:: Followers ::

Monday, June 8, 2009

ujian Allah

Bismillahirrahmanirrahim,

Sedar tidak sedar sudah hampir dua minggu tak update blog ni. Apabila diingatkan kembali dalam minggu lepas merupakan minggu musibah yang Allah datangkan bwt hamba ini tidak henti-henti.
Bermulanya pada hari Selasa apabila purse kepunyaan ana hilang dalam beg ketika sedang menunaikan solat di Surau FKP, kemudian selang sehari sakit pula datang menjengah. Ana tidak dapat bayangkan dalam masa 3 hari, semua benda yabg tak pernah berlaku, berlaku dengan berturut-turut. Apabila purse hilang, pergi buat laporan di Unit Keselamatan USIM, kemudian dibawa ke Balai Polis untuk membuat laporan dengan menaiki kereta Keselamatan Usim, pastu bergerak ke Jabatan Pendaftaran untuk buat kad pengenalan baru tetapi duit tak cukup balik macam tu aja, malam demam, esok seharian tak keluar bilik then kak yu dan fatin datang, terus bawa ke klinik, disyaki Denggi, ambulan hantar ke Hospital Seremban, masuk wad semalam tambah darah dan 3 botol air. demam tak juga kebah dan ambil keputusan balik kedah, seminggu di Kedah, ambil keputusan balik sini semula walaupun kesihatan belum pulih sepenuhnya, dek kerana terlalu memikirkan assignmen dan projek yang tergendala seketika.
Begitula al-kisah ana, tengah bersemangat membawa misi USIM, berjuang mengangkat mahasiswa USIM, Allah nak uji sikit hambanya ni. dlam masa yang singkat, ana dapat rasa naik kereta pegawai keselamatan USIM, naik ambulan, masuk wad, buat laporan kat Balai Polis dan adalah lagi yang tak terfikirpun sebelum ni. Sahabat-sahabat ana tolong doakan kesihatan ana cepat sembuh moga segala urusan ana dapat diselesaikan dengan sempurna, dan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat ana yang sudi bawa ana ke klinik, teman di hospital, teman ke pusat keselamatan, jaga ana ketika sakit, dan hantar ana ke terminal bas, Seremban. Allah sahaja dapat membalas jasa kalian. uhibbukum fillah.
wassalam.

1 comment:

lailafillah said...

salam ukhwah fillah..ni lah ujian..dah menjadi lumrah..bile ditimpa uijian lah..akan mendekatkan lagi diri kite kepada Allah..

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"