:: Followers ::

Thursday, October 21, 2010

Hati yang gersang

Bismillahirrahmanirrahim,

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, al-malaikah, serta sahabat handai yang mengenali diri ini… Sekian lama aku tidak memuntahkan sesuatu di laman ini, bukan disebabkan kekangan masa yang melampau, tetapi dek kekeringan idea dari insan ini yang sememangnya cetek ilmu. Apatah lagi mahu membicarakan isu agama, isu semasa, isu Negara, ekonomi mahupun politik sekalipun diri ini tidak layak membicarakannya.


Lantas, beberapa hari ini aku sering berfikir, hatiku tidak keruan, ketenangan lari menghilang diri, kerjaku menjadi hilang fokus dan banyak lagi kegagalan yang kutempa dan akhirnya jawapan yang kutemui sujudku sudah hilang manisnya…


Ya Allah, aku rindu pada cintamu, merasai kenikmatan cinta kita, solatku terganggu, hatiku seolah kekosongan meskipun rutinku dihambat kesibukan, benakku penuh dengan persoalan, taklifatku sebagai dai’e aku jalankan tanpa penuh penghayatan, sungguh aku betul-betul terasa kehilangan. Di suatu malam, aku menjumpai satu artikel yang membicarakan tentang “kacaunye fikiran ketika solat”. Satu perbualan yang diutarakan seorang murid kepada gurunya lebih kurang bunyinya, aku sering terganggu dalam solat, lupa rakaat, fikiran terawang-awang seolah tidak sedarkan diri sehinggalah salam terakhir diberi, lalu jawab gurunya Bisikan itu berasal dari syaitan, yang wajib bagi anda adalah memelihara shalat, konsentrasi dan thuma’ninah dalam melaksanakannya sehingga anda dapat melaksanakannya dengan penuh kesadaran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman.
maksudnya : Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya[Al-Mukminun : 1-2]

Ketika Nabi Shallallahua’laihi wa sallam melihat orang yang tidak sempurna solatnya dan tidak thuma’ninah dalam melaksanakannya, beliau menyuruhnya untuk mengulangi solatnya, beliaupun bersabda.
maksudnya : Jika engkau hendak mendirikan solat, sempurnakanlah wudhu, lalu berdirilah menghadap kiblat kemudian bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian ruku’lah sampai engkau tenang dalam posisi ruku, lalu bangkitlah (berdiri dari ruku’) sampai engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai engkau tenang dalam posisi sujud, lalu bangkitlah (dari sujud) sampai engkau tenang dalam posisi duduk. Kemudian, lakukan itu semua dalam semua solatmu [Al-Bukhari, kitab Al-Adzan 757, Muslim kitab Ash-Shalah 397]

Konklusi yang aku aku dapat, sekiranya ketika solat kita merasai kita sedang solat, seolah-olah solat itu kita sedang bercakap dengan Allah, dan bemunajat kepadaNya, maka kita akan terdorong untuk khusyu’ dan konsentrasi ketika solat, syaitan pun akan menjauh dari kita sehinggalah kita selamat dari bisikkannya. Jika dalam solat kita terasa banyak godaan,tiuplah tiga kali ke samping kiri dan memohonlah perlindungan Allah tiga kali dari godaan syaitan yang terkutuk, insya Allah kita akan terpelihara dalam solat. Pepatah yang pernah kudengar entah dari mana sumbernye, kalau bersolat biarlah kita merasai kita akan mati sebentar lagi, dan kalau kita bekerja kita merasakan kita akan hidup selamanya…

Sahabat,
Memang mudah dikatakan, tapi praktikalnya menuntut mujahadah yang kuat, iman kita yazid wa yanqus, jadi hari ini aku berlapang dada berbicara soal ini, mungkin dilain masa aku menjadi alpa kembali, ayuhla sahabat-sahabat kita tingkatkan diri mujahadah untuk memburu redha Allah, kemanisan syurga itu memerlukan perantauan dan penjelajahan yang penuh duri, bak kata imam Athoillah Assakandari, “aku tidak akan sekali membiarkan hidupku dipenui kesenangan kerana perjuangan itu dihiasi dengan kepahitan”
Uhibbukum fillah..

Salam mahabbah,
Nurul Mu’azzah Roalli
Pentadbiran Korporat dan Hubungan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat.


Read more...

Tuesday, October 5, 2010

tips menjauhi zina hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.



Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"