:: Followers ::

Wednesday, June 19, 2013

Jodoh dan Takdir 

Album : Nasyeed Underground - Vol.1
Munsyid : MISK
http://liriknasyid.com


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Read more...

Tuesday, May 21, 2013

Update sikit..

 
Assalamualaikum w.b.t
 
Seringkali diawal penulisan, saya akan mendahului dengan ucapan maaf kepada pembaca-pembaca blog saya kerana jarang mengupdate blog. Namun begitu, tidak putus juga saya menerima private mesej melalui laman sosial Facebook untuk terus menulis, terima kasih saya ucapkan buat pembaca-pembaca yang sentiasa memberi sokongan. Penulisan adalah jiwaku, masakan mampu dikuburkan begitu sahaja, namun komitmen hidup menyebabkan diri ini tiada jiwa untuk menulis, mungkin peribadi tokoh2 hari ini seperti ayah chik, Tok Guru Haji Hadi, Hilal Asyraf dan Kak Wan dll perlu lebih ditelaah untuk menjadikan diri ini lebih berdisiplin.
 
Update diri:
kini bekerja sebagai Account and Company Secretary di salah sebuah Audit Firm di Nilai.
Masih mengurus dan menjalani perniaagaan dan mengajar di Akademi Qiraati Al-Munir. (Pengarang jantung hati)
Mengajar Tuisyen Rakyat untuk pelajar SPM di Masjid Sungai Pelek, Sepang pada setiap minggu.
Mengajar Al-Quran Kelas Dewasa bagi kaum ibu sekitar Nilai di rumahku pada setiap malam hujung minggu.
 
Kata orang:
Kuat kerja, nak cari duit kawen ke????
 
Jawabku:
Owh.....lebih dari itu sebenarnya. Bukan kawen itu tujuanku, tapi nikmat memberi itu sungguh dirasai. 
Rentak masih disusun untuk mendidik diri menjadi seorang yang lebih berdisiplin, bermanfaat kepada orang lain dan mendidik diri menjadi seorang mu'min yang berkualiti.
Melahirkan Insan luar biasa perlulah melalui Hidup yang luar biasa.
 
Benar, membandingkan rutin hidup dengan pemimpin sekarang ini kukira ibarat langit dengan bumi, sentap hati apabila menelusuri perjalanan hidup ayah chik, Tok Guru Haji Hadi dalam kesibukan beliau berjuang, ke sana ke mari, tasyji' ummah, tidur malamnya bermula sekitar dua pagi, kemudian bangun lagi disepertiga malam, kemudian menulis sebagai rutin seketika subuh menjelma, kukira ini insan luar biasa. Apabila dicongak-congak tidurnya sekitar dua jam sehari, 22 jam itu adalah berkhidmat kepada Allah. MasyaAllah. begitu juga tokoh yang dikalangan Orang Muda, Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jufri, tidurnya sekitar 2 ke 3 jam sehari demi menabur bakti menyampaikan ilmu di dada bukan sahaja di bumi Malaysia, malah seluruh benua dunia.Subhanallah. 
 

Aku?:
Masih bertatih mencari rentak hidup, menyusun kewangan dan mendidik diri di medan sebenar. Zaman belajar dan zaman bekerja sungguh kurasai benar-benar berbeza, namun langkah perlu diteruskan jua demi mencapai Redha Allah. Doakan diri ini mampu mendidik diri menjadi insan yang solehah kepada ibu dan ayah, suami dan anak-anak yang soleh solehah sutu hari nanti serta masyarakat sekeliling.
 
* Mood sedang menghadam perjalanan hidup kak wan, yang insan biasa lahir dari kehidupan yang luar biasa.
 
* maaf kepada pembaca-pembaca, penulisan yang kurang teratur dek kekekokan sementelah lama tidak menulis..hampeh....
 
naluri menjadi seorang ibu semakin membuak-buak..

Read more...

Mood menggodek-godek blog sahabat, teringat pulak zaman di kampus..


Petikan dari blog sahabat dunia akhiratku, yang sama-sama berjuang dari tahun satu hingga tahun empat, jatuh bangun dalam pelajaran, perjuangan dan aktiviti kokurikulum kami dan sahabat yang sangat dekat memberi sokongan ketika aku digelumang taklifan sbg MPP, Ukhti saadah Razali.
http://sidratulmuntaha.blogspot.com/2010_09_01_archive.html


10 September, 2010


Kenangan di IP Minda

Alhamdulillah, pada 31 Ogos 2010 yang lepas, kami (muazzah, fisha, syaima', k.ain termasuk diriku) telah menjelajah ke IP Minda. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana pihak IP Minda sudi menerima kedatangan kami. Syukran 'ala kulli hal terutamanya kepada Ust Syaari &zaujahnya, K.Nurulserta Ust Zool Amali yang sudi untuk berkongsi pengalaman berada di IP Minda. Tujuan kami ke sana bukan semata - mata untuk berkongsi pengalaman bahkan untuk memenuhi kriteria projek yang telah buat di bawah subjek Human Capital Development. Syukurku panjatkan kerana Allah mempermudahkan segala urusan kami sejak awal projek sehinggalah selesainya sesi temu ramah. Terima kasih buat teman - teman teristimewa (Azah, K.ain, Maq & Pisha) kerana saling bekerjasama dan memerlukan antara satu sama lain. Semoga apa yang kita lakukan ini ada ganjarannya di sisi Allah. InsyaAllah!

Kami tiba di IP Minda hampir jam 6.30 petang. Tanpa berbekalkan makanan untuk berbuka, terus kami ke pejabat memandangkan 'tuan rumah' sudah lama menunggu kami. Asif jiddan. Kami sempat pulak nak sesat. Alhamdulillah, hasil bantuan Ust Syaari dan Ust Zool Amali, kami tiba juga di pejabat IP Minda yang betul - betul berhadapan dengan Patung Besar (Tokong) Hindu di Batu Caves. Kelakarnya, sempat kami bergurau dengan Syaima' untuk tinggalkan dia di situ memandangkan dia seolah - olah teruja dengan patung besar tu. Hehe. (jangan marah ye maq~)

Sesi perkenalan bermula di antara pihak IP Minda dan wakil dari USIM. Ana sebagai ketua rombongan (secara tiba2 dilantik sbb ana yang incharge pertemuan dengan IP Minda) memberi sepatah dua kata mengenai tujuan kami ke sana. Seterusnya, Ust Syaari membuat sedikit review mengenai IP Minda. Sangat menarik! Otakku mula berlegar - legar soalan - soalan yang ingin ditanya. Terasa bagaikan bukan untuk menyelesaikan projek, tetapi ingin tahu yang tinggi serta minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Al-Fateh Values! 

Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk berbuka puasa, kami masih belum membeli apa - apa makanan. Sebelum kami ke sana, ust sudah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menyediakan makanan untuk iftar kami. Ya! Sudah kami maklum! Kami sudah plan untuk mencuri masa sewaktu review IP Minda untuk membeli sedikit makanan sebagai alas perut. Ta'ajub sekali! Ust Syaari menempahkan makanan kepada kami berlima. 'Azim! Tiada yang lebih layak dipuji melainkan Engkau kerana memberikan rezeki di saat kami kesempitan.Malu, segan, semua ada~ Kami tidak mampu untuk membalas layanan baik pihak IP Minda kepada kami. Hanya mampu kami titipkan secebis doa buat kalian semoga Allah melimpahkan rezeki dan mempermudahkan segala urusan kalian dalam membina ummah. InsyaAllah, Allah akan melipatgandakan pahala kalian di bulan Ramadhan ini.


Ust Zool Amali & Ust Syaari menunjukkan review IP Minda



Usai ifthor dan solat maghrib, kami meneruskan sesi temu ramah. Syukran atas pengorbanan K.Nurul walaupun beliau ada exam esok, masih lagi sudi untuk berjumpa kami. Terima kasih x terhingga! 


Antara soalan yang telah kami kemukakan
  • Latar belakang, misi dan visi (Apakah istimewanya IP Minda - Al-Fateh Values)
  • Apakah pendekatan @ method dakwah yang digunakan oleh seorang manager kepada pekerjanya dalam membina EQ, IQ dan SQ
  • Apakah persediaan seorang motivator @ staff sebelum menghadapi masyarakat / mad'u
  • Bagaimana untuk membangunkan generasi modal insan yang diwar - warkan oleh kerajaan
dan sebagainya.. 


Ust Syaari dan K.nurul bersedia berkongsi pendapat

Kami khusyuk menyalin data

Setiap soalan dijawab oleh Ust Syaari dan zaujahnya. Setiap jawapan yang dikeluarkan oleh ust menyebabkan kami sangat teruja. MasyaAllah, hebatnya tarbiah mereka! Sangat teruja apabila ust menjawap soalanku mengenai bagaiman cara @ method dakwah yang digunakan oleh seorang majikan kepada pekerjanya. Subhanallah! Apa yang diceritakan oleh Ust Syaari menyebabkan kami seolah - olah turut bekerja dengan mereka. Alhamdulillah. Diskusi yang sangat hebat. Cukup indah aturan Allah. Walau jauh kami datang, manfaat yang kami kutip itu terlalu banyak. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan hampir jam 11 malam. Kami harus segera pulang ke Nilai memandangkan ada di antara kami yang tinggal di asrama dan perlu berada sebelum jam 12. Ingin sekali kami untuk menyambung diskusi tetapi melihatkan keletihan yang terpancar dari raut wajah Ust Syaari dan zaujahnya, kami memohon izin untuk menamatkan secepat mungkin. Allahu Akbar! Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk berjumpa dengan orang - orang hebat ini. Kata - kata semangat yang diberikan masih lagi terpahat dalam hati. InsyaAllah. Perjuangan kita bukan hanya setakat ini (^_~)

Terima kasih x terhingga buat sahabat kesayangan, Muazzah sebab sudi membawa kami (jadi drebar) sehingga ke Batu Caves. Moga penat lelah beliau sehari suntuk bekerja kemudian terus menyiapkan projek sentiasa ada nilaiannya disisi Allah. Jangan patah semangat ye sahabat! Kamu hebat sekali!

Jazakumullahu khairan jaza' buat semua yang membantu secara sengaja atau tidak walau hanya mengirimkan secebis doa. Kami harapkan supaya projek kami ini akan berjaya. Sekarang, dalam proses untuk membuat analisis soalan dan presentation. InsyaAllah, tarikh penghantaran projek adalah pada 27 September. Mohon doa kalian semoga urusan kami dipermudahkan. Seterusnya, kami akan mula exam pada 29 September untuk subjek Human Capital Development. Juga mohon doanye ye! Sengajaku tinggalkan kenangan ini di dalam blog kerana sepanjang perjalanan kami, ada tarbiah di dalamnya. Allahu Akbar! Syukran Ya Allah (^_~)

K.nurul mewakili IP Minda menyerahkan kad raya kpd kami

Sedikit cenderahati (kuih raya) kpd IP Minda

Bergambar sebelum pulang ke kampus


Jemput ziarah Web IP Minda



Bak kata Muazzah, Muslimat Power!~



Read more...

Tuesday, January 29, 2013

Permulaan perjalanan 2013

Bismillahirrahmanirahim…

Setelah sekian lama menyepi, membiarkan blog ini bersawang tanpa coretan, tiba-tiba hari ini rasa terpanggil untuk melakarkan sedikit cerita perjalanan hidup ini. 

Pejam-pejam celik, Januari 2013 sudah hampir ke penghujung dan secara tidak langsung menunjukkan kita sebagai seorang muslim dituntut untuk bermuhasabah apakah pembaharuan dalam diri kita sepanjang hampir sebulan di tahun baru.

Mengimbas detik ketika diri ini sedang menghadiri kelas bahasa inggeris, guru kami bertanya apakah resolution utk tahun baru? Lantas, yang terlintas di dalam hati ini, mungkin tahun ini merupakan tahun yang sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Kalau diimbau kembali, 4 tahun sebelum ini, aku sebagai mahasiswa, punyai sokongan kewangan dari ibubapa dan PTPTN, dikelilingi sahabat2 yang ibarat malaikat, dunia tarbiyah, aturan hidup yang dicatur dan semuanya berbentuk proses pembelajaran dan pengajaran. 

Namun, bermulanya tahun 2012 boleh dikira tahun mengekplorasi dunia pekerjaan bermula dengan menjalani praktikal bahagian Public Relations, Advertising n Promotion di TM Kedah, 

kemudian menyambung bekerja hanya 5 bulan di Terminal Division, KLIA sehinggalah akhir tahun 2012, aku memutuskan untuk tidak bekerja dengan mana-mana majikan meskipun aku telah menerima dua tawaran kerja.

Kenapa? Inilah resolution aku untuk jangka pendek. Pertama, aku ingin menceburi dunia perniagaan sekali gus tidak mengenepikan dunia dakwah. 

Lalu aku membuka kelas al-quran yang dinamakan Akademi Qiraati Al-Munir. Kelas ini merupakan impian aku sejak aku belum menjejaki ke alam university lagi. 

Pelbagai ujian aku harungi bermula dengan menghadiri kursus, proses mendaftarkan perniagaan, mendapatkan sijil untuk mengajar dari Persatuan Qiraati Malaysia, proses publisiti dan tidak kurang juga ujian saudara seislam yang datang hanya untuk menjatuhkan semangat saudara Islam yang lain. 

Mungkin betul apa yang dikhabarkan sebelum ini, rakan niaga sesame Islam ini ada juga yang dengki kepada rakan niaga Islam yang lain. 

Ini merupakan proses hidup aku yang pertama selepas bergelar graduan, meskipun kelas yang dijalankan masih belum stabil, aku tetap komited untuk memperjuangkan premis ini sehingga kejayaan kelak dapat dinikmati oleh generasi-generasi akan datang yang faham tuntutan dakwah. 

Walaupun perasaan diselit rasa goyah apabila melihat rakan-rakan lain sudah mempunyai pekerjaan tetap, mampu membeli kereta sendiri, dan tidak kurang juga yang sudah berubah status, namun aku sematkan dalam diri, aku hanya bertangguh untuk setahun sahaja, dan kesusahan hari ini akan berbuah mungkin 10 tahun akan datang, amin Ya Rabb.  

Matlamat aku yang kedua, aku ingin mendidik diri aku menjadi seorang muslimah yang mempunyai jati diri dan rasa khusyuk kepada Allah. 

Lalu, aku memutuskan untuk terjun ke Pasti Isbat, Desa Kasia untuk melazimi diri dengan biah yang solehah sehingga aku cukup bersedia untuk terjun ke dunia korporat yang pernah aku lalui sepanjang tahun 2012 yang lalu. 

Apa yang menarik, sebenarnya mentarbiayah anak-anak ini sacara tidak langsung mampu mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi seorang ibu yang mu’minah kerana kerenah dan celoteh anak-anak ini kadang-kadang menguji kesabaran dan menggasak minda untuk membentuk suasana.

Walaupun penat seharian di Pasti dan disambung pula kelas al-quran di waktu malam, hidup ini penuh ceria dengan keberadaan anak-anak yang mendidik jiwa. 

Selain itu, kesibukan ini mengajar diri menguruskan mental untuk berhadapan dunia yang lagi sibuk di masa hadapan serta menjana kewangan untuk menyara diri sendiri tanpa sokongan kewangan dari ibubapa seperti sebelum ini.

Matlamat ketiga, aku ingin menguasai bahasa inggeris. Solution, aku mendaftarkan diri di training center.

Walaupun yuran yang dikenakan agak mahal, ini merupakan cabaran untuk diri ini untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk betul mastering English. 

Pesan buat diri, kalau mahu jadi duta Islam, idol masyarakat, dunia bahasa perlu dikuasai.

Tanya pada diri, banyak lagi yang ingin kukecapi, antaranya menyiapkan Professional Qualification di MAICSA, sambung Master, dan seterusnya bekerja dalam industry. 

Apabila dicongak-congak, perancangan itu perlu ditangguhkan seketika rentetan kekangan kewangan dan masa. 

Tidak kurang juga soal perkahwinan, walaupun hidup aku penuh perancangan, namun aku bukan menafikan tuntutan mendirikan rumah tangga, Cuma serunya belum datang. 

Buat sahabat-sahabat yang sering bertanya, lepas ini nak jadi apa, memang nak duduk nilai ke? Bila nak kahwin etc, ini la jawapan untuk masa ini. Ya Allah, permudahkan urusan hamba ini mendapat keredhaanmu, menyusuri laluan hidup di sirotol mustaqim.      

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"