Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih diberi kesempatan untuk menghirup nafas di muka bumi Allah s.w.t, bila difikir-fikirkan, sudah lama diri ini tidak mencoretkan apa-apa untuk blog ini, nak dikatakan sibuk tidak la sangat tetapi kekeringan idea apa yang hendak dituliskan, apatah lagi ilmu di dada pun tidak la banyak seperti blogger2 lain kalau nak dikongsikan pun.
Menjelang Ramadhan al-mubarak ni, setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan madrasah tarbiyah ini untuk kita bersama-sama mengislahkan diri kita untuk lebih dekat dengan Allah pencipta sekalian alam. Berkata-kata dengan lisan memang begitu mudah dikeluarkan tetapi diri ini sedar untuk mengaplikasikan dalam rutin harian tidaklah semudah yang dikatakan, bagi sahabat yang sesituasi dengan diri ini (maksud saya susah nak aplikasikan dalam rutin harian untuk bertaqarrub pada Allah) ayuh kita bersama-sama mujahadah meningkatkan amalan harian kita, Ramadhan wasilah merasai kecintaan kepada Allah s.w.t.
Sememangnya tidak dapat dinafikan dalam bulan barakah ini, rutin harian kita akan berubah sedikit sebanyak. Kebiasaannya setiap pagi kadang-kadang bersarapan kadang-kadang tidak tetapi dalam bulan ini, semua umat Islam akan bangun untuk mendapatkan pahala sunat bersahur seawal pagi-pagi lagi, selain itu, pada tengahari kebiasaannya kita terkejar-kejar untuk makan tengahari tak kiralah di café kampus atau kantin sekolah ataupun di rumah sendiri, namun pada bulan ini kita tidak lgi perlu memikirkan waktu makan, banyak masa terluang yang boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat. Pada malamnya, semua umat islam akan berbuka @ makan malam seperti waktu yang disarankan dalam Islam, kemudian surau-surau dan masjid-masjid yang pada kebiasaannya boleh dikira barisan soffnya kini dibanjiri semua umat. Bulan Ramadhan sememangnya membawa kelainan buatku.
Setahun lamanya kau pergi tinggalkan daku, kau pergi dengan niat setahun sekali, kini ku gembira dengan tahun ini, ku harap kau juga sama sepertiku kerana kita bertemu kembali oh Ramadhan...
Buat tetamu Ramadhan,
untukmu rahmat dan maghfirah,
air mata taubat,
dendangan tadarus,
selimut terawih dan
bantal tahajjud,
selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,
bernombor 1430H,
kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari
ke atas permukaan haus dan lapar,
para penumpang diwajibkan untuk memasang niat
PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT,
penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN,
saya selaku anak kapal yamg bertugas
mengucapkan
"SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN",
mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini,
RAMADHAN KAREEM...
Read more...