mental untuk berhadapan dunia yang lagi sibuk di masa hadapan serta menjana kewangan untuk menyara diri sendiri tanpa sokongan kewangan dari ibubapa seperti sebelum ini.

Matlamat ketiga, aku ingin menguasai bahasa inggeris. Solution, aku mendaftarkan diri di training center.

Walaupun yuran yang dikenakan agak mahal, ini merupakan cabaran untuk diri ini untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk betul mastering English. 

Pesan buat diri, kalau mahu jadi duta Islam, idol masyarakat, dunia bahasa perlu dikuasai.

Tanya pada diri, banyak lagi yang ingin kukecapi, antaranya menyiapkan Professional Qualification di MAICSA, sambung Master, dan seterusnya bekerja dalam industry. 

Apabila dicongak-congak, perancangan itu perlu ditangguhkan seketika rentetan kekangan kewangan dan masa. 

Tidak kurang juga soal perkahwinan, walaupun hidup aku penuh perancangan, namun aku bukan menafikan tuntutan mendirikan rumah tangga, Cuma serunya belum datang. 

Buat sahabat-sahabat yang sering bertanya, lepas ini nak jadi apa, memang nak duduk nilai ke? Bila nak kahwin etc, ini la jawapan untuk masa ini. Ya Allah, permudahkan urusan hamba ini mendapat keredhaanmu, menyusuri laluan hidup di sirotol mustaqim.      

4 comments:

'aryn qystina said...

smg dpermudahkan segalanya shbtku.. daku sntiasa mdoakanmu.. bisnes ni sunnah Rasulullah SAW.. punca pendapatan yg sgt lumayan berbanding mkn gji jd hamba kerajaan mcm km ni.. hehe.. insyAllah.. dimana ada kemahuan di situ ada jalan..
teruslah bersemangat, smg Allah sntiasa bersamamu..
(^_^) <3

AzaLi sejak AzaLi said...

Amin Ya Rabbal'alamin.. Yakin dengan rezeki yg Allah nak bg, ganjaran terbesar buat hambanya yang memperjuangkan agamaNya =)

Daing Fadzil said...

insya allah.moga dipermudahkan.

masYie said...

keep it up my sahabat.. :)

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"