Bismillahirrahmanirrahim…….
Dengan kalimah mulia ini aku memberanikan diri untuk mencoretkan sesuatu yang serba sedikit pengalaman yg diharap dapat memberi natijah buat diri ini dan orag lain. Ya Allah aku bersyukur kerana aku antara insane terpilih untuk menerima tarbiyahmu Ya Allah. Tidak pernah diri ini menyangka aku salah satu insane yang terpilih menjadi pemikir masa depan ummah, subhanallah, betapa kasihnyamu pada hamba yang hina ini yang sering lari dari mendapat cinta mu ya Allah!!! Apabila menyingkap kembali perjalanan hidup ini, betapa bersyukurnya diri ini kerana sentiasa dipilih Allah berada dalam lingkungan naunganmu, InsyaAllah. Suatu ketika dahulu, semasa masih di bangku maahad, diri ini selalu merintih mengapalah nasibku sentiasa tidak menyebelahiku, aku iri hati melihat sahabat2 yg tidak sibuk dalam program, tarbiyah, tamrin dan seumpamanya dapat study dengan tekun dan seringkali mendapat keputusan yang membanggakan, dan lebih tersentuh lagi apabila sahabat secocok fikrah yg sama2 berjuang tidak ketinggalan mendapat keputusan yang membanggakan. Setiap kali result keluaq, aku sering menimbulkan krisis denganmu Ya Allah. Kenapa aku sering diuji begini? Kenapa aku x blh dapat mcm depa? Adakah aku memang manusia yg qoti’e tidak boleh cemerlang? Setiap kali berdoa, aku sering mengungkapkan aku tidak lagi sanggup diuji dengan result exam.Ya Allah, ampunkanlah aku Ya Allah. Diri ini insane kerdil, yang tidak bertawakkal padamu, yg tidak bergantung harap padamu, yang sering lari untuk mendapat cintamu Ya Allah. Betapa malunya diri ini apabila mengenangkan kasih, ar-Rahim, Ar-Rahman, Al-Wahab mu pada ku,sedangkan balasanku padamu hanya pertikaian? Ya Allah, sudikah kau memandangku di padang mahsyar nanti, menerima amalanku yang sedikit ni, yang sering lalai lagi alpa, yang mementingkan duniawi, dunia yang diibaratkan lebih buruk dari bangkai haiwan, yang mementingkan material, Ya Allah, tidak termampu aku menyenaraikan semua nya, dhoifnya hamba ini, sudikah lagi aku dipilih mendapat cintamu Ya Allah. Mengenangkan proses tumbesaranku dari usia 12 tahun hing sekarang tidak dapat ku jangka sekarang aku telah menapak diri di bumi usim, alam university inilah yang dinamakan rezeki khalidnya pada hambanya…….. Subhanallahhhhh
Nur hidupku mula bersinar ketika aku baru menamatkan UPSR di sek.keb.Kuala Nerang. Tekadku ketika itu Maahad Mahmud destinasiku seterusnya. Aku begitu berminat pada pengajian agama. Tambahan lagi, kakakku menjadi contoh terdekat, setiap hujung minggu aku akan mengikuti mak ayah menghantar kakak dirumah sewanya, aku begitu tertarik dengan biahnya yang berbahasa “ana” “enti”, di merata-rata ruang rumah terpampang hadis2 dan Ayat Allah, oh begitu sakinahnya… Akhirnya, sebelum result keluaq lagi, aku telah membuat penghijrahan pada fizikalku. Keluar rumah sudah mula memakai tudung labuh, berstokin, kadang2 berjubah. Walaupun dipandang pelik oleh org sekitarku, aku meneruskan jugak kerana apa yang terfikir dibenakku, aku juga mahu penampilanku setanding dengan pelajar maahad Mahmud. Bila difikir2kan, nak tergelakpun ada, ibarat ta’liq aja tp InsyaAllah perubahan pertama itu dapat meninggalkan kesan hingga sekarang dan harap Istiqamah hingga saat terakhir memejamkan mata. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6, maahad medan tarbiyahku. Bermula hari pertama pendaftaran, kemudian ditempatkan di urwatul wuthqa dan seingatku insane yang menyambutku ialah kak Laila dan kak zul wahida kemudian berlaku perkenalan pertama sahabat sebatchku apabila disusuri masturah dan pada malamnya diikuti Adhwa. Kami bertiga yang distandkan “Kanak2” ditatang kakak2 bagai minyak yang penuh. Hiduplah kami bertiga di dunia uq, kesekolah bersama, study, tidur, begaduh, merajuk, yang kini tinggal memori yg ditempuhi dan ditelan bersama.
Apabila meningkat ditingkatan dua, sahabat sebatch bertambah apabila menerima kehadiran Shahida, Farhah Nabila dan yang lain seperti nadzirah, maksu, syifa’,izzati dan beberapa lagi yang tidak dapat dsenaraikan. Awal thun itu kami ditukarkan ke rumah baru iaitu Tibbil Qulub. Tapi malangnya diri ini berjiwa kecil yang amat penakut pada ‘gangguan’ aku hanya mampu bertahan hanya semester aje dan berpatah balik ke uq. Pada tahun PMR aku satunya pelajar PMR yang menghuni di uq. Pada semester pertama perjalanan hidupku seperti biasa, ke sekolah, pulang rumah, ke tuisyen, usrah sekolah dan yang paling best usrah umah sewa kerana setiap hari selasa petang aku dan k.lin(naqibah) akan ke Qudhwah Hasanah bg sesi usrah pd mlmnya dan seawall jam 4pg pulang semula dgn naik basikal yang ditunggangi k.lin dan aku yn jd pembonceng. Tetapi apa yg lawaknya, 1 pg kami dikejar anjing yang entah berapa bnyknya, berlarinya kami sampai habis barang dilempaq, esok pg sblm p sekolah baru dikutipnya balik. Cuma yang berbeza sedikit pada tahun tu, aku mula mendapat amanah sebagai naqibah kepada adik2 tingkatan Satu. Pada tahun itula aku mula menjebakkan diri dalam marhalah2 tarbiyah dan dakwah ni bersama Adhwa sahabat mulanya dan diikuti masturah dan Shahida. Bertambah lagi tahun, maka bertambah sahabat2 ku yang bersama kami iaitu farhah nabila, munirah, fatin dan khairunnisa dan HAzwani di tingkatan 5. Mengingat kembali kenangan2 semasa ditarbiyah cukup membahagiakan walaupun ketika masa itu, terasa berat dan tak mampu di pikul. Itulah putaran hidup yang tak mampu diputar kembali, selamat tinggal memoriku. Memori hanya tinggal memori…………… seingatku, masuk semester kedua tingkatan 3, diriku baru terasa kekurangan apabila tak dak sahabat yang dapat membantu menjadi tempat rujuk dan rakan kongsi masalah dlm pelajaran. Akhirnya aku minta kebenaran k.minah selaku ketua uq untuk berpindah ke qh. Rutin harianku berubah sedikit kerana berhadapan banyak saingan kawan2 dalam pelajaran. Baru hadir mood nak struggle bila tngk shbt2 len baca buku bagai nak gila.klu blh tak mau tidoqpun tak pa, Cuma pada akhir nak exam ketika tu aku qasa mcm tak sabaq nak abih exam reason nya krg selesa dgn suasana krg jaga kebersihan sebab aku ni cerewet sikit bab kebersihan ni. Nak balik cepat ja kat uq.
Bertambah tahun, aku dipindahkan lagi ke rumah sewa baru iaitu Tibbil Qulub. Ketika itu, rumah yang kami sewa baru berpindah tempat, alasannya rumah TQ yang lama ada mslh keselamatan dan ‘gangguan’ halus. Kakakku diamanahkan menjadi ketua dan aku sebagai bendahari. Pengalaman pertama menjadi ajk rumah sewa memang mentensionkan, tambahan bayaran sewa pertama kali dikenakan double price(intro + basic payment) qasa waktu tu mcm nak tulis ngan kertas buat duit ja, tak sanggup nak kenakan yuran yang tinggi kat yang len. Dan seingat ku, pada masa tu jugak, aku seolah2 disisihkan kerana dianggap tidak layak didampingi. Prinsip “man ana” yang depa syok pegang. Ini juga satu challenging yg aku kena hadapi coz tak dak shbt yg secocok fikrah ditempatkan bersama aku ketika itu. Harungilah aku berseorangan dan kakak la tempat melepaskannya, huhuhu. Tahun 2005 baru aku kenal dan dipaksa telan pahit manis sebagai pendakwah. Penglaman yang bermacam2 mengajar aku tentang liku hidup seorang mata rantai pengikut sunnah Rasulullah S.W.T. penglaman yg ku dapat ketika itu bermacam2 apabila diamanahkan menghandle tamrin tingkatan, ming.penghayatan islam, badan dakwah dan banyak lagi yang seumpamanya. Pengalaman ketika itulah yg plg bnyk mengajarku tentang pentingnya ukhwah sahabat2. Walaupun tarbiyah diterima sekali, kadang2 hadir juga konflik dan pahit manis bersahabat, khilaf pendapat, rajuk-merajuk, “man ana” tetap tidak dapat dielakkankan, biasalah lumrah bersahabat. Klu tidak takkan UNIC create nasyid yang berbunyi “
ketika mula bertemu, terasa bagai telah lama bersua, kau sambut hulur tanganku bertegur sapa penuh mesra,masa terus berlalu, dan kita tetap seiringan berjalan,menempuh onak liku , lalui semua suka dan duka bersama, biarlah apapun rahsia, dan kelemahanmu, engkau tetap temanku, riangnya saat kita bersama asyik senda dan bercerita,walau sesekali pandangan kita berbeza, angannya tetap serupa, adakalanya kita jua saling terluka namun diakhirnya kita tetap bersama, dan kini dipisahkan dua benua saling mengejar cita,(mun) tak pernah kulupakan detik yang indah bersamamu temanku, ku pasti suatu masa, engkau dan aku kan bertemu semula,menjalin detik nan indah, untuk kenangan bersama……….
Tahun berikutnya (2006), aku dithabatkan menghuni di TQ jugak, tp x bestnya amanahku up grade sikit sebagai ketua TQ. Tahun tu Alhamdulillah jugak sebab aku dipartner dengan seorang sahabt secocok fikrah. Qasa laga tu ada jugak coz tahun sebelum2 ni aku selalu jd tunggal dan kena duduk dgn sahabat yang x secocok fikrah, Dan yng challenging skt aku kene b’pisah dgn kakak pulak, kakak jd ketua QA, BUAT pertama kali la duduk berasingan. Tahun tu, semangat aku lain sikit dlm bab study ni, maybe wajibat kathirun min waqtu kot, so waktu free ja, kat meja study la. Tp x sangka pulak mengasingkan diri dr penghuni lain buat ada yang tersentuh, serba x kena aku dibuatnya, a’lakullhal pengalaman2 tu la yg melatih kematanganku menjadi lebih b’kepimpinan dan try do the best to create my own life!!!! Alhamdulillah, mungkin ini la dinamakan kecintaan Allah pada hambanya tp hambanya ya yang tak sedaq.
Bertambah umur, bertambah pulak amanahku,tamatnya SPM aku, mas dan paah dipanggil berhimpun di QA, seperti biasalah seperti yang dijangkakan, mandat baru la tu………….. kami ditaklifkan untuk memikirkan 3 taklifan yang cukup berat, harapan kakak, ustaz-ustazah dan yang penting madu’ di bumi maahad. Masihku ingat, malam tu kami diumumkan mandate baru yang berubah tangan dari batch 05 ke 06. Bagai disabung petir, kegusaranku ternyata tepat apabila menerima mandat untuk pegang PPIK, satu pertubuhan yang boleh dianggap hampir terkubur di bumi kedah.MasyaAllah, tanpa tertahan lg, air jernih yg ‘tegar’ ni terbit jugak menggambarkan betapa gentarnya nak laksanakan amanah tu. Tahun itu, rutin harianku berubah sama sekali, kalau dulu bangun pagi, yang terfikir kesekolah nak mengaji, tp kali ni program ja dalam otak. Ibarat hidup untuk b’program sampai cikgu kat maahad kenalku pun bukan sebab qajin tnya pljrn tp qajin tnya blh jd guru awasan tak atau lbh mudah ni budak BDK. Malu pun ada jugak tapi kena buwat muka sekupang la kalau tak program tak berjalan… sepanjang di bumi maahad, tahun 2007 la tahun yang paling manis yang tak dapat lupa, kenangan berprogram d maahad, berkemping sesame sahabat rumah sewa di yan, yang bestnya, kenangan pahit manis ni bukan lagi bersembilan yang menempuhnya, semua sahabat serumah sewa turut support. Maybe kami jumlah yang ramai, sampai terpaksa tubuh 1 lg rumah sewa khas untuk tingkatan 6( qurrotul qalbi) ingat lg Wani(ketua umah) Mun, Atin, Yana, Asma, Maksu, Afifah,Nadz,Nani, Zainab, Farrah and others yang krg pasti dan tak larat nak taip, mereka2 ni la yang menambah kekuatanku, dlm meramaikan peserta PPIK, meningkat Dana Ekonomi, tukang masak program, oh betapa sayangnya ukhwah kita wahai sahabat. Paling susah nak lupa, saat nak exam waktu tu baru aku kalut nak paham apa STAM ni, itula kelemahanku, tak mampu nak seimbangkan pelajaran dan perjuangan. Wlupn kelam kabut, aku bertuah sebab semua sahabat bergabung nak saling bantu membantu, kami buat study group. Kami devide setiap subjek, ada yang jd tok guru. Disebabkan aku ni kurang ckt bab kefahaman ni, aku n mun pilih nak terang madah tafsir. Tajuk mula ok, setrusnya semua bler, last2 ust.kamal jugak mai terang, lawak2. Bila dah tamat study group, baru aku ketahuan apa dia yang dok belajaq selama ni, terutama mantiq dan a’rudh. Qasa tak puas lagi belajaq, syok sngt bila paham, siap cipta lagu lg nak mengapai. Dan yang puas hatinya mai Result keluaq subjek yang banyk tidoq n x minat tu la jd highest, itu la keajaiban ALLAH. Betulla pepatah man jadda wajada, aku tak jugak boleh melabelkan sebagai budak mumtaz, tp itu aku pegang sebagai sunnatullah, setiap yang dijadikan Allah bersebab.
Kesimpulannya disini, kepada pembaca2 yang sudi menghabiskan jugak coretan saya ni, ambilla sebagai iktibar dan pengajaran. Dalam membawa risalah da’wah ni tidak dapat lari hidup kita dari kecundang semangat dan kejayaan. Saya insane yang tidak la Berjaya sangat ni masih boleh meneruskan hidup malah dikurniakan rezeki untuk dapat lagi mnymbng pelajaran di bumi menara gading, wlupn jika dipandang dari akademiknya suatu ketika dahulu, kecemerlangan saya tidakla secerah antum semua, tetapi percayalah, intansurullahhayansurukum wayusabbit aqdamakum…… keintima’kan diri dalam harakah ni sebenarnya tidak langsung merugikan malah mendatangkan manfaat yang kadang2 tanpa dijangka dalam benak fikiran kita. Allah juga telah menjanjikan profit yang begitu membahagiakan seperti dalam surah as-saff ayat 4: “sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalannya dengan barisan yang teratur seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”.
Dalam ayat 11-14:”kamu beriman pada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu,itulsh lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui…selebihnya baca sendirilah dalam surah as-saff m/s 552. Wassalam……………..
:: Followers ::
Friday, December 26, 2008
Saat permulaan tarbiyah padaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Allah takkan uji hambanya...jika dia tidak mampu menerimanya..Dia maha tahu azah...setiap yg dicipta pasti ada hikmahnya..kadang2 Dia ciptakan hujan dihari yang panas supaya kite dapat melihat pelangi yang indah
THANK YOU MADAM I LOVE YOU
Post a Comment