:: Followers ::

Tuesday, September 1, 2009

Perkongsian...


Assalamualaikum,
Pagi ini hati ini diruntun perasaan sedih, pertamanya mendapat berita kematian abah kepada salah seorang sahabat seperjuanganku, keduanya mendapat berita kesulitan yang dihadapi kakak sahabatku juga, iaitu dugaan mengambil anak angkat.


Pada 28 hb baru-baru ni, selepas sahaja subuh, aku terus mengadap laptopku untuk menyiapkan assignment yang x selesai-selesai. Kerja-kerja tersebut berterusan sehinggalah aku menerima panggilan telefon jam 12.30 tghr. Sahabat Sesoff denganku meminta aku menghantarnya ke LCCT untuk bertemu kakaknya yang hendak ke U.K. Khabarnya, sebagai persediaan untuk mengambil baby kakaknya kiranya ditahan kerana VISA babynya yang belum lulus. Dalam benakku assignment masih banyak lagi yang belum siap sedangkan aku nak tolong sahabatku ini. Akupun terus teringatkan sahabtku di Acacia Evenue, dia pun boleh drive kereta. Selepas mendapat persetujuannya, aku mencari kereta yang ada untuk aku hantarkan kepada sahabatku ini yang duduk di Acacacia. Malangnya aku jumpa kereta agak lambat dan mengambil keputusan untuk ikut serta bagi menyingkatkan masa untuk menghantarku semula di kolejku.
Kami tiba di LCCT jam 2.00 ptg, flight yang dijadualkan pula jam 3.00 ptg. sempatlah dulu kami pergi bersolat. Di surau setelah solat, aku terima lagi panggilan dari sahabatku yang meminta tolong tadi supaya cepat kalau mahu berjumpa dengan kakaknya. Aku pun bergegas lah dengan sahabat sorang ni ke kawasan Departure. Dari jauh aku dah nampak baby yang comel montel tu, sebak juga kalau baby ni kena tinggal tambahan pulak kakak sahabatku ni sedang menyusukannya. Perjumpaan kami agak singkat kerana kakaknya tergesa-gesa untuk masuk. Kami menuggu kakaknya masuk sehingga jam 4.00 ptg kerana pesan kakaknya kalau tak keluar sehingga pukul 4.00ptg maknanya kakaknya sudah melepasi saringan2 penerbangan. Dipendekkan cerita, semalam sahabatku telefon memberitahu kakaknya dipenjara dalam bilik gelap selama 6 jam bersama babynya setelah tiba disana. Reasonnya, didakwa melarikan anak orang. Bukan setakat itu, kakaknya dibuang kerja dan diarahkan balik ke Malaysia pada 12hb ni. hmmm... sedihnya dengar.Tinggallah suaminya keseorangan disana untuk menyelesaikan PHD. Untuk makluman pembaca, kakaknya ni bekerja di UKM sebagai lecturer tetapi ke UK sebagai kerjasama dua hala.
Kesimpulannya, ana just nak berkongsi pengalaman ni kepada sahabat-sahabat, mana lah kita tahu kiranya keadaan ini akan berlaku kepada kita ataupun saudara kita pada masa kedepan nanti, bolehlah dijadikan panduan. Bukan ini silap kakaknya kerana selepas visa x lulus, kakaknya telah mendapatkan surat guaman sebagai surat sokongan tetapi sistem undang-undang yang berlainan antara Malaysia dan U.K memberi kesan yang cukup berat.







1 comment:

Durratul Akhyar said...

salam..

first of all..takziah buat keluarga k.maryam..mga ayahanda k.maryam dtempatkan di kalangan org2 beriman..alhamdulillah..meninggalnya di bln ramadhan penuh barakah ini..smga k.maryam n family kuat mhadapi ujian ini..

Subhanallah..beratnye ujian..ckupla aritu tgk baby tu kt LCCT..mmg kesian sgtkn kt baby tu..ajah x btau pn psl ni..nsb bek adah tetiba tgerak ati nk tgk blog ajah..

Allahu Akbar! Hanya Engkau sahaja yg mengetahui segala percaturan hidup hambaMu..

Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita..

p/s: mumkin aku belum bersedia utk mhadapi ujian sebegitu..

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"