:: Followers ::

Thursday, October 21, 2010

Hati yang gersang

Bismillahirrahmanirrahim,

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, al-malaikah, serta sahabat handai yang mengenali diri ini… Sekian lama aku tidak memuntahkan sesuatu di laman ini, bukan disebabkan kekangan masa yang melampau, tetapi dek kekeringan idea dari insan ini yang sememangnya cetek ilmu. Apatah lagi mahu membicarakan isu agama, isu semasa, isu Negara, ekonomi mahupun politik sekalipun diri ini tidak layak membicarakannya.


Lantas, beberapa hari ini aku sering berfikir, hatiku tidak keruan, ketenangan lari menghilang diri, kerjaku menjadi hilang fokus dan banyak lagi kegagalan yang kutempa dan akhirnya jawapan yang kutemui sujudku sudah hilang manisnya…


Ya Allah, aku rindu pada cintamu, merasai kenikmatan cinta kita, solatku terganggu, hatiku seolah kekosongan meskipun rutinku dihambat kesibukan, benakku penuh dengan persoalan, taklifatku sebagai dai’e aku jalankan tanpa penuh penghayatan, sungguh aku betul-betul terasa kehilangan. Di suatu malam, aku menjumpai satu artikel yang membicarakan tentang “kacaunye fikiran ketika solat”. Satu perbualan yang diutarakan seorang murid kepada gurunya lebih kurang bunyinya, aku sering terganggu dalam solat, lupa rakaat, fikiran terawang-awang seolah tidak sedarkan diri sehinggalah salam terakhir diberi, lalu jawab gurunya Bisikan itu berasal dari syaitan, yang wajib bagi anda adalah memelihara shalat, konsentrasi dan thuma’ninah dalam melaksanakannya sehingga anda dapat melaksanakannya dengan penuh kesadaran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman.
maksudnya : Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya[Al-Mukminun : 1-2]

Ketika Nabi Shallallahua’laihi wa sallam melihat orang yang tidak sempurna solatnya dan tidak thuma’ninah dalam melaksanakannya, beliau menyuruhnya untuk mengulangi solatnya, beliaupun bersabda.
maksudnya : Jika engkau hendak mendirikan solat, sempurnakanlah wudhu, lalu berdirilah menghadap kiblat kemudian bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian ruku’lah sampai engkau tenang dalam posisi ruku, lalu bangkitlah (berdiri dari ruku’) sampai engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai engkau tenang dalam posisi sujud, lalu bangkitlah (dari sujud) sampai engkau tenang dalam posisi duduk. Kemudian, lakukan itu semua dalam semua solatmu [Al-Bukhari, kitab Al-Adzan 757, Muslim kitab Ash-Shalah 397]

Konklusi yang aku aku dapat, sekiranya ketika solat kita merasai kita sedang solat, seolah-olah solat itu kita sedang bercakap dengan Allah, dan bemunajat kepadaNya, maka kita akan terdorong untuk khusyu’ dan konsentrasi ketika solat, syaitan pun akan menjauh dari kita sehinggalah kita selamat dari bisikkannya. Jika dalam solat kita terasa banyak godaan,tiuplah tiga kali ke samping kiri dan memohonlah perlindungan Allah tiga kali dari godaan syaitan yang terkutuk, insya Allah kita akan terpelihara dalam solat. Pepatah yang pernah kudengar entah dari mana sumbernye, kalau bersolat biarlah kita merasai kita akan mati sebentar lagi, dan kalau kita bekerja kita merasakan kita akan hidup selamanya…

Sahabat,
Memang mudah dikatakan, tapi praktikalnya menuntut mujahadah yang kuat, iman kita yazid wa yanqus, jadi hari ini aku berlapang dada berbicara soal ini, mungkin dilain masa aku menjadi alpa kembali, ayuhla sahabat-sahabat kita tingkatkan diri mujahadah untuk memburu redha Allah, kemanisan syurga itu memerlukan perantauan dan penjelajahan yang penuh duri, bak kata imam Athoillah Assakandari, “aku tidak akan sekali membiarkan hidupku dipenui kesenangan kerana perjuangan itu dihiasi dengan kepahitan”
Uhibbukum fillah..

Salam mahabbah,
Nurul Mu’azzah Roalli
Pentadbiran Korporat dan Hubungan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat.


Read more...

Tuesday, October 5, 2010

tips menjauhi zina hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.



Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Read more...

Friday, August 27, 2010

Jemputan kepada semua warga USIM


Read more...

Thursday, August 26, 2010

Perkongsian..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
cerita ini saya dapat dari email sahabat saya, dan saya rasa bertanggungjawab untuk sebarkan. Pada awalnya saya sukar percaya kerana Allah telah berjanji ajal maut ditangannya dan tiada toleransi walaupun seminit, tetapi mungkin ibarah yang boleh kita ambil, perlu sentiasa bermuhasabah dan tidak meletakkan salah pada orang lain, teruskan membaca..



Bahagian Pembangunan Organisasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
PUTRAJAYA

www.jpa.gov.my




Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Read more...

Monday, August 16, 2010

Buat renungan..

Berjalanlah dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... Belajarlah m'maafkn walau dirimu t'luka, B'hentilah memberi alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... Hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan. Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap HambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA . Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi.. Moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuh insani..

Read more...

Saturday, August 14, 2010

Sekian lama menyepi..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alahamdulillah pada hari yang keempat di bulan Ramadhan ini aku masih diberi kesempatan menghirup nikmat paling berharga dari Rabbku.. Aku pasti follower-follower ku pasti menganggarkan aku sudah berhenti menulis.. maaf dipinta buat pengikut setiaku, hari ke hari ditunggu namun tanpa disedar sesawang ini semakin bersawang nampaknya. Tiada apa yang aku inginku ceritakan kali ini, sekadar mengisi masa terluang yang masih dapat kurasai alhamdulillah.



Hari ini, kerinduanku pada kolej kediamanku yang pernah kuhuni agak terubat apabila Program Qiamullail Perdana anjuran biro kelolaanku selamat dilaksanakan. Bermula jam 4.00 pagi semua penghuni dikejutkan dengan sirent dan pengumuman-pengumuman, dimulakan dengan solat-solat sunat, bersahur jami'e, kemudian solat subuh, kuliah subuh dan ditutup dengan Halaqah Mathurat. Setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Ar-Rahman kerana ditengah persahuran kami, rezeki datang bergolek apabila senierku datang membawa nasi dengan lauk-lauk yang enak, maka bersahur la kami beramai-ramai beralaskan talam yang penuh barakah, barakallahu fiikum ya ukhti Mardhiyah, ukhti Ruqayah dan Ukhti Afiqah.


Harapanku, penghuni sana benar-benar merasai kedatangan Ramadhan ini dan mengambil peluang ini untuk mengimarahkannya. Bumi Nilam bumi pertama kujejaki ketika mula mendaftar dibumi USIM. Aku menapak selangkah demi selangkah bersama wasilah yang kuperjuangkan, namun tanpa kusedari hari ini aku telah berada di tahun tiga dan telah meninggalkan Bumi Nilam, mungkin satu hari nanti perasaan begini berkunjung lagi apabila aku benar-benar meninggalkan Bumi Usim. Terima kasih buat sahabat seperjuanganku yang kini masih berjuang di Bumi Nilam, roomateku yang sentiasa membantuku ketika susah dan senang. selamat Berjuang di gelanggang sana, biar kita ditakdirkan di gelanggang yang berbeza tetapi wadah kita tetap sama, bersama berpesan kepada kebenaran.. ampun maaf diatas segala khilaf dan kekurangan diri ini sepanjang perkenalan.


Didoakan kepada sahabat diluar sana tenang menjalani ibadah di bulan mulia ini, semoga Ramadhan kali ini dapat mendekatkan lagi kecintaan kita kepada Allah azzawajalla.

siirua'labarakatillah..


Read more...

Monday, May 31, 2010

KOBARKAN SEMANGAT PEDULI PALESTIN

Kejadian terbaru serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza adalah sebuah perbuatan terkutuk yang sememangnya sudah tidak asing bagi Israel laknatullah. Kita semua tahu bahawa Yahudi adalah sebuah bangsa yang tidak akan pernah redha dengan Umat Islam.

Apa kata dunia tentang serangan yang tidak berasas ini? apa kata diri kita sendiri tentang serangan yang tidak berperikemanusiaan ini? apakah kita melihat dengan kasihan, atau melihat dengan penuh kesedaran? melihat dengan simpati atau empati?

Para pemuda di sekeliling kita, para muslim disekeliling kita. Sudahkah kita bangkitkan mereka untuk menyedari tentang krisis yang sedang berlaku ini? Kekejaman yang sedang terjadi ini?

Tepuk dada, tanya iman...biar hati berbicara berpandukan petunjuk Ilahi. Kobarkan semangat peduli palestin.

Jangan hanya melihat dan mengeluh lantas berpuas hati dengan hanya berdoa, itupun sekadar melepaskan batuk di tangga. Berusahalah dengan segenap upaya yang kita miliki untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam khususnya demi mempertahankan Bumi milik Umat Islam.

Ya! Apa yang kita mampu, kita laksanakan. Jangan tunggu kekuatan, binalah dan kejarlah ia sampai kita bertemu Tuhan!

Allahuakbar! Salam perjuangan daripada paksi.net


* copy paste dari email fb..
Read more...

Saturday, May 22, 2010

mata oh mata, Kenapa Engkau Liar

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?


BUAT RENUNGAN UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T....... ........


Babak 1

Pada suatu hari Yusof dan Aiman sedang berjalan-jalan di City Plaza Alor Star. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.

Yusof: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Aiman: Mana? Mana? Mana?
Yusof:: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Aiman: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 2

Yusof: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Aiman: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Yusof: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Aiman: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]


Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik. Begitulah jua seorang wanita apabila melihat seorang lelaki...... ...

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.Begitulah juga bagi seorang wanita, beliau juga haruslah menundukkan pandangan terhadap lelaki ajnabi...... .
WALLAHUA'LAM. ..

Read more...

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Ibu mak..

mak,
terima kasih yang tidak terhingga atas jasamu membesarkanku,
perit jerih yang kau tempuhi melayan kerenahku,
pengorbananmu membesarkanku tidak pernah mengenal erti kesusahan,
segalanya diharungi dari mula mengandungkanku, melahirkanku,
membesarkanku dan mendidikku,
biar dirimu terluka, hati anak tetap dijaga,
demi keperluan kami adik beradik, apa jua sanggup kau ikhtiarkan,

mak,
aku bangga mempunyai ibu sepertimu,
semangatmu, kekentalanmu, biarpun ilmu masih dituntut,
kami tidak pernah kau abaikan,
kejayaanmu mengharungi nama masyarakat,
menambah kekagumanku padamu,
mak, aku sayang dan cinta padamu seluruh jiwa ragaku,
selepas cintaku pada Tuhanku dan Rasulku.
Selamat Hari Ibu, mak.

mak,
pekerjaanmu begitu mulia,
seorang guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga,
demi memastikan didikan diterima anak-anak muridmu,
kau mendidik mereka sepenuh jiwa dan raga,
kegagalan mereka turut kau rasai,
kejayaan mereka kau banggakan ibarat kejayaan anakmu sendiri,
aku menjadi saksi, khidmatmu pada anak bangsa bukan atas dasar
mencari pendapatan semata-mata, namun didikan yang kau utamakan,
biarpun dari pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sehingga malam,
masamu terpaksa kau korbankan, namun itu bukan ukuran, semuanya demi
kejayaan anak bangsamu,
Selamat Hari Guru mak,
ucapan dari bekas anak muridmu.....

Ya Allah,
sekiranya suatu masa nanti sudah tiba masanya kau menjemput
buah hatiku ini, kau makbulkan doaku ini,
aku masih mahu bertemu dengannya di akhirat nanti,
kau pertemukanlah kami disyurga nanti,
sebaik-baik tempat ciptaanmu,
Dengan namamu aku bersumpah,
ibuku seorang isteri yang solehah,
anak yang solehah,
dan ibu yang mithali.
pertemukanlah kami sekeluarga menyambung kehidupan
di alam syurga kelak....


khas buat buat ibu Hajah Sobariyah Abd. Hamid

bondaku yang di tengah sekali..
Read more...

Monday, April 19, 2010

genaplah umorku.

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... hari ini 19 April 2010 genaplah umor ku ke-21. Tiada apa yang hendak dicoretkan tetapi sekadar melepaskan perasaan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi rasa nikmat menghirup udaramu serta menikmati kurniaan di dunia sementara ini. Terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa mengingati diri ini. Ampun maaf kepada semua yang sentiasa sekiranya terdapat salah dan silap, khilaf pendapat, terlebih bicara dan bergurau senda, doakan diri ini lebih lincah mengorak langkah dalam medan aksi ini, dan sentiasa dinaungi rahmat dan keberkatan Allah. siiru a'la barakatillah.

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"