:: Followers ::

Wednesday, December 23, 2009

Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

petikan:http://dzulkhairi.blogspot.com
Read more...

Wednesday, December 16, 2009

ntah apa lak tajuknya, baja ja lah..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين ، والصَّلاةُ والسلامُ عَلى أشْرَفِ الأنْبِيَاءِ وَالـمُرسَـلِين ، وعَلَى آلِهِ وصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَـهُمْ إلَى يَومِ الدِّين
Setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada tuhan sekalian alam, kerana masih diberi kesempatan menghirup udara pada hari ini, menikmati keindahan alam ciptaannya, merasai kemanisan hidup sementara ini, Alhamdulillah.

Dikenang-kenang telah lama blog ini tidak ku update, nak dikatakan sibuk hanya layak dikatakan penyibuk, mungkin kekeringan idea, seperti entri yang sebelum ini, pernah kukatakan akan cuba sebaik mungkin untuk memenarikkan lagi entry blog ini sekiranya dikurniakan ilham dari tuhan pencipta alam dan isinya.

Untuk perkembangan sekarang buat sahabat-sahabat yang pernah mengenali diri ini, sekarang hamba sudah hampir sebulan selesai menghadapi final exam bagi semester 3 tahun 2, sedang bercuti selama sebulan sama seperti kalian yang berada di IPT Malaysia, bakal kembali semula ke kampus pada 28hb ni InsyaAllah. Perkembangan ketika cuti ini tidak ada apalah sangat, lebih kepada berkhidmat pada ibu bapa dan banyak hajat tidak dapat diselesaikan lantaran halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Pada awalnya, matlamatku sepanjang menghabiskan cuti ini untuk memberi sumbangan kepada kawasanku sendiri iaitu Kuala Nerang, kemudian turun menjenguk adik-adik penyambung perjuanganku di Maahad Mahmud, seterusnya berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sama-sama menerima tarbiyah, bangkit jatuhnya aku di bumi maahad dahulu disamping berbakti kepada ibu bapaku yang tercinta. Malangnya, hasrat untuk kawasan sendiri tidak dapat dilaksanakan, jutaan kemaafan kepada mereka-mereka yang terlibat. Buat masa sekarang ini, harapanku supaya dapat juga berkumpul dengan sahabat-sahabat berusrah dengan naqibahku yang pernah memimpin kami ketika di ting. 6 dahulu cikgu Akmal, seterusnya turun ke program adik-adikku. InsyaAllah..
Sahabat-sahabat,
Tujuan diri ini memasukkan entry kali ini bukan untuk meluahkan perasaan ataupun sebagainya, Cuma sekadar mengajak kita merenung kembali setakat mana dakwah kita sampai kepada madu’-madu’ diluar sana. Kita hebat menulis erti perjuangan, tarbiah, pengorbanan, demontrasi dan sebagainya, tetapi kita jarang mendekati golongan mat rempit, minah x bertudung, dan seumpama dengan itu, sedangkan mereka-mereka itu ada niat nak berubah, tau halal haram cuma perlukan pendorong. Diri ini memasukkan entry ini bukan menuding jari kepada sesiapa, tetapi sebagai muhasabah pada diri ini sendiri. Kadang-kadang bila berhadapan dengan golongan yang seumpama ini, baru kita buntu pendekatan bagaimanakah yang wajar dibawa supaya mesej dakwah sampai padanya, tambahan pula apabila madu’ kita itu dari kalangan saudara sendiri. Pernah aku berhadapan dengan saudara sendiri yang tidak pakai tudung, soalannya padaku kenapa dia tidak memakai tudung, simple soalan tapi bagi diri ini yang cetek agama naik gelabah gak nak jawab ditambah pulak saudara terdekat, lain la adik-adik fasi yang ku turun selama ini, senang nak cakap ini halal, itu haram, ini pahala ini dosa, hmmm. Satu lagi, pengalaman menghandle madu’2 yang pelbagai agama dalam satu group, ada cina,hindu dan melayu tidak susah untuk bercakap tetapi bagaimana nak memastikan bahawa mesej Islam adalah benar sampai pada mereka disamping tidak mengecilkan agama mereka, sama-samalah kita fikir-fikirkan. Pernah aku mengikuti satu seminar, penceramah itu melontarkan masalah umat sekarang ini, buat program asyik bincang masalah-masalah, sedangkan masalah dah terpampang tetapi habis program penyelesaian x dapat-dapat juga. Bila difikirkan ada juga benarnya, boleh dikatakan setiap kali aku turun ke program fasi, yang asyik dibincangkan, didebatkan, disidang planokan masalah, punca dan penyelesaian keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang, lebih kurang macam itulah, and the end perbincangan hanya diselangi gelak dan tawa, gurauan dan masalah tetap berlaku.

Sekali lagi diri ini memohon beribu kemaafan, bukan niat dihati untuk menuding jari kepada sesiapa, sekadar muhasabah untuk diri ini dan renungan bersama. Biarlah nak katapun yang muhabah ini hanya untuk kaum hawa sahaja disebabkan hujung kalimah muhasabah diakhiri ta’ marbuthoh, tetapi ana tetap nak ajak kita sama-sama merenung kembali...

Dalam al-amru bil ma’ruf wan nahyu anil-munkar, mungkin kita perlu mempelbagaikan method dakwah,gunakan kepakaran masing-masing. Bagi yang teror bertilawah, perhebatkannya supaya dapat menarik masyarakat mendekati al-quran, yang teror bersastera, libatkan diri dalam dunia seni mahupun mencipta skrip, menulis novel, puisi dan sebagainya, bagi yang teror dalam pengucapan awam, mantopkan supaya satu masa nanti lahirnya figure-figure yang menjadi penceramah bebas, ana cabar kaum muslimah, golongan kita golongan majoriti mahupun di ipt, dan luar sana tolak pusat sehenti ja, masakan kita mahu membiarkan mereka-mereka hidup dalam kejahilan, motivator muslimah amat diperlukan tidak semestinya bergelang besar, berbaju ala-ala shining cukup sekadar ilmu didada, hmmm.
Satu advantage yang diri ini dapat selepas menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih, satu cerita yang memang Islamic, yang bertudong tetap bertudong walaupun dalam bilik, tiada sentuhan antara bukan muhrim, dan disulami hadis-hadis dan ayat al-quran yang memang tambahan ilmu kepada penonton-penonton. Penerbit, penulis, pengarah dan pihak2 begini lah yang kita perlukan untuk membuktikan Islam juga membenarkan hiburan tetapi kena dengan caranya. Ayuh pemuda-pemudi sekalian, di Malaysia ni kita belum ada tau, masakan nak biar Faizal Tehrani aja nak memperjuangkannya, renung-renungkan. Pernah kuterbaca entry dari salah seorang idolaku, kalau x salah blog saiful Islam, kata beliau dalam kita membawa dakwah tidak perlu kita menzahirkan kita wakil baju hijau atau biru atau apa-apapun, cukup sekadar dakwah yang kita bawa. Jadi, sahabat-sahabat sama-samalah kita fikirkan dalam method penyampaian dakwah yang efektif dandipraktikkannya. Pernah kudengar, apa yang dikatakan seseorang itu selalunya dia yang terlebih dahulu diuji, Ya Allah kuatkanku dijalanmu, jauhiku dari makna “futhur” dalam hidupku.
Wasaalam.

Read more...

:: Lidah Penghunus ::

Sahabat


"Apabila Allah pertemukn seseorang yang menambat hatinya,

dia lupa pada Allah, dia terburu-buru cuba memenangi hati

dia biarpun banyak masa dibazirkn,

hatinya diselebungi khayalan dr Allah,

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah,

itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya,

cinta Allah tidak mengecewakan,

cintanya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.

Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yg bisa mengetuk kelalaian lelaki dari terpesona dengan fitnah wanita.

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatullah kerana Allah jadikan cinta sebagai satu ujian.

Bersamalah mujahadah menjaga hati!"