Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Kali ini ana ingin mengutarakan tentang kepentingan ukhwah. Seperti yang kita maklum, ukhwah adalah sesuatu yang subjektif dan kalau kita bicarakan dari malam sampai ke pagi pun belum tentu akan habis bicaranya, secara teorinya kita mampu mengatakan itu dan ini dalam menguatkan ukhwah, tetapi bila sampai time praktikal baru kita kenal setakat manakah nilai ukhwah kita.
Dalam berorganisasi, kepercayaan pada kebolehan diri sahabat lain amat penting bagi memastikan keberlangsungan dan kejayaan sesuatu misi dan visi yang ingin dicapai. Pada sesuatu keadaan, kita kadang-kadang selalu terlepas pandang pada kebolehan sahabat kita sendiri, yang asyik kita tumpukan hanya kepada sahabat yang sedia maklum menonjol. Adakah kalian bersetuju jika ana katakan cara begitu sebenarnya boleh menghapus keyakinan dan hamassah sahabat kita sendiri.
Sebenarnya, jika kita terlalu menekankan "aku rapat dengan dia kerana nak rapat ukhwah", comfirm hadaf dia tidak tercapai kerana ukhwah mengambil masa yang lama untuk dibentuk, sebaliknya kalau kita bersahabat dengannya atas dasar satu aqidah, bergabung demi melaksanakan visi dan misi organisasi, Insyaallah, ukhwah tersebut akan mengiringi seiring dengan hadaf utama kita.
Mengimbau sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w, Peringkat ta’sis Rasulullah saw satukan sahabat assabiqun al-awwalin dengan ukhwah melalui doktrin berterusan melalui usrah di rumah Al-Arqam Abi Al-Arqam. Ukhwah terjalin melalui wehdatul aqidah iaitu kalimah syahadah. Ketika berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang rasulullah ambil dengan mempersaudarakan muhajirin dan ansar, Membina masjid, mendamaikan aus dan khazraj. Akhirnya, natijah yang diperoleh Ukhwah umat Islam bersatu dibawah satu panji kepimpinan islam melalui Khilafah Islamiyyah.
Kesimpulan yang kita boleh ambil disini, sejauh mana pengalaman yang kita miliki, tetapi dalam gelanggang baru yang kita duduki, kita perlu ada sifat merendah diri , mendahulukan pendapat sahabat yang hendak dikemukakan, dan ikhlas dalam persahabatan, insyaAllah kemanisan ukhwah akan hadir dalam persahabatan kita.
Duhai sahabatku, kita diikat atas satu aqidah, tuntutan aqidah menemukan kita untuk bersama, namun diriku sedar kita masing-masing masih kekok, belum mengenal peribadi antara satu sama lain. Ukhwah terdahulu yang pernah kita miliki di tempat lama yang kita rindu-rindukan, agung-agungkan tetapi usah gusar wahai sahabat, masa dan taklif yang akan mebuktikan ukhwah bukan mustahil dalam hubungan kita. InsyaAllah marilah bersama kita mempraktikkan teori ini bagi menikmati halawah dalam berorganisasi demi memartabatkan penghayatan islam dikalangan ummah islam.
- Taawun(saling menolong)
- Tanaashur(saling mendokong)
- Taraahum(saling berkasih - sayang)
(dari Dr Yusof Qaradawi dalam bukunya ‘Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran dan assunah’)
uhibbukum fillah, wassalam.
No comments:
Post a Comment