Wahai saudaraku.
Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim, dan setiap muslim itu bersaudara. Bangunlah wahai saudaraku, lupakan kehidupan kita yang telah berlalu. Kita tak dapat melalui masa yang telah berlalu buat kali kedua. Mari kita bergerak menuju kejayaan, dunia dan akhirat. HEBAT DI DUNIA, HEBAT DI AKHIRAT.
Saudaraku,
jangan pandang pada orang yang bercakap, tapi pandang pada apa yang dicakap. Jesteru, aku memohon kemaafan andai kata selama kita bersaudara, ada peri laku yang aku lakukan telah melukakan hatimu. Tapi percayalah, aku tetap berada di hadapanmu untuk menangkis serangan musuh yang berada di depanmu,, dan aku akan tetap berada di sisimu untuk menemanimu, dulu, kini dan selama kita dapat bersama, InsyaAllah. Andaikata aku sebagai pemimpin, engkaulah yang akan aku betulkan. Andai kata engkau sebagai pemimpin, engkaulah yang akan aku sokong. Dan andaikata kita sebagai pemimpin, engkaulah yang akan menemaniku selama aku berjuang.
saudaraku,
engkaulah semangat perjuanganku selama mana aku berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Andai kata aku gugur di medan perjuangan, maka engkau yang yang bakal meneruskan perjuangan ini. Siapa lagi yang dapat aku harapkan. Takkan nak aku harapkan Ah Chong, Muthu, Sandokan??? Mereka semua tidak faham tentang perjuangan Islam. Sememangnya aku mengharapkan semangat darimu, sebagai seorang teman seperjuangan.
saudaraku,
tingkatkan semangat, sediakan bekalan, mulakan langkah, maju bergerak ke hadapan. Ayuh!!! Mari kita mulakan serangan. Aku tidak rela melihat kemungkaran masih berleluasa di depan mata kita. Mereka berzina di depan kita, mereka melanggar hukum Allah di depan mata kita, mereka mensyirikkan Allah di depan mata kita. Aaaaarrrrrrggggggghhhhh!!!!! Tidak. Aku tak dapat menerima kenyataan ini. Siapa mereka itu. Mak, ayah, adik, abang, kakak, kawan kawan??? Aaarrrggghhh.. Tidak, tidak. Saudaraku, sanggupkah kau melihat semua ini berlaku??
Sahabat,
Usah di layan kutukan dan makian orang luar. Semuanya adalah sunnah orang berjuang. Kemewahan tidak akan memberikan nikmat hidup kepada kita. Carilah nikmat hidup dalam kesengsaraan memperjuangkan agama Allah.
Saudaraku,
terima kasih kerana menjadi saudaraku yang setia. Dan sekarang, engkau harus tahu yang aku sangat sayangkan perhubungan kita. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga Allah memberkati ukhuwanh fillah yang kita jalinkan. Marilah bersamaku dalam menegakkan kalimah Allah. Aku sangat mengharapkan semangat dan gandingan darimu, sahabat
:: Followers ::
Tuesday, October 6, 2009
Buat sahabatku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment