Bismillahirrahmanirahim…
Setelah sekian lama menyepi, membiarkan
blog ini bersawang tanpa coretan, tiba-tiba hari ini rasa terpanggil untuk
melakarkan sedikit cerita perjalanan hidup ini.
Pejam-pejam celik, Januari 2013
sudah hampir ke penghujung dan secara tidak langsung menunjukkan kita sebagai
seorang muslim dituntut untuk bermuhasabah apakah pembaharuan dalam diri kita
sepanjang hampir sebulan di tahun baru.
Mengimbas detik ketika diri ini sedang menghadiri
kelas bahasa inggeris, guru kami bertanya apakah resolution utk tahun baru? Lantas,
yang terlintas di dalam hati ini, mungkin tahun ini merupakan tahun yang sangat
berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Kalau diimbau kembali, 4 tahun
sebelum ini, aku sebagai mahasiswa, punyai sokongan kewangan dari ibubapa dan
PTPTN, dikelilingi sahabat2 yang ibarat malaikat, dunia tarbiyah, aturan hidup
yang dicatur dan semuanya berbentuk proses pembelajaran dan pengajaran.
Namun,
bermulanya tahun 2012 boleh dikira tahun mengekplorasi dunia pekerjaan bermula
dengan menjalani praktikal bahagian Public Relations, Advertising n Promotion
di TM Kedah,
kemudian menyambung bekerja hanya 5 bulan di Terminal Division, KLIA
sehinggalah akhir tahun 2012, aku memutuskan untuk tidak bekerja dengan
mana-mana majikan meskipun aku telah menerima dua tawaran kerja.
Kenapa? Inilah resolution aku untuk
jangka pendek. Pertama, aku ingin menceburi dunia perniagaan sekali gus tidak
mengenepikan dunia dakwah.
Lalu aku membuka kelas al-quran yang dinamakan
Akademi Qiraati Al-Munir. Kelas ini merupakan impian aku sejak aku belum
menjejaki ke alam university lagi.
Pelbagai ujian aku harungi bermula dengan menghadiri
kursus, proses mendaftarkan perniagaan, mendapatkan sijil untuk mengajar dari Persatuan
Qiraati Malaysia, proses publisiti dan tidak kurang juga ujian saudara seislam
yang datang hanya untuk menjatuhkan semangat saudara Islam yang lain.
Mungkin
betul apa yang dikhabarkan sebelum ini, rakan niaga sesame Islam ini ada juga
yang dengki kepada rakan niaga Islam yang lain.
Ini merupakan proses hidup aku
yang pertama selepas bergelar graduan, meskipun kelas yang dijalankan masih
belum stabil, aku tetap komited untuk memperjuangkan premis ini sehingga
kejayaan kelak dapat dinikmati oleh generasi-generasi akan datang yang faham
tuntutan dakwah.
Walaupun perasaan diselit rasa goyah apabila melihat
rakan-rakan lain sudah mempunyai pekerjaan tetap, mampu membeli kereta sendiri,
dan tidak kurang juga yang sudah berubah status, namun aku sematkan dalam diri,
aku hanya bertangguh untuk setahun sahaja, dan kesusahan hari ini akan berbuah
mungkin 10 tahun akan datang, amin Ya Rabb.
Matlamat aku yang kedua, aku ingin
mendidik diri aku menjadi seorang muslimah yang mempunyai jati diri dan rasa
khusyuk kepada Allah.
Lalu, aku memutuskan untuk terjun ke Pasti Isbat, Desa
Kasia untuk melazimi diri dengan biah yang solehah sehingga aku cukup bersedia
untuk terjun ke dunia korporat yang pernah aku lalui sepanjang tahun 2012 yang
lalu.
Apa yang menarik, sebenarnya mentarbiayah anak-anak ini sacara tidak
langsung mampu mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi seorang ibu yang mu’minah
kerana kerenah dan celoteh anak-anak ini kadang-kadang menguji kesabaran dan
menggasak minda untuk membentuk suasana.
Walaupun penat seharian di Pasti dan
disambung pula kelas al-quran di waktu malam, hidup ini penuh ceria dengan
keberadaan anak-anak yang mendidik jiwa.
Selain itu, kesibukan ini mengajar
diri menguruskan mental untuk berhadapan dunia yang lagi sibuk di masa hadapan
serta menjana kewangan untuk menyara diri sendiri tanpa sokongan kewangan dari
ibubapa seperti sebelum ini.
Matlamat ketiga, aku ingin menguasai
bahasa inggeris. Solution, aku mendaftarkan diri di training center.
Walaupun yuran
yang dikenakan agak mahal, ini merupakan cabaran untuk diri ini untuk tidak
mensia-siakan peluang yang ada untuk betul mastering English.
Pesan buat diri,
kalau mahu jadi duta Islam, idol masyarakat, dunia bahasa perlu dikuasai.
Tanya pada diri, banyak lagi yang ingin
kukecapi, antaranya menyiapkan Professional Qualification di MAICSA, sambung
Master, dan seterusnya bekerja dalam industry.
Apabila dicongak-congak,
perancangan itu perlu ditangguhkan seketika rentetan kekangan kewangan dan
masa.
Tidak kurang juga soal perkahwinan, walaupun hidup aku penuh perancangan,
namun aku bukan menafikan tuntutan mendirikan rumah tangga, Cuma serunya belum datang.
Buat sahabat-sahabat yang sering bertanya, lepas ini nak jadi apa, memang nak
duduk nilai ke? Bila nak kahwin etc, ini la jawapan untuk masa ini. Ya Allah,
permudahkan urusan hamba ini mendapat keredhaanmu, menyusuri laluan hidup di
sirotol mustaqim.