:: Followers ::

Wednesday, January 26, 2011

pembuka kata




Bismillahirahmanirrahim,
Di hari ini cuba kuluangkan masa untuk mencoret sesuatu di blog ini.. sudah sebati dalam hidupku menjadikan penulisan sebagai wadah paling dekat buatku meluahkan rasa hati ini, mahupun suka duka dalam mengharungi hidup sebagai seorang dai’e.


Kalau sebelum ini aku kurang mengeluarkan sebarang bentuk tulisan yang lahir dari hatiku kerana aku masih buntu bagaimana bentuk yang mahu ku sembahkan. Aku bukan orang yang pandai mengeluarkan kata-kata, bercerita apatah lagi sesuka hati berkongsi masalahku dengan orang lain. Lantas aku menjadikan diari sebagai teman rapatku, dari sekolah rendah, menengah hingga ke alam university sebagai wadah ku memuntahkan resah hati, tawasulku berbicara dengan tuhanku, sebaik-baik tempat ku mencari ketenangan dan memotivasi kembali diriku yang kadang-kadang jatuh menyembah tanah.. inilah lumrah manusia, aku dengan caraku sendiri.
Hari ini aku mencari kekuatan untuk mencoret sesuatu berkaitan diriku, tujuan hanya satu sebagai pedoman untuk orang lain dan cara menaikkan diriku untuk terus beraksi di arena dakwahku ini. Sayang sekali, kekuatanku masih terhad, aku hanya mampu membebaskan tulisanku kepada insane-insan yang kurasakan dekat dengan hatiku, yang memahami jiwa ini dan bersama memerhati jalan hidupku kini.
Ya Allah,
Aku sangat bersyukur kerana masih dipilih untuk thabat dengan dunia tarbiyahmu. Tarbiyah hidup ini akan terus mengiriku selagi mata masih belum tertutup untuk menemuimu. Aku sangat berharap aku digolongkan sebagai seorang muslimah yang dinaungimu, dan terus melangkah kuat dan tabah demi membawa agenda Islam ini. Aku insane yang terlalu lemah, kebergantungan denganmu sahaja yang dapat meneruskan jalanku walaupun hidupku tidak memerlukan aku bersemuka dengan onak duri, lemparan batu para mad’u, Cuma sekadar ujian kekangan masa, mengerah mental mencari solusi para ummah, berebut masa untuk dibahagikan antara pelajaranku, masa peribadikan dan jalan dakwahku.
Ya Allah,
Bila dikenang-kenang, terasa kagum aku pada kasih sayangmu pada hambamu ini, tidak terlintas dihatiku begini rupanya jalan hidupku.. Setelah melangkah ke alam university, aku bertebaran sebagai insane yang begitu low profile, dengan rendah hati ini aku mendaftar sebagai pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Ketika itu, aku memulakan hidup dengan semangat yang sangat rendah, terus berdiri hanya atas dasar menunaikan harapan ayahanda yang ingin melihat seorang anaknya mendalami dunia korporat, masuk ke alam university tanpa mengenali seorang kawan disababkan aku seorang pelajar second intake, terus dengan rutin harian bersendirian dan diari sebagai teman rapatku. Kemudian, dijemput seorang senior ku dahulu menyertai bulatan yang pernah kujumpai ketika di alam sekolah dahulu. Liqa’ itu menjadi halaqah cintaku bertemu hati-hati yang sungguh sufi.. menguatkan aku untuk terus melangkah dan jalinan ukhwah itu menjadikan aku maju dan terus laju.. berterusan lah hidupku sebagai seorang yang nampak ceria diluar, agak kelakar dikalangan sahabat muslimah dan kegelisahan dalaman untuk berhadapan dengan subjek-subjek yang entah aku tidak pernah fahami sebelum ini dek kerana aku bukanlah background akaun sekadar berbekalkan fahaman ku tentang ekonomi asas sahaja, aku mentegarkan diri agar dapat menyempurnakan hasrat ayahanda untuk bergraduasi dalam bidang ini.
Kini,
Sedar tidak sedar, aku sudah berada di semester 6, tinggal beberapa bulan lagi aku akan melangkah keluar dari dunia USIM, meneruskan jalan hidupku di alam praktikal dan pekerjaan. Ya Allah, begitu cepat masa berlalu, bicara demi bicara kau lontarkan buatku, antara sedar atau tidak aku menyambut tarbiyahmu ini. Aku mula terjentik apabila seruan untuk bertanding di PRK USIM, merangkak-rangkak memperkembangkan diri dalam keadaan diri ini tiada apa-apa dalam masyarakat kampus, sebelum ini terus enak bersama kelompok-kelompokku, rakan course ku sehinggalah aku diumumkan menang dengan undian tertinggi bagi kerusi kawasan FEM. Hidup sebagai seorang wakil pelajar aku kira sangat mengajarku erti hidup, melatih kesabaranku, mengawal emosiku mengurus rentak manusia, dan mengajarku menguruskan perancangan yang teratur. Hari ini, aku sedang membilang hari untuk turun kembali sebagai pelajar biasa, tetapi tetap beraksi sebagai seorang yang tidak ber “title” demi kelancaran gerak kerja dakwah untuk masyarakat sekelilingku. Segala kepahitan kutelan demi mengajar erti hidup. Taklif datang silih berganti, dan Allah memberi ku pelbagai bentuk ujian untuk menjadikan tarbiyah yang terbaik buatku.. mungkin ini hikmah yang aku perlu ambil untuk memujuk hati ini untuk redha dengan apa yang terjadi. Kalau diingatkan, aku pernah jatuh merudum hanya disebabkan kritikan dari seorang sahabat yang mengeluarkan statement aku suka berbicara dengan golongan lelaki, atau lebih mudah keterbukaanku yang bersahaja dengan golongan ini membawa fitnah padaku. Mungkin hingga hari ini rasa hati itu berbekas di hati, tetapi aku memujuk diri ini, mungkin ini sebagai langkah untuk aku waspada dengan golongan ini. Sebelum ini, aku membuka ruang untuk berkomunikasi dengan golongan ini sekadar untuk menjadi pemudah cara demi kelangsungan gerak kerja dakwah dan sikap bersahaja aku dengan sesiapa yang berkomunikasi denganku rupanya boleh membawa fitnah pada diriku, mungkin ini lumrah seorang wanita, fitnah buat lelaki. Ini juga tarbiyah yang aku dapat ketika aku beraksi sabagi MPP dan terkesan penyakit fobia agar aku lebih berhati-hati selepas ini. Ketika aku menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan lagi jati diriku sebagai seorang pemimpin, aku menghadapi kecelakaan dan menyebabkan patah jari. Lama aku merenung, dimanakah hikmahnya.. nak dikatakan tidak ikhlas, jauh sekali. Aku cuba untuk membuang keegoan untuk menerima sebarang bentuk latihan. Hakikatnya aku redha dan bersyukur dipilih merasai begitu rupa, Cuma termenung-menung mencari hikmahnya hinggalah seorang sahabat mengirim mesej buatku, mencari kekuatan sendiri ibarat mengeluarkan singa dari dalam dan launganku ketika malam manifesto, “aku bukan datin rosmah, bukan jua YB Izzah, tetapi nurul mu’azzah yang bakal turun ke lapangan ummah dengan sejarah” perlu ku realisasikan.
Wallahua’lam
- nantikan coretan seterusnya-


:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"