:: Followers ::

Friday, July 22, 2011

Motivasi Baitul Muslim

Perkahwinan adalah suatu gambaran yang indah pada setiap individu dan pasangan yang berjanji mengikat cinta mereka. Pelbagai persiapan yang mahal-mahal disediakan dalam menyambut hari bahagia itu. Bahkan sanggup berbelanja beribu dan ada sampai berjuta asalkan hari tersebut meriah.

Namun,tidak ramai yang menyedari akan persiapan diri mereka selepas mahligai tersebut dibina. Persiapan diri dalam memikul tanggungjawab,persiapan si suami dan si isteri




dalam melayari bahtera yang mungkin pelayarannya begitu indah dan mungkin pelayaran yang terpaksa menempuh ombak yang besar. Hal ini sangat perlu difikirkan.
Pertama sekali,saya ingin membersihkan hati-hati para isteri dan para suami bahawa meletakkan kalimah “redha” pertama sekali dalam membina mahligai sunnah ini amatlah perlu. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah “ redha”? Si suami dan si Isteri perlulah redha menerima pasangan masing-masing mempunyai kekurangan pada awal perkahwinan lagi. Rasa redha ini perlu,kerana semua manusia tidak sempurna. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan,begitulah dalam pelayaran rumah tangga. Pasti ada ombak dan badai yang akan melanda dan menguji nanti.
Apabila si suami melihat kekurangan si isteri dan begitulah sebaliknya, hati mereka sudah bersedia menerimanya. Malah terdetik dihati mereka, mereka akan melengkapi antara satu sama lain. Sikap tegur-menegur dalam perhubungan untuk membina keluarga yang bahagia sangat dituntut.

Kedua,si isteri dan si suami perlulah berusaha dengan sebaik mungkin supaya masjid yang dibina adalah masjid yang paling kukuh dan bahagia. Para isteri perlu ada keazaman pada diri menjadi isteri paling solehah,paling bijak dalam mengurus suami dan anak-anak. Begitu juga para suami perlu berazam menjadi suami paling mithali dan paling menyayangi isteri dan anak-anak. Insyaallah, keluarga ini akan melahirkan para khalifah bumi yang hebat seperti sultan Muhammad Al-fateh.
Sekiranya kedua-dua pihak berperanan dengan sebaik mungkin,tidak mungkin rasanya isu mahu wujudkan “club isteri layanan kelas pertama”,poligami kerana isteri tidak beri layanan yang baik,isteri curang dan sebagainya ini wujud. Tetapi dengan syarat, ilmu agama perlulah diterap di dalam diri setiap pasangan.
Sekiranya ada ujian yang melanda,para isteri dan para suami perlu meletakkan Allah yang pertama bukanlah nafsu. Setiap masalah yang melanda, mengadulah dan merintihlah pada Allah kerana setiap ujian itu adalah dibawah perancangan Allah. Kadang-kadang kita sebagai manusia meletakkan Allah ditempat kedua dalam pengaduan. Kita menjadikan manusia tempat meluah segalanya,sedang Allah mendengar dan mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Tidak menjadi kesalahan, sahabat rapat,ibu bapa,adik beradik kita sebagai tempat mengadu,kerana ianya lumrah manusia. Tetapi jangan sesekali membelakangi Allah dalam setiap urusan kita.
Semoga tulisan ini membantu dalam memandu baitul muslim bahagia ke syurga Allah. Mungkin apa yang saya cuba sampai ini menguris hati sesetengah pihak,namun tidak terlintas dihati untuk berbuat demikian. Segala silap harap dimaafkan. Semoganya semuanya menjadi nasihat dan panduan buat diri saya dan pembaca sekalian. Waallahua’lam….

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"