Wahai abnaul harakah penggerak harakah islam,
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya,
Cuma yang tak pasti adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci!
Kita asyik berjaga malam untuk liqa’, bincang k.keja program,
tetapi kita tak bertahajud,
kita kuat berjuang,
tetapi kurang mentadabbur al-quran,
kita banyak berceramah, bercakap,
tetapi kurang berzikir,
kita kuat berjihad menegak islam,
tetapi diri sendiri kering kontang dengan thaqofah,
kita hanya pandai bercakap tetapi tak buat,
kita banya lakukan maksiat tetapi tak bertaubat,
kita hanya pandai amar ma’ruf tetapi subuh bnyk lewat,
kita bnyk bercakap soal ikhlas,
tetapi ria’ menguasai diri.
Aduh, hinanya diri ini, adakah aku akan digelar jundullah dihadapannya kelak, takutnya diri ini jika segala pengorbanan yang ku lakukan hari ini akan menjadi debu yang berterbangan.
Sama-sama kita bermuhasabah diri dan saling menegur salah silap yang dilakukan, jadilah seorang sufi lagi haroki, takbir.
caranya.... marilah sama-sama kita makan dengan tarbiyah ruhiyyah pulak...
JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5) Jaga sedekah setiap hari.
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
7) Amalkan istighfar setiap saat.
P/S Kalu x boleh buat semua, jangan tinggal semua...
:: Followers ::
Tuesday, July 7, 2009
Muhasabah tengok....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment