:: Followers ::

Friday, May 22, 2009

DULU LAIN KINI LAIN




salam ukhwah wahai sahabat,
bertemu kembali kita di alam maya ini, di sini sukalah penulis membawa suatu perkongsian pengalaman ketika mengikuti Program Kepimpinan dan Pemantapan Intelektual, Janda Baik Pahang. jika sebelum-sebelum ini penulis pernah mengikuti program-program yang berbentuk islamik tetapi kali ini penulis terpaksa berlapang dada menerima trainer-trainer yang agak berbeza seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.



Perjalanan para peserta dari Usim mengambil masa selama hampir dua jam, kemudian sarapan dan bermula slot perkenalan. Apabila masuk waktu Zohor, peserta masing-masing dilepaskan untuk check in bilik masing-masing dan bersolat. Dan antara aktiviti yang dilakukan dalam program ini adalah ceramah, treasure hunt, presentation, memasak, 8 point star, pendedahan membina personaliti diri, pengucapan awam dan sebagainya.



Sebenarnya tujuan yang hendak penulis sampaikan dalam penulisan ini bukanlah hendak menceritakan aktiviti-aktiviti yang disampaikan tetapi kelainan yang penulis hadapi yang bercanggah dengan tarbiyah yang pernah dilalui sebelum ini. Ini mungkin peluang yang penulis dapat untuk lebih membuka mata tentang realiti kehidupan sekarang.



Kalau dulu ketika penulis masih menuntut diperingkat sekolah menengah, keadaan ini mungkin tidak pernah penulis hadapi dek kerana program-program yang dijalankan secara berasingan antara lelaki dan perempuan, tetapi disini keadaannya jauh berbeza jadi masa ini lah menguji seseorang dan terpulang kepada pendiriannya untuk mempertahankan jati diri.



Satu kelainan yang penulis nampak apabila bentuk-bentuk denda yang dilaksanakan seperti menari ala hindustan, dipaksa membisikkan "saya suka awak", budaya salam dengan bukan muhrim (penceramah), match maker, dan sebagainya memang memberi kejutan buat penulis. Ini kerana apa yang penulis bimbang, sekiranya bentuk didikan ini yang diterima dikalangan remaja sekarang, apakah Malaysia dapat melahirkan pewaris pemimpin yang berpotensi pada masa depan. Bak kata pepatah, "pemuda harapan negara, pemudi pewaris bangsa"



Satu perkara yang perlu kita ingatkan, pada era globalisasi kini keadaan seperti inilah yang menjadi realitinya, masyarakat menjadikan isu agama perkara kedua lantaran terlalu mengagung-agungkan dunia. Manusia sekarang lebih cenderong mengejar pada kekayaan dunia kemudian berbangga dengan hasil yang dimiliki tanpa bersandarkan kepada kekuasaan Allah. Dan paling menyedihkan penulis, ada penceramah yang datang dengan penampilan ketatnya, takhta kepala dibuka tanpa seutas benang bewarnakan keperang-perangan, bercerita tentang hati seorang hamba, peribadi dan hubungan dengan Allah dan ditambah lagi dlm ucpannya "jangan dinilai seseorang berdasarkan secara luaran". sememangnya peribahasa " don't judge by it's cover" boleh digunakan tetapi bukankah Rasulullah s.a.w pernah berkata, "luaran seseorang itu menggambarkan keperibadian seseorang itu". 


Oleh itu wahai sahabat,
ingin penulis berpesan, kita sebagai insan yang dipilih menerima didikan agama dari kecil hingga sekarang jagalah keperibadian, maslahah ummah jadi keutamaan, tidak salah mengejar kekayaan, tidak salah menyibukkan diri dengan hal dunia tetapi semua itu merupakan ladang kita untuk akhirat kelak. Seramai manakah umat nabi Muhammad sekarang berbangga mempraktikkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam cara hidup mereka, masing-masing lebih berbangga dengan "trend". Apa ertinya saya menganut agama Islam?


Bermula pada saat ini, buat pejuang agama-agama Allah,

kita telah memilih jalan mewakafkan diri pada perjuangan,

mempertahankan syiar Islam, ketepikan perkara yang membawa kelalaian, perkara remeh temeh, tinggalkan keselesaan hidup. fikirkan golongan yang dahagakan Islam.

Jangan ketepikan umat Islam yang lari dari jalan sebenar, jadikan mereka sebagai peluang kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah, mumarisahkan diri dengan tarbiyah ruhiyyah, jagalah hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, hablumminallah, hablumminannas, suburkan UKHUWWAH ISLAMIYYAH.


Seperti pesanan Salahuddin al-Ayubi sebagai persiapan yang perlu ada untuk menegakkan Islam ialah (kunci umat Islam menang) :



  1. quwwatul iman wan a'qidah

  2. quwwatul ukhuwwah

  3. quwwatul silllah

selamat beramal wahai ansorullah

No comments:

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"