Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk
dan sujud
di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat
Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.
Atau
menggentel biji tasbih dengan berzikir dan
bertahmid.
Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada
fakir miskin.
Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang
tak bertepi.
Ibadah tidak terbatas pada sembahyang
sunat
berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa
sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa
sehari berbuka.
Pun tidak dikhususkan kepada
membayar zakat,
menunaikan haji dan sebagainya.
Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan
antara
bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak
perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan
rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah
yang
besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak
ramai
yang mampu melakukannya.
Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia
menandakan
seorang hamba itu benar-benar berhati hamba.
Hamba
yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke
dunia,
tak membawa walau seurat benang di tubuh.
Justeru hati
sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta,
sentiasa
mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung
kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa
syukur atas
segala nikmat kurniaanNya.
Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan
Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam
sembahyang,
fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di
luar
sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya
dalam sebuah
hadis Qudsi yang bermaksud:
“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu,
Aku
juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa
kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu.
Apabila
engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana
saja yang
engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan
Aku
mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan
kecintaanKu
kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri
daripadaKu,
sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu.
Siapakah
yang memberimu makan sewaktu engkau masih
janin di
dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala
keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana
semua
takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau
ke
alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan
begini
sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang
berbuat baik
kepadamu.”
Memang wajar kita mengingati Allah yang telah
banyak
memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa
ingat
akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita.
Yang
terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki
kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.
Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang
terlalu
banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta,
cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang
dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia
kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan
semestinya
di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama
manusia
tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita
sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang
maksudnya:
“berfikir sesaat itu lebih baik daripada
sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak
khusyuk).”
Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa
berfikir
tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan
meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah.
Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa
hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu
bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan
diri,
lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita
yang
terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan
mengharap rahmat Allah yang maha luas itu.
Datanglah
perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari
setitik
air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam
kehinaan selama-lamanya.
Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak
punya
kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan
iradahNya.
Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya.
Hanya belas
kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan
diri
daripada segala bala bencana. Hati yang tidak
pernah
ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati
seorang tuan.
:: Followers ::
Friday, August 14, 2009
Dimanakah kita??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment