assalamualaikum,
bertemu semula setelah sekian lama tidak update blog ini,
disebabkan buat masa sekarang ni ana ketandusan idea nak post apa, maka sukalah nak berkongsi satu cerita. bacalah sampai habis...
Untuk renungan bersama:
Suatu hari ilmu bertanya kepada sijil: "Mengapa orang lebih memandang engkau berbanding aku?"Soalan itu membuatkan sijil termenung seketika…
kemudian menjawab:
"Jika engkau terjumpa seseorang yang diragui kerakyatannya, sudah pasti engkau akan bertanya statusnya. Bila orang itu menjawab: "Saya rakyat Malaysia". Adakah keraguan itu akan hilang? Atau engkau lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya?"
"Ya, aku akan lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya". Jawab ilmu."Begitulah dengan diriku, orang lebih yakin dengan aku berbanding engkau wahai ilmu".
Tambah sijil lagi: "Engkau ibarat kebenaran orang tadi sebagai rakyat Malaysia, sedang aku pula adalah Kad Pengenalan Diri"."Satu perbandingan yang baik". Sahut Ilmu. "Tapi sekarang aku dapat rasakan yang kewujudanku tidak bererti, tiada siapa pun yang melihatku di saat engkau menjadi rebutan dan dikejar oleh semua orang. Aku terabai wahai sijil".
Dengan perlahan sijil menjawab: "Wahai ilmu, engkaulah tonggak kewujudan manusia dan teras ketamadunan mereka… Janganlah bersedih, sekalipun engkau terpencil namun engkau akan tetap dihormati, disanjung, dan dijulang… sedang aku hanya sehelai kertas, tidak mungkin aku membawanya ke alam abadi.. tidak mungkin…
"Terharu mendengar kata-kata sijil, lalu Ilmu bersuara: "Wahai sijil, aku tidak kisah engkau mendapat tempat di hati manusia, tetapi satu pemintaanku, engkau nasihatilah manusia supaya jangan mengabaikan aku. Setiap kali musim peperiksaan, aku sangat gembira kerana semua orang mendekatiku, cuba mengingatiku, walaupun aku terselindung di celah helaian buku setebal 500 m/s, aku akan tetap dijumpai, aku sangat gembira ketika itu… terlalu bahagia.
Tapi bila tamat sahaja musim peperiksaan, aku mula ditinggalkan… ketika itu aku mula sedar, sebenarnya mereka semua hanya jadikan aku sebagai jambatan untuk pergi kepada engkau wahai sijil. Itulah hakikatnya".
"Subhanallah" , mengeluh sijil rasa kesal. "Bersabarlah wahai ilmu!!" "Aku akan nasihati mereka".Kata ilmu lagi; "Aku tidak seperti engkau, hiasan yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja".Sijil mencelah dengan berkata: "Engkau juga perhiasan.. perhiasaan yang dinilai oleh Allah dan rasul-Nya. Kata Nabi s.a.w: "Kelebihan orang alim ke atas abid seperti kelebihanku ke atas serendah-rendah martabat seorang lelaki dari kalangan umatku".
"Barangsiapa yang inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia sesekali tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak tidak mendapat tempat di akhirat kelak kecuali Neraka, dan di akhirat nanti lenyaplah apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Surah Hud 15-16)
Jadi untuk para pelajar ilmu syarak, baik di sekolah atau universiti, mestilah perbetulkan niat dan terjemahkannya di dalam perbuatan. Anggaplah sijil itu hanya sebagai alat untuk mendapat tempat dalam masyarakat selepas tamat pengajian sahaja. Selepas itu jangan membuang masa lagi, bersungguh-sungguhl ah menuntut ilmu. Tidak ada masa untuk beristirehat, tidak ada masa untuk berseronok, atau berjalan-jalan.
Masa yang ada mestilah digunakan untuk mengemas kini kembali maklumat yang diterima atau pernah didengari. Ambil semula buku-buku yang membicarakan tentang disiplin ilmu. Kuasai disiplin-disiplin ilmu itu. Ya Allah, alangkah bahagianya jika pelajar ilmu syarak dapat menghafal al-Quran, menghafal seberapa banyak hadis, menguasai Bahasa Arab, seterusnya dapat menguasai disiplin-disiplin ilmu seperti Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Usul Tafsir, Usul Hadis (Mustalah Hadis) dan sebagainya.
Alangkah indahnya sekiranya kita yang menggelarkan diri para pejuang agama Allah ini bisa menjadi mulia kerana ilmu di dada...bisa dihormati kerana ilmu yang diamalkan... Ingatlah!!! Sijil itu hanyalah wasilah kita di dunia ini. Aplikasikanlah ilmu yang diterima. Kita lah generasi baru yang dinanti untuk mengisi kemenanganyang ada sekarang.
No comments:
Post a Comment